Bab 14

2.5K 83 0
                                    

2019

Hari itu aku melepak di rumah Sufi bersama Amanda. Amanda pula kebetulan off hari ni jadi lagilah seronok kami bertiga. Mujur suami si Sufi ni okey saja kami melepak di sini. Lagipun, rapatnya kami sampai kami tak payah panggil dia Dato' pun. Selamba je panggil Amin.

"Tak bawak buah hati sekali ke, Aidan?" Sufi mengusik. Dia ni tahu aje macam mana nak menyakat aku.

"Biasalah, Fi. Barang baik mana share kawan kita ni." Amanda pula menambah.

"Eeii, korang ingat Thaqif tu benda ke apa nak barangkan dia?!"

"Wuu, backup..." Bukan main muncung lagi mulut si Amanda ni.

"Orang ada yang punya, Manda. Mestilah backup kan? Kau tu je yang memanjang single."

"I'm single by choice. Even Beyonce said that if you want a single ladies, put a ring on it."

"Are you even Beyonce?" Giliran aku pula menyakat.

"Wah, sis tak sangka kawan sis sebegini kejam!"

Kami ketawa lagi. Selepas kahwin, Sufi tidak lagi selahar dulu kalau ketawa. Kredibiliti seorang Datin harus dijaga ya waima dulunya macam iblis. Lagipun dah beranak kut. Malu je depan anak tu nanti, kan?

"Elaysa, bagi balik phone Mommy tu, sayang. Mommy nak guna." Sufi memanggil anaknya yang sedang ralit tengok Didi and Friends di telefon bimbitnya. Patutlah aku call memanjang tak angkat. Phonenya anak yang pegang.

"Nama anak kau tak boleh normal sikit ke, perempuan? Tu yang dalam perut tu apa? E apa pulak?" Amanda mencari bahan untuk mengutuk Sufi lagi.

"I don't know. Kalau lelaki, Ezra and kalau perempuan, Eileen kut."

"Okeylah. At least it still sounds normal."

Sufi menuang lagi teh O ke dalam cawan kami bertiga. Kalau dia ni tak mengandung, memang sangatlah unlike Sufi untuk menghidangkan kami bertiga benda-benda macam ni. Silap-silap, beer pun dia boleh hidang kat kami. Wait, Sufi tak minum any alcohol.

Sebenarnya, aku ada sesuatu yang aku ingin beritahu pada minah dua ekor ni. Perkaranya taklah besar sangat tapi masih ianya sesuatu yang penting bagi aku setidak-tidaknya.

"Korang, aku jumpa Ridzuan."

Sufi yang tengah menyuap Nestum ke dalam mulut hampir tersuap ke dalam hidung anaknya manakala Amanda yang sedang menghirup teh terus tersedak. Sufi yang sememangnya mengenali Ridzuan manakala Amanda yang hanya kenal namanya saja, kedua-duanya memang akan memberi reaksi seperti itu bila-bila masa sahaja aku menyebut nama Ridzuan.

"What the fuck?!" 

"Manda, language! Anak aku ada ni."

"Okay, Aidan, what happened?"

"Well... Kenapa korang terkejut sangat ni?" 

"Kepala hotak kau..." Okey nampaknya mak datin kita ni dah terlupa yang dia kena jaga bahasa dia depan anak dia. "... of course terkejut. It's been 10 years, Aidan!"

"10 years, seriuslah?!"

"Yes, Manda. We aren't that young."

"Okay, thanks for the reality..." balas Amanda kepada Sufi kemudian dia berpaling ke arah aku semula. "Okay, how does that happened?"

"Korang tahu kan yang aku mengajar kat this one study centre ni kan?"

"Ahha..." Kedua-dua mengangguk.

"And tempat tu ada budak pelbagai jenis umur kan?"

"Ahha..."

"So mestilah ada banyak budak kan?"

7 Minutes of HeavenWhere stories live. Discover now