Keputusan yang amat sukar pernah dilakukan dalam hidup Ramona. Berhenti kerja sebagai Pegawai Perubatan yang telah diceburi selama hampir 10 tahun gara-gara terpedaya dengan kemewahan yang dijanjikan.
Tentangan dari keluarga tak payah dicerita. Orang pertama yang menentang adalah ayah.
"Ko dah fikir habis-habis ker sebelum buat keputusan ni?", dengan nada yang agak keras ayah Ramona bertanya kepadanya.
Ayah memang membahasakan 'ko' kepada semua anaknya. Jarang dia akan menyebut nama atau gelaran along atau angah.
"Dah yah", jawab Ramona ringkas.
"Jangan menyesal dan jangan minta tolong dari ayah kalau ko susah", ayah Ramona seperti memberikan amaran jangan mengadu kepadanya jika nanti dia mengalami kesukaran atas tindakannya itu.
"Baik yah" dalam nada perlahan Ramona memberikan jawapan.
Ramona seperti tidak mahu bertegang urat dengan ayahnya. Jadi jawapan yang diberikan hanya yang perlu sahaja. Lagipun perbincangan malam ini hanya untuk memberitahu ayahnya tentang keputusan untuk berhenti kerja bukannya untuk mendapat restu.
Ayah memang tak akan memberikan restu untuk dia berhenti kerja.
Ramona tahu bagaimana sikap ayah terhadap anak-anaknya. Tidak berguna melawan cakap ayahnya.
Ayah seorang yang tegas sebab ayah bekas guru besar sekolah di daerahnya.
Bila ada yang bertanya anak siapa dan dijawab anak cikgu Osman, semua orang kenal.
Ayah memang dikenali sebagai seorang yang tegas. Semua adik beradik tidak berani menentang cakapnya.
"Ko nak kerja kat mana lepas ni?", tanya ayah sambil memandang Ramona menunggu jawapan.
Ramona tidak terus menjawab seperti biasa. Dia serba salah untuk menjelaskan bahawa dia ingin kerja sendiri.
Tidak ada dalam keluarga yang bekerja sendiri, semuanya kerja kerajaan atau dengan syarikat swasta. Mereka suka makan gaji, cukup bulan ada gaji.
Sebab tu Ramona selepas tamat sekolah terus melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan, kerana desakan ayah.
Ingat lagi Ramona bagaimana dia dimarahi kerana ingin memilih jurusan perniagaan tetapi ayah menentang. Ayah mahu dia menjadi doktor dan bekerja dengan kerajaan. Lebih terjamin katanya.
"Nak kerja sendiri yah". jawab Ramona pendek.
"What?" belum sempat Ramona meneruskan kata-katanya, ayah telah memotong.
"Ko dah gila ke?" terbeliak biji mata ayah memandang Ramona yang dari tadi duduk mematu berhadapan dengan tempat duduknya.
"Ayah ingat ko nak kerja dengan hospital swasta ker", jelas ayah Ramona cuba mendapatkan kepastian.
Emak Ramona hanya diam membisu di sebelah ayah. Emak tidak berani untuk campur atau menyampuk percakapan kami.
Emak tahu, silap hari bulan kalau salah cakap tentu kena marah dengan ayah.
Bukan sekali perkara seperti ini berlaku. Mak dah masak dengan perangai ayah. Kalau ayah tengah marah atau naik angin biarkan saja. Nanti lama-lama sejuk la.
"Ko nak buat apa nanti?" tanya ayah dengan nada rendah. Mungkin ayah Ramona berfikir tiada gunanya dia menentang keputusan anaknya.
Ramona sudah berumur 35 tahun dan bukan budak-budak lagi untuk dimarahi.
Ramona seorang anak yang degil, sebab tu dia menyewa seorang diri di Kuala Lumpur berbanding adik-beradik yang lain. 4 orang adiknya yang lain semua tinggal berhampiran dengan rumah ayah di Kuala Kangsar.
Pada mula-mula dia tamat pengajian ayah beriya-iya mahukan dia berkhidmat di hospital Kuala Kangsar kerana dekat katanya.
Tetapi Ramona bertegas untuk berkhidmat di Kuala Lumpur kerana memang tujuan dia ingin jauh dari ayahnya. Biarlah dia belajar berdikari di kota dari jiwanya tersiksa setiap hari dengan sikap ayahnya.
Kehidupan Ramona sejak kecil hingga sekarang ni semua diputuskan oleh ayahnya. Jurusan apa nak diambil, universiti mana nak sambung, nak kerja di mana, siapa bakal suaminya semua diputuskan oleh ayah.
Patutlah Ramona digelar anak yang suka melawan cakap. Jiwa mudanya meronta-ronta untuk bebas dan belajar membuat keputusan untuk dirinya, tetapi dikongkong oleh ayahnya.
"Yah, esok pagi kita nak balik KL" jelas Ramona sambil melirik ke arah ibunya. Ramona cuba menamatkan perbincangan dengan ayahnya. Lagi lama dia berbicara dengan ayahnya lagi tersiksa jiwanya.
"Baik aku balik KL. Lagi lama aku kat kampung ni lagi sakit hati dibuatnya", bisik hati Ramona.
"Awal nak balik, baru semalam petang sampai. Tak suka duduk kat kampung ker?" seperti nada sinis ayah Ramona bertanya.
"Esok keja malam, kena balik awal" terang Ramona dengan cepat. Dia sudah tidak mahu lagi bercakap dengan ayahnya. Cukuplah untuk malam ini.
"Baik aku masuk tidur", dalam hati Ramona berkata. Jiwanya meronta-ronta menyuruhnya masuk ke bilik dan meninggalkan ayah dengan ibu di ruang tamu.
"Yah, kita nak masuk tidur, dah ngantuk ni. Esok nak drive pagi-pagi" cetus Ramona bertujuan menamatkan perbualan.
Ayah Ramona diam jer tanpa berkata apa-apa. Dia tahu anaknya memang dah tak nak berbual dengannya. Biarlah anaknya masuk bilik supaya degupan jantungnya kembali perlahan. Dari tadi darah dalam jantungnya mengepam laju ke seluruh badan terutama otaknya.
"Nasib baik aku tak ada lemah jantung, kalau tak lama dah aku tumbang kat sini", bisik hatinya.
Ramona bangun dan beredar masuk ke bilik. Walaupun ayahnya menentang tetapi dia tetap dengan keputusannya untuk berhenti kerja.
Nampaknya lepas ni dia akan jarang balik kampung kerana ingin menumpukan kepada perniagaan yang akan diceburinya. Juga mahu buktikan yang kata-kata ayahnya adalah meleset sama sekali. Tanpa bantuan ayahnya juga boleh berjaya.
YOU ARE READING
HANYA ADA DIA
Kurgu OlmayanCerita tentang cita-cita yang tidak kesampaian. 1. Berjaya dalam perniagaan / kerjaya 2. Berjaya dalam keluarga 3. Berjaya dalam perkahwinan 4. Berjaya dalam mendidik anak-anak 5. Mengawal kesunyian dan emosi