Bab 3

4.3K 129 7
                                    

2009

Hari Isnin sekolah bermula adalah hari dimana lebih daripada separuh populasi sekolah termasuk guru adalah zombi. Semuanya masih dahagakan nikmat percutian dan tiada siapa yang ingin kembali ke sekolah.

Cuma ada seorang yang nampaknya extra happy hari itu. Sufi. Jarang dia happy macam ni.

"Happy semacam kau hari ni? Kenapa?"

"Well of course. Shahrul dah break dengan Fatin."

"Dan kenapa kau mesti bergembira dengan fakta tu?"

"Kau ni sembang kenal aku dah lama. Maksudnya adalah peluang untuk aku! Imagine kalau aku couple dengan Shahrul tu. Handsome gila kut weyh!!!"

Inilah Sufi. Sejak tingkatan satu, aku perlu hadap gila dia ni. Lepas satu, satu perangai tak semenggahnya ditunjukkan kepada aku. Tapi itulah yang merapatkan kami. Ketidaksemenggahan bersama.

"Handsomenya Shahrul ni weyhhhh!!!"

"Sufi, just so you remember that this guy that you've been fangirling only got 2Bs in his PMR and tak salah two fails."

"So? Dia baik apa? Jangan judge orang based on kepandaian dia."

"Masalahnya kau yakin ke dia tu baik? Okey, dengan Fatin tu, asal dorang break?"

"Kau ni?! Takkanlah aku nak tanya si Fatin tu pulak."

"Did I say you have to ask Fatin about it?"

Dia diam seketika. This is me. Aku bagi nasihat yang kau kena dengar bukan yang kau nak dengar.

"Fine! Nanti aku tanya dia."

"Tanya siapa?"

"Shahrul sendirilah. Mana tahu nanti dia nampak aku punya effort tu, haa merasa aku nanti."

Tak boleh dibendung kebodohan Sufi ni kadang-kadang. Nama je budak Bio.

"Anyway, aku tak nampak pakwe kau hari ni."

"Siapa?"

"Takkanlah Shahrul aku pulak. Ridzuanlah. Mana dia?"

"I saw his bike tadi. Ada meeting pengawas kut."

"I see."

Sufi adalah manusia pertama yang tahu tentang seksualiti aku yang tak lurus ni. Aku sedar yang aku sukakan lelaki ketika aku berusia 12 tahun dan aku beritahu Sufi ketika kami di tingkatan tiga. Dan dia tahu yang aku sukakan Ridzuan pada tahun yang sama.

"He is handsome tapi muka dia handsome budak baiklah."

Sufi dengan aku mempunyai citarasa berbeza terhadap lelaki. Dia sukakan budak lelaki yang masuk bilik disiplin dua minggu sekali seperti Shahrul dan aku sukakan lelaki yang agak nerd seperti Ridzuan.

"Kau tak nampak Fira ke?" Sufi bertanya kepada aku.

"Fira? Kenapa?"

"Takdelah, biasa di mana ada Fira, situ ada Ridzuan."

Sufi betul. Memang jarang mereka berdua tidak kelihatan bersama kecuali masa Biologi dan Prinsip Perakaunan sebab kami akan dibahagikan kepada dua dan Fira pula tidak mengambil Biologi.

Dalam sekolah ini, ada dua perempuan yang menjadi kegilaan. Nur Almas Sufi dan Nuril Syafira. Seorang rakan baik aku dan seorang lagi seteru tak rasmi aku.  Not that aku tak sukakan Fira tapi memikirkan dia girlfriend Ridzuan, aku kinda tak suka dia. But she is nice. Sebab tu Ridzuan suka dia.

Speaking of the devil, Fira masuk ke dalam kelas. Aku nampak muka gatal Khai, Fendi dengan Acap dah pandang ke arah Fira. I know the fact yang dia cantik but tu tak justify the action of pandang dia macam tu.

7 Minutes of HeavenWhere stories live. Discover now