Bab 17

2.2K 80 10
                                    

2009

Aku tidak ke sekolah pada hari itu kerana sakit gastrik yang teramat sangat. Maka Mama hanya memberikan aku air kapur dan suruh aku berehat di rumah saja. Oh ya, dia suruh aku study sekali sebab mid year exam dah dekat. Haih, redha.

Jenuh aku berguling-guling dari sana ke mari menahan sakit perut dan juga kebosanan. Nak bukak MySpace pun, bukan ada siapa yang nak chat pun time sekolah macam ni. Last-last, aku hadap PC main Travian dengan Red Alert je.

SMS aku terima daripada seseorang dan siapa lagi kalau bukan cik abang tersayang.

Rinduuu...

Haha mengadala kau...

Nape tk dtng? Sehat tk?

Gastric pgi tdi. Mama sruh rehat rmh jer

Nk aku dtng tngk tk?

No need. Aku ok

Btul?

Btul..

Risaula aku klau kau sakit nie

Xpe Ridzuan. Fokuslh dlm kls tu

Tkde kau tkley fokus

Xyh nk mengadalaaaaaaaaa

Aidan, nk tau 1 bnda tk?

Wht?

I <3 you sngt2

I <3 you jgak

Sayang... nk pggl kau sayang lah lps nie

Kau pggl Fira pun sayang jgk

Okla then aku pggl kau baby? Ok?

Wtvlh Ridzuan

Babyyyyyy Aidan, i <3 you!!!

Babyyyyyy Ridzuan, i<3 you tooo!!!

Dan kredit aku habis. Mujur jugalah dia tak balas apa-apa selepas itu. Kalau tak memang susah nak explain kejap lagi.

Dalam pukul sepuluh pagi macamtu, mata aku mula mengantuk kembali. Aku pun niat nak lelaplah sekejap tapi itulah, sekejap tu sampai pukul dua jugalah. Itupun aku terjaga sebab handphoneku menerima panggilan daripada pemanggil yang tidak dikenali.

"Hello..."

"Hello, Aidan. Fira ni."

Aku terus menelan liur yang pahit ketika terdengar suaranya itu. Suaranya beku jadi aku merasakan dia ingin berbicara sesuatu yang serius.

"Yes? Anything I can help?"

"Well, can we meet?"

"Err, kenapa eh?"

"Hmm, how to tell eh? Please. I can't talk about it on the phone."

"Sure? Where?"

"Aku dah mintak driver aku hantar aku pergi KFC. Kita jumpa sana?"

"Okey."

Aku terus mandi dan bersiap. Aku lihat di luar rumah, kereta Volvo Papa ada. Biasanya kalau Papa pergi kerja, dia akan bawa kereta BMW dia. Volvo ni memang aku je yang bawak.

Jam menunjukkan pukul dua setengah petang. Maknanya sekarang Mama tengah ada kelas tambahan dengan budak kelas Biologi. Maknanya jugak Ridzuan takkan ada untuk perjumpaan aku dan Fira ni.

Ke memang dia nak jumpa aku sebab Ridzuan? Well you know, kut dia dah tahu ke? Sepanjang aku memandu ke KFC itu, aku berasa tak sedap hati.

Aku naik di tingkat atas dan melihat dia duduk di seat yang bersebelahan dengan tempat permainan. Aku nampak juga adik kecilnya, Syazreen sedang bermain di taman permainan mini itu.

7 Minutes of HeavenWhere stories live. Discover now