Mari Berborak ft. Character's

2.1K 60 5
                                    

Sedar tak sedar, dah dekat dua bulan cerita 7 Minutes of Heaven ni wujud kat Wattpad. Okay, personally this story is my 'experiment story' sebab well selama ni asyik buat story pasal budak sekolah je kan, why not buat pasal dewasa sekali? Yes, masih ada part tentang budak sekolah 'coz like I said, I'm experimenting.

That goes to first question; 1) Korang rasa, timeline tahun 2009 ke 2019 lagi best? Dan kenapa?

And then, this is my first story yang watak dia tak entirely duduk kat KL. Dalam timeline 2009, actually mereka tinggal di bandar dimana saya sendiri berasal. Ya, Port Dickson sebenarnya. Sekolah yang dibayangkan itu adalah sekolah saya sebenarnya.

So, marilah kita ke Watak2 yang ada hehe...

1) Aidan Maximilian Sta Maria

Anak bongsu kepada pasangan Prof. Dr. Aleksander Lars Sta Maria dan Puan Marion Faye Sta Maria. Adik kepada Alistair Maximus, Annaliese Marie, Astrid Merriwether dan Ackerman Magnus Sta Maria. Secara fizikal, dia seorang yang kurus dan dalam timeline 2009, dia seorang yang sedikit bongkok dan tidak memakai cermin mata tapi dalam tahun 2019, he fixed that and wear a spectacle even more. Rambutnya kerinting sedikit dan berwarna dark brown. Like he said, dia ada Scandinavian blood, maka kulitnya jenis putih kuning gitu. In short, dia ni mix Sweden-Cina gitu. Baru rare breed gitu ya dok?

Well, his character is actually quite predictable. He is nice and well-mannered. Walaupun dia nampak macam sepanjang masa senyap je, he's not a pendiam. Tengoklah dia dengan Sufi dan Amanda macam mana. Dia seorang ambivert. Bising dengan orang yang dia okey, senyap bila tiada apa-apa. Oh ya, naturenya adalah bila dia sayang seseorang itu, bermati-matian dia akan protect orang tersebut. Dan ya, mudah berasa sesuatu tapi selalunya tak tahu apa yang perlu dibuat.

2) Ahmad Amirul Ridzuan

Anak sulung kepada sepuluh beradik (dalam timeline 2019 ada dua belas). Ibunya melahirkan dia pada usianya 15 tahun dan ayahnya 17 tahun. Ayahnya pula asyik keluar masuk penjara tak pun pusat serenti. Situ sajalah yang dia berulang daripada si Ridzuan sekolah sampailah sekarang. Secara fizikalnya, dia seorang yang kurus atletik, swimmer's body I would say. Typical tall, dark and handsome gitu. Rambutnya sentiasa bersikat dan berminyak. Dan dalam timeline 2009 ke 2019 ke cermin matanya memang tak pernah lekang.

Peribadinya mulia. Sentiasa tersenyum dan baik hati orangnya kepada sesiapa sahaja. Indecisive gila dan sebagai bukti, Fira atau Aidan dia masih tak boleh memilih salah satunya. But he loves both of them.

For other characters like Fira, Sufi, Thaqif dan lain2, anda semua bebas untuk mempunyai imaginasi sendiri. Cuma Fira dengan Sufi memang tak pakai tudung hehe.

And yeah 2) Dalam watak Aidan and Ridzuan, mana watak paling korang boleh relate sekali?

Jadi itu sahajalah kut borak setakat ni. Sharelah any comments and feedback ke apa untuk make this story better hehe. Korang jugak yang puas hati nanti. Babai...

7 Minutes of HeavenWhere stories live. Discover now