-21-

10 2 0
                                    

Hari terakhir pelajar tingkatan 5 menjalani peperiksaan yang bakal menentukan masa depan mereka semua. Hari ini juga hari dimana mereka akan merdeka menandakan mereka telah tamat berjuang di sekolah menengah.

Arissa dan Afiqah berpelukan sesama mereka sambil menangis. Bukan kerana gembira mereka telah habis SPM tetapi kerana mereka akan berpisah untuk jangka masa yang lama. Entah bila mereka akan bersua muka seperti ini kembali.

"Isk isk isk Fiqa...aq akan merinduimu sahabat, jaga diri kau baik-baik, jangan lupakan aq, nama kau sentiasa dalam doa aq, kalau ada salah tolong maafkan aq, aq sayang kau sangat-sangat, kau la satu-satunya sahabat paling baik yang pernah aq ada, in sha Allah panjang umur kita jumpa lagi" Eyh panjang betul ayat perpisahan minah ni, macam la tak boleh jumpa padahal rumah selang dua buah je dari rumah sendiri.

Kalau korang nak menghayati perpisahan minah dua ekor ni, silalah pasang lagu DOA PERPISAHAN. Barula ada feel perpisahan tu.

"Hmm author ni kalau aq sumbat kasut aq ni, kenyang setahun tau" Kata Afiqah sambil memberi jelingan maut

"Do i care? heks, lagipun story ni aq yang buat, sibuk je" Tanya author sambil melangkah pergi

Back to reality reader sekalian

"Haih kau ni Fiya, kalau aq hempuk kau pakai kuali makcik kantin jangan tanya kenapa, drama betul, bukannya kita tak bole jumpa, rumah dekat je tiap-tiap hari kau boleh jumpa aq, kau punya drama ni boleh masuk tv3 tau heh" Kata Afiqah geram

Arissa hanya tersengih macam kambing. "Alaa kau ni Fiqa, aq nak berdrama air mata pun tak boleh ke?, bukan selalu, sekali sekala je" Arissa membidas kata-kata Afiqah

Afiqah hanya membuat roll eye. Erghh menyampah.
"By the way, bila kau nak bagitau Amar pasal ehem ehem tu?" Tanya Afiqah sambil mengangkat kening

"Hurm tu la yang aq tengah fikir ni, macam mana aq nak bagitau Amar, haih susah la, kalau bagitau dalam chat mesti dia ajak jumpa" Kata Arissa lalu mengerutkan dahi. Penat berfikir tentang hal tersebut. Bolah stress jadinya.

Tiba-tiba...

"Hai, assalamualaikum" Someone tegur Arissa dan Afiqah dari belakang. Aikk selalu orang tegur dari depan. Hm whatever. Arissa cukup kenal dengan suara husky tersebut. Yaa jejaka tersebut ialah Amar Faliq. Asyik tegur je tak ada yang lain ke. Boring.

Arissa dan Afiqah memberhentikan langkah mereka. Afiqah hanya menunjukkan reaksi tenang manakala Arissa ragu-ragu untuk berdepan dengan jejaka yang telah mencuri hatinya itu.

"Fiya tell him the truth please, don't waste my time" Afiqah berkata serius. Tak pernah Afiqah serius. Ini buat kali pertama Afiqah serius. Pandang muka je dah seram. Takut author.

Arissa hanya menganggukkan kepala lalu melangkah perlahan menuju ke arah Amar yang berada di belakang.

Arissa melemparkan senyuman nipis. "Waalaikummussalam" Jawab Arissa lembut. Arissa menarik nafas dalam-dalam lalu menghembus keluar. Dia bersedia untuk meluahkan segala yang telah dia simpan daripada pengetahuan Amar.

"Awak jom duduk kat bawah pokok sana, saya nak bagitau something" Arissa berlalu ke arah pokok yang dimaksudkan. Amar hanya membuntutinya dari belakang tanpa bersuara.

Arissa menyapu daun yang gugur di atas kerusi sebelum duduk menggunakan tangan lalu mempelawa Amar duduk di sebelah.

"Okay now bagitahu la apa yang awak nak bagitahu tadi, saya dengar" Kata Amar beriak tenang tetapi dadanya berdebar. Jantungnya berdegup kencang  seperti telah berlari marathon selama 3 hari 3 malam tanpa henti.

Arissa tidak memandang muka Amar malah tunduk memandang meja. Tangannya mula berasa sejuk. "Saya nak minta putus demi kebaikan saya dan keselamatan saya, awak jangan tanya saya kenapa sebab saya tak sampai hati nak cerita siapa yang buat saya sampai masuk hospital, saya dah tak sanggup nak hadap semua tu seorang diri, in sha Allah lepasni kita jadi kawan je, kalau jodoh panjang kita jumpa kat jinjang pelamin" Kata Arissa. Empangan matanya sudah hampir pecah  tapi ditahan. Dia tidak mahu menangis di hadapan jejaka tersebut. Arissa berlari ke tempat dimana  Afiqah berdiri sedari tadi.

Selepas mendengar luahan Arissa, Amar tidak dapat menahan air matanya. Amar menangis disitu. Tiada satu perkataan yang keluar dari mulutnya. Dia hanya mampu melihat Arissa berlalu pergi. Dia juga tidak mahu melihat Arissa tersakiti. Dirinya bagai dihiris-hiris apabila melihat gadis yang dicintai berlumuran darah pada sebulan yang lalu.

Air matanya kian lebat membasahi pipi. Amar melangkah longlai ke tempat parkir motosikal. Amar menghidupkan motor kesayangan yang diberi oleh umi dan abinya. Matanya tertancap pada jam tangan yang masih melingkar di pergelangan tangan. Jam menunjukkan sudah hampir pukul 2 petang.

Preng preng preng bunyi motor milik Amar memecah kesunyian kawasan sekolah. Lawak la pula bunyi moto macam tu. Nak buat macam mana itu saja yang terlintas dalam fikiran author.

Amar berhenti di surau berdekatan kawasan perumahannya untuk menunaikan solat fardu zohor. Walaupun penat kerana menangis tetapi itu tidak menghalang perbuatan Amar.

Seusai mendirikan solat zohor, Amar bertafakur buat seketika sebelum pulang ke rumah. Dia tidak mahu menunjukkan kesedihan yang dihadapinya kepada umi dan abi. Nanti mereka tentu akan risau.

Amar tabah atas ujian yang Allah turunkan kepadanya. Amar hanya mampu berdoa kepada Yang Maha Esa supaya membahagiakan gadis yang dicintainya. Hatinya berbisik "Amar kau kena kuat tempuh segala ujian ini, semoga kau memiliki hati yang cekal, Allah memberi ujian kerana dia tahu hambanya itu kuat serta tidak mudah mengalah".

Amar tersenyum kecil dan menyandarkan diri di tiang surau sebelum melelapkan mata. Hari yang cukup penat. Mungkin esok hari yang bahagia untuk aq.

Di sebalik langsir dimana terletaknya tempat solat kaum muslimat, Diana tersenyum sinis. Dia juga telah menyaksikan drama air mata di sekolah sebentar tadi. Mujur tiada yang perasan akan kelibatnya. Tiada hati perut lansung minah ni. Dah la hancurkan relay orang. One day, kau dapat balasan atas apa yang kau dah buat.





KITA (Slow Update)Where stories live. Discover now