-23-

14 2 0
                                    

Deruman enjin bot kedengaran kuat dipelusuk pulau. Bergema kuat sekali. Arissa dan Afiqah bersorak gembira. Cuti yang mereka impikan menjadi kenyataan. Walaupun bukan di luar negeri tetapi tetap menyeronokkan.

Arissa dan Afiqah terjun ke dalam laut yang terbentang luas. Jaket keselamatan yang tersarung elok di badan mereka memudahkan mereka terapung di atas air.

Mereka menyelam sambil berpegangan tangan. Bimbang mereka akan terpisah. Mereka teruja melihat ikan yang pelbagai spesies berenang, batu karang yang berwarna-warni, air yang berwarna biru. Sungguh indah ciptaan Allah. Tenang sahaja. Jiwa yang kusut pun akan pulih serta-merta. Mujur mereka sudah dilatih berenang dan menyelam dari kecil.

Setelah penat seharian di atas air dan melihat kehijauan hutan di pulau itu, mereka pulang ke homestay. Berehat buat seketika. Malam nanti mereka akan mengadakan campfire berdua.

Fuh dengar cerita best.

Malam itu...

Arissa dan Afiqah telah mengeluarkan beberapa bungkus marshmallow , dua bungkus biskut marie dan sedikit makanan proses untuk dimakan bersama.

Kayu api yang telah dilonggokkan disusun elok. Api dihalakan ke arah kayu api dan serta merta kayu api tersebut terbakar. Wow nice.

Sebuah khemah juga telah didirikan berdekatan unggun api. Permandangan malam itu sangat indah. Tenang bersama angin laut yang meniup sepoi-sepoi bahasa.

Arissa mencapai sebungkus marshmallow lalu dikoyakkan bungkusan tersebut. Tiga biji marshmallow dicucuk pada lidi dan bakar di atas api. Sekeping biskut marie diambil, sebiji marshmallow yang dibakar sebentar tadi diletakkan di atas biskut dan dikapitkan dengan biskut kedua.

"Yeay siap" Sorak Arissa. Apa lagi takkan nak tengok je, makan laa. Biskut tersebut selamat mendarat di dalam mulut Arissa. Wah rasa marshmallow itu cair dalam mulut. Terpejam mata Arissa menikmati makanannya.

Afiqah tergelak kecil melihat gelagat Arissa. Tangan Afiqah ligat membuka sebungkus sosej lalu diambil dua batang sosej dan cucuk pada
lidi. Sosej yang sudah dicucuk lidi dihalakan ke arah api. Kelihatan sedikit warna hitam menandakan ia masak. Pinggan plastik dicapai. Sosej yang telah dimasak diletakkan di dalam pinggan.

Masing-masing sudah kekenyangan terbaring di dalam khemah sambil mengusap perut. Terlampau kenyang dari biasa agaknya. Mata masing-masing memandang ke arah langit. Seronoknya dapat bercuti bersama sahabat baik yang dianggap seperti adik-beradik  sendiri.

"Senangnya dalam hati bila perut dh kenyang, esok nak balik KL dah, aq harap dapat cuti macam ni lagi dengan bfftj aq" Afiqah gembira sambil mengusap kepala Arissa lembut. Sweetnyee dorang haaa author jealous.

"Aq pun sama, nak spent time dengan kau bila-bila masa je" Arissa lalu memeluk Afiqah seerat-eratnya seolah-olah tidak mahu melepaskan pelukan tersebut.

"Weyh jom la tidur dah pukul berapa ni, esok nak kena bangun awal, nak packing bag balik KL" Kata Afiqah sambil menarik selimut sehingga menutupi bahagian badan yang terdedah. Pintu khemah juga dizip.

Malam kian memekat. Arissa dan Afiqah pun mula melelapkan mata. Angin yang masuk dari lubang-lubang kecil khemah mencucuk hingga ke tulang. Akhirnya mereka lena dibuai mimpi.

**************

Kedengaran azan subuh berkumandang dari surau berdekatan penginapan mereka. Arissa bingkas bangun dan sedikit mengeliat. Prakk prakk bunyi tulang seakan-akan patah. Sedapnya mengeliat!!

Afiqah disebelah tidak dikejutkan kerana Afiqah masih dalam mod 'cuti'. Faham-faham je la perempuan. Arissa membuka zip pintu khemah dan masuk ke dalam homestay untuk membersihkan diri dan bersedia untuk mendirikan solat subuh.

Seusai menunaikan kewajipan kepada Sang Pencipta, Arissa keluar lalu melangkahkan kaki ke arah khemah untuk mengejutkan Afiqah. Baru selangkah kaki Arissa memasuki khemah, langkah Arissa terhenti lalu menggelengkan kepala.

"Ish ish ish, tidur terbongkang, aq tinggal tak sampai sejam, agak-agak la tidur tu, kau tu anak dara bukan anak teruna wahai Cik Afiqah yang cantik, dah bangun, aku nak kemas dalam ni, kau pergi mandi sekarang" Bebel Arissa

Afiqah yang masih mamai terus mencapai getah rambut lalu disanggul kemas dan mencapai tudung sambil melangkah longlai menuju ke homestay.

Tangan Arissa ligat mencapai selimut lalu dilipat kemas, dua biji bantal diambil disusun rapi, segala benda yang berada dalam khemah dikutip dan disimpan di dalam beg kecil. Selesai mengemas dalam khemah, tangan kecil Arissa mencabut satu persatu batang khemah dari kain khemah. Wow boleh jadi superwomen. Batang khemah disusun satu satu sebelum di masukkan ke dalam beg khas. Kain khemah dilipat lalu disumbat masuk ke dalam beg khas bersama batang khemah yang telah disimpan tadi.

Arissa mengelap peluh yang mula terbit didahi dengan belakang telapak tangan. "Fuh siap pun, sekarang aq nak kena packing barang masuk dalam kereta" Arissa mengangkat semua barang yang dikemas ke dalam homestay.

Afiqah yang baru sahaja keluar dari bilik air berkerut kening lantas berjalan menuju ke arah Arissa. "Fiya, apahal aq tengok kau rajin semacam harini? Tak pernah pun kau rajin sampai macam ni."

"Haih aq rajin salah aq malas salah, mood aq terlebih rajin harini, dah dah jangan kacau aq nak kemas ni, kau duduk sana kemas apa yang patut" Arissa seakan menghalau Afiqah

Semua beg dan barang yang telah dikemas diangkat oleh Arissa lalu dimasukkan ke dalam bot kereta. "Wuhuu settle kerja aq, aduh sakitnya pinggang aq" Adu Arissa.

"Tu la rajin sangat" Sampuk Afiqah dari dalam homestay. "Ish biar la, dah jom pergi sarapan, perut aq dah buat konsert gegar vaganza ni" Kata Arissa sambil mengusap perutnya.

Arissa dan Afiqah berjalan berpegangan tangan menuju ke gerai terdekat. Dua bungkus nasi lemak, segelas teh tarik dan segelas milo suam dipesan.

Masing-masing memandang laut yang luas terbentang. Tenang dan damai. Terasa segar bugar badan apabila menghirup udara segar disitu.

Selesai makan dan membayar harga makanan dan minuman, mereka memulakan perjalanan pulang ke rumah masing-masing. Lebih kurang 2 jam perjalanan, Afiqah terdengar dengkuran kecil . Afiqah lantas memandang sebelah, kelihatan Arissa sedang lena tidur.Mungkin terlampau penat mengemas sebentar tadi.

Tiba-tiba hatinya berasa sedikit gelisah. Ada sesuatu yang ingin diberitahu kepada Arissa namun dibatalkan sahaja niat itu. Afiqah tidak sampai hati melihat Arissa bersedih. "Suatu hari nanti pasti akan kau tahu juga" Bisik hati Afiqah

____________________

Sorry sbb lama x update, author pt3 last month then abis exam ingt nk smbung tp sel ii otak  x berhubung pulk, lpasni maybe author akan update satu chapter dlm seminggu, x jnji ok tp in sha allah

So enjoy my story

Jgn lupe vote, share sekali hehe

Jgn lupe support author sekali

See u on the next chapter

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 07, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

KITA (Slow Update)Where stories live. Discover now