Bab 19

2.1K 77 3
                                    

2009


Cn you tell him, Aidan? I'm scared. Promise i will nt freak out.

Suatu hari, aku menerima SMS sebegitu dari Fira. Aku hanya membalas OK dan mula menyesali akan jawapan dua huruf itu. Terasa macam menjadi pak turut pun ada bila dah macam ni.

Sebenarnya, Mama aku dan mak Fira, Datin Naquiah tu boleh tahan kamceng jugaklah. Mama memang tiap bulan akan pergi tambah botox dia kat klinik yang sama Datin Naquiah buat liposuction. Makanya aku memang langsung tidak memberitahu Mama tentang hal ini. Mana tahu kut-kut dia terlepas tanya ke kat Datin Naquiah tu, mampus gue! Mampus Fira tu sekali.

Di sekolah pada hari itu, aku pergi ke meja Ridzuan sebaik melihat dia masuk ke dalam kelas. Aku nampak yang Fira turut memandang ke arah aku ketika itu. Ya, perempuan aku nak tolong kau ni!

"Ridzuan, you free this evening?"

Ridzuan yang sedang rancak berborak dengan Syamil, salah seorang rakan sekelas kami, memandang aku pelik. "Free, why Aidan?" Ya, fake sangat!

"I have problems with Physics. Can we stayback?"

"Sure, boleh." Dia senyum dan senyumannya itu turut diikuti oleh Syamil. 

Sekembalinya ke meja aku, aku melihat Sufi sudah membuat muka 'you better tell me things I want to hear or you dead'. Keningnya sudah dijongket-jongket tapi aku buat tak nampak saja.

"Kau kerja ke petang ni?" Aku bertanya untuk melarikan fokusnya.

"Kerja." Dia membalas ringkas. Setahu aku, Sufi membantu ibunya menjadi guru tuisyen separuh masa di pusat tuisyen milik ibunya. Dia ditugaskan untuk mengajar budak-budak sekolah rendah darjah satu hingga darjah tiga. Sesuailah dengan kredibiliti kami sekarang. "Rapat kau dengan Ridzuan sekarang? Madu kau tak jealous ke?"

"Alah, kitorang start rapat lepas kuiz matematik haritulah. Lagipun, he seems fun."

"Untunglaaaaahhhh... Dia orang punya, Aidan. Bear that in mind."

Aku terdiam sekejap. Ayat Sufi itu sememangnya menyentapkan aku. Selepas itu, aku memandang ke arah Ridzuan di sudut sebelah sana. Dia yang masih rancak berbual dengan Syamil seakannya perasan yang aku sedang memandangnya kemudian turut memandang ke arah aku. Senyuman lembut kemudian ditunjukkannya.

Tamat saja sesi persekolahan, aku tinggal saja di dalam bilik darjah. Semenjak Mama mengizinkan aku memandu sendiri ke sekolah, aku sudah tidak perlu meminta izin Mama lagi untuk stayback. Cuma aku kena update dia from time to timelah. Common senselah sebagai anak pun.

Ridzuan kata dia nak teman Fira makan tengahari dulu makanya aku menunggulah dia di dalam kelas. Rasa cemburu cuba dihalau sejauh-jauhnya. Malahan, aku merasa bodoh ketika itu. Fira boleh saja ajak Ridzuan makan tapi tak cukup berani nak bagitau Ridzuan benda yang mereka sendiri lakukan. Kenapa mesti suruh aku?! Memang semua benda nak senang ke?

Ridzuan masuk kemudiannya dan menutup pintu. Butang bajunya dilonggarkan dan tali lehernya sudah ditanggalkan.

"Baby..."

"Hi..."

"Is it Physics or we're about to get physical?" Dia tersenyum nakal.

"Are you always this horny?" Aku memeluk tubuh. Aku rasa aku perlu menyuarakan dengan nada sebegini.

"Baby?"

"When you want me, you come for me and when you want her, you go to her. What am I in your life, then?"

Dia datang ke arah aku lalu memeluk lembut. "Baby, why? Apa yang aku buat salah ni?"

"I just feel... I don't know... used?"

7 Minutes of HeavenWhere stories live. Discover now