Aidan 2007

1.2K 58 3
                                    

Perasaan aku pada Ridzuan semakin membuak-buak. Hampir setahun lebih jugalah aku mempunyai perasaan ini dan dulunya aku fikirkan, ianya hanya crush. Tapi kalau crush lebih setahun, crush lagikah namanya itu?

Tapi, setakat ini, aku pendamkan saja ia. Sesiapa pun tak tahu tentang rahsiaku yang satu itu. Lagi pula, aku takut tentang persepsi orang terhadap diriku nanti. Lelaki menyukai lelaki lain, siapa yang boleh terima hakikat itu?

Di dalam kelas, aku rapat dengan Sufi. Sufi ni nama dia bagi aku unik dan sedap. Sedang pelajar perempuan sekolah ini yang lain bernama Amira, Syahirah, Aisyah, Izzati bla bla bla, nama dia break the glass wall. Nur Almas Sufi. Unik kan?! Muka dia pun lawa, macam Mandy Moore sikit.

Hari itu adalah hari Jumaat. Semua pelajar-pelajar Islam akan berkumpul di tempat perhimpunan untuk membaca Yasin dan pelajar bukan Islam akan berkumpul di dewan tertutup untuk sesi Moral kononnya. Aku pun tak faham apa motifnya nak buat sesi Moral memandangkan ramai je yang skip benda ni.

Masuk saja ke dalam kelas, mataku terus menerawang mencari Ridzuan. Mungkin pagi ini dia tidak bertugas jadi dia tiba bersama pelajar-pelajar lain. Sufi juga sudah sedia menunggu aku di tempat duduk.

"So, hari ni apa je yang dimoralkan korang semua?" Sufi terus bertanya kepada aku. Selepas setahun, boleh juga aku yakin mendengar dan bercakap Bahasa Melayu.

"Well, fhey talked about morality obviously."

"Ya, Aidan, ya. Obviously they will talk about morality."

"I mean, I'm not wrong, right?"

"Sure!"

Aku tersenyum. Kemudian aku menerangkanlah kepadanya tentang konsep kesederhanaan yang aku pelajari tadi. Dalam hidup ini, memang kena sentiasa bersederhana agar kita tidak terlalu terlebih atau terkurang dalam memberi baik pun menerima.

"Babe, sebenarnya, aku ada satu benda nak bagitau kau." Aku mula bernada serius. Suasana dalam kelas ketika itu sedang riuh mungkin kerana cikgu tak masuk agaknya. Jadi bila bising, no one give a shit about what will happen.

"What is it, min asklin?" Masalahnya bila dia nak cakap Swedish, mesti fail.

"It's min älskling. Oh yeah, actually, I have a secret to tell you."

"Wuu, what is it? I love secret more than I love my boyfriend."

"Because you don't have one, Sufi!"

"Whatever! I'm single by choice. Also, umur 15 is not the age we supposed to have a steady partner. Pelajaran itu penting."

"Say someone who change crush every two weeks. Hmm, interesting."

"Babi!" Dia menampar bahuku kuat sebelum kembali ke topik asal. "Balik cerita kau, haa apa benda tu?"

"First of all, are you open-minded enough?"

"Kau nak mintak gambar bogel ke apa ni dok tanya aku open-minded bagai ni?!"

"Nej, självklart! Okay, if I tell you this, you have to promise me and put your life as the collateral if you spread the words."

"Okay, ada dua benda aku nak tanya. What the fuck is syakvat and collateral?"

"Självklart is obviously. Collateral is something you put as a guarantee, it's an English word, Sufi?!"

"Sorry I don't got an A for it! Collateral tu in Malay I think is cagaran."

"Whatever, but will you, anyway?"

"Sure, if it really something important."

"It is. My life as the bet."

"Aidan, that sounds so super duper serious."

"It is so super duper serious, Fi!"

Dia menyuruh aku mengambil nafas dalam-dalam sebelum kembali dengan wajah tenangnya.

"I'm gay. I don't like women."

Sufi terdiam. Dia kemudian memandang sekeliling untuk memastikan tiada siapa yang mendengar apa yang aku baru saja katakan itu dan nampaknya everyone is busy minding their own business. Kemudian dia menghela nafas berat seiring dengan senyuman.

"That's must take lots of courage inside you to tell me, isn't it."

"I was scared of your reaction, that's it."

"It's okay. I'm fine. Aku okey je. I should thank you sebab be honest with me. This is a major issue and aku percaya kau pun mesti be very careful and cautious about it..."

"You're the first... to know this."

Matanya terbeliak sedikit. Aku tersenyum segaris sedikit kepadanya.

"Then thank you once more."

"And I have a crush."

"OH MY GOD, SIAPA?!" Haa kau! Dia punya jerit tu sampai satu kelas terus pandang kat kitorang. 

"Bisinglah, Sufi!!" Tempik Nasri, seorang pelajar yang paling problematic dalam kelas aku.

"Shut up, you!!!" balas Sufi sebelum memandangku kembali. "Okey, siapa?" Bisik pula kali ni.

"Can you don't...?"

"Fine! How to say 'sorry' in Swedish?"

"'Jag är ledsen' but that's not what matter now. Well, the hint is, you know this person."

"Our batch or seniors sebab Hakimi tingkatan lima tu hot jugak?"

"Yes, he's hot but nope. The boy is our batch."

Mata Sufi sekali lagi terbeliak. Apa ke perempuan ni excited sangat?!

"SIAPA?" Dia jerit lagi tapi kali ni taklah sekuat tadi.

"Hint; He's in this class."

Dia terus berdiri dan memandang sekeliling kelas seumpamanya menara kawalan. Tak puas hati, dia duduk semula. "Siapa?"

"Glasses, by the window, a prefect."

Sufi melihat sekilas sebelum mouthing, "Ridzuan?"

Aku mengangguk. Dia tersenyum sebelum menumbuk lembut bahuku.

"Tinggi taste kau! Anyway, thanks for trusting me. I will keep it!"

"Thanks, Fi."

Cuma petang itu, aku mula berasa dunia aku mula gelap. Aku buka MySpace seperti biasa untuk update apa yang perlu diupdate dan juga untuk mesej member di Sweden. Tapi berubah apabila apa aku ternampak bio Ridzuan sudah berubah. Di bawahnya tertulis;

Ridzuan - Syafira forever started today...

Aku terus shut down laptop dan berjalan menuju ke katil. Aku baring meniarap menungkupkan mukaku ke bantal. Air mata aku mula turun tak terkira.

"AAAAAAAAAAAAAAAAAAAARRRRRRRRRRRRRRRRRGGGGGGGGGGGGGGHHHHHHHHHHHHHHH"

7 Minutes of HeavenWhere stories live. Discover now