-20-

20 2 0
                                    

Hari yang sangat mendebarkan bagi para pelajar tingkatan 5 iaitu berperang di medan peperiksaan. Wow boleh meletus jadi perang dunia keempat. Ehh bukan perang dunia kedua ke?. Ergh whatever.

"Weyh fiya fiya fiya, aq nak minta maaf kalau ada buat salah dengan kau selama ni,terkutuk belakang ke ape ke kan, maafkan aq tau, bagi aq tenang jawab exam besar nak mati ni" Kata Afiqah sambil membuat roll eye. Sebenarnya menyampah si Afiqah ni nak minta maaf dengan Arissa ni sebab Arissa jenis yang kata 'ala kau mana ada salah dengan aq'. Heh ye la tu, tak boleh dipercayai.

Afiqah je yang tahu apa salah dia pernah buat kat Arissa cuma Arissa je yang tak tahu. Afiqah pernah koyakkan diari Arissa then dia sorokkan bawah katil huhu. Kalau Arissa tau perghh dapat smackdown satu kali. Sakit wooo.

"Assalamualaikum dan selamat sejahtera, diminta murid-murid tingakatan 5 berkumpul di tapak perhimpunan untuk taklimat bahasa melayu sebelum masuk ke dalam dewan peperiksaan sekarang, harap maklum".

" Dah jom jom kita pergi tapak perhimpunan" Arissa menarik lengan Afiqah

"Oi kau gopoh sangat ni apahal, nak makan kaki aq ke? Aq bagi kaki aq ni kenyang setahun kau." Marah Afiqah

"Alaa aq tengah excited ni nak jawab exam SPM, kau jangan spoilkan mood aq pula"

"Ye la ye la" Afiqah mengalah

Mereka berjalan ke tapak perhimpunan sambil menghayun tangan. Sekali pandang macam budak 5 tahun. Ish ish.

Sampai sahaja kaki mereka di tapak perhimpunan, woo woo ni tapak perhimpunan ke pasar guys. Bingit gila macam tengah jual beli kat pasar.

"Murid-murid diminta duduk dalam keadaan senyap,kalau tak cikgu suruh korang berdiri sampai waktu habis exam,kamu semua bukan budak 5 tahun tapi remaja, dah tingkatan
5 pun,hari ni hari penentuan kamu semua, saya harap kamu dapat jawab semua soalan dengan baik" Celoteh pK HEM panjang lebar iaitu Puan Rosnah

"Tanpa membuang masa, saya menjemput guru kanan mata pelajaran bahasa melayu untuk memberi sepatah dua kata sebelum kamu semua ke dewan peperiksaan" Sambung Puan Rosnah lagi

Mikrofon sudah bertukar tangan

"Assalamualaikum dan selamat pagi murid-murid yang cikgu sayangi, anda semua sudah bersedia untuk bertempur?"

"Riang semacam Cikgu Halim pagi ni, ada apa-apa ke?" Semua murid tertanya-tanya, ruang yang luas itu mula dipenuhi bisikan-bisikan daripada murid-murid

"Kamu semua mesti tertanya-tanyakan kenapa cikgu gembira pagi ni, ye la selama nikan cikgu garang dengan kamu semua, sebenarnya cikgu akan tamatkan zaman bujang cikgu dalam bulan ni"

"Wah tahniah cikgu,selamat pengantin baru" Tapak perhimpunan kembali riuh-rendah dengan ucapan selamat pengantin baru untuk cikgu Halim

Cikgu Halim hanya tersenyum nipis

"Okey murid-murid nampaknya tak dapatla cikgu nak bagi taklimat kat kamu semua sebab masa tak mengizinkan, jadi cikgu ucapkan goodluck and to the best, cikgu doakan kamu semua dapat markah cemerlang dalam SPM, now kamu semua boleh bergerak ke bilik peperiksaan masing-masing" Sambung cikgu Halim lagi

Arissa dan Afiqah jalan beriringan sehingga tiba di hadapan bilik peperiksaan.

"Goodluck babe, otak kau kan geliga, in sha Allah kau dpt semua A dalam SPM" Afiqah memberi kata semangat kepada Arissa

"Kau pun sama goodluck, buat elok-elok, jangan main taram je, aq dapat tahu kau main taram, aq sumpit kau" Pesan Arissa lembut tapi masih tegas

"Ehem ehem" Tiba-tiba seseorang menegur mereka dari belakang

"Ehh Amar, nak cakap dengan Fiya ke?" Soal Afiqah

Amar hanya menganguk sebelum tersenyum kecil. Afiqah berlalu masuk ke bilik peperiksaan selepas memberi isyarat "aq beratur dulu" kepada Arissa.

Amar melangkah satu kaki ke hadapan supaya mudah untuk bersua muka dengan Arissa. Arissa perasan akan kelakuan Amar itu terus menundukkan kepala. Malu!!! Malu tapi dalam hati dia rindu kepada Amar.

"Assalamualaikum" Amar mula menyapa sambil melemparkan senyuman yang cukup manis

"Hm waalaikummussalam" Arissa menjawab salam tetapi kepalanya masih lagi memandang ke bawah

"Saya bagi salam dekat awak bukan dekat bawah tu, ke ada apa kat bawah tu sampai tak nak pandang muka hensem saya ni? Tak rindu ke? Hm" Kata Amar lembut.

Sejujurnya, dia rindu gadis kecil molek di depannya ini. Dia tidak tahu cara untuk melampiaskan rindu yang semakin hari semakin menggunung. Dia hanya mampu berdoa kepada Yang Satu supaya menjaga gadis itu dengan sebaiknya.

"Sayang" Panggil Amar

"Sayang...." Panggil Amar meleret sambil melambaikan tangan di muka Arissa

Arissa yang dari tadi menundukkan kepala mula cair. "Ya Allah, kenapa cepat sangat cair ni? Beku balik" Kata hati Arissa. Kesian Amar. Arissa mula mengangkat kepala. Matanya bertembung dengan anak mata Amar.

"Sayang, kenapa nampak gelabah sangat ni? Are you okay?" Tanya Amar risau. Siapa je tak risau tengok pasangan dia tiba-tiba gelabah.

Arissa masih terkaku di situ. Tidak tahu bagaimana untuk memulakan percakapan. Mulutnya seperti sudah digam. Tetapi Arissa tetap mencuba untuk bercakap dengan Amar.

"Sa..saya..rin..du..rindu..a..awak" Sedikit gagap untuk mengungkapkan perkataan tersebut kerana sudah lama tidak berbual secara begini dengan Amar sejak dia direhatkan selama sebulan selepas kejadian dia ditikam.

Amar masih dapat melihat Arissa yang tersenyum malu walaupun kepalanya masih menunduk. Jelas pipi milik Arissa kelihatan memerah seperti memakai blusher.Amar turut tersenyum melihat gelagat Arissa.

Amar mendekatkan kepalanya di tepi telinga Arissa sambil berbisik. "I miss U too,sayang". Bisikan tersebut membuatkan Arissa tersenyum bahagia.

" I want to say goodluck, do your best, saya tau awak pandai, saya harap awak dapat jawab semua soalan tanpa tinggal, ingat yang saya sentiasa sayang awak, i love you sayang" Berbunga-bunga hati Arissa apabila mendengar kata semangat daripada Amar. Ahh indahnya!! Rasa macam nak menjerit.

"Tak nak bagi apa-apa kata semangat kat saya?" Tanya Amar sambil menjongketkan sebelah kening miliknya. Ye la takkan milik Arissa pulakan.

"Awak pun sama goodluck, buat yang terbaik, jangan main taram jawapan sudah, awak pun pandai juga kan" Kata Arissa

"Orait princess, jom beratur" Ajak Amar lembut

Ramai pelajar tingkatan 5 sudah beratur sebelum pengawas peperiksaan beri mereka masuk

Barisan Amar telah berjalan masuk ke dalam. Amar sempat memandang ke arah Arissa sebelum mengennyitkan mata dan tersenyum.

_____________

Haii my silent reader
Sorry lambat publish story
Sis busy sikit sebab pt3 tahun ni
So enjoy ehh

Jgn lupe tekan bintang🌟


KITA (Slow Update)Where stories live. Discover now