Prolog

11.7K 482 54
                                    

👑Devil Advocate👑
By Aviana Armelle

"Don't mess with wrong people."

Membuka Tirai

Selesai sudah membeli barang sekolah. Lasyira Arlira memandang ke atas.

Matahari yang terik.

Panas gila. Pasti makeupnya cair.

Tak boleh jadi ni. Kejap lagi nak pergi tempat lain lagi. Mika pon satu. Buat apa lagi entah dalam mall lama-lama.

Lasyira mendekati satu kereta nissan gtr. Cermin gelap. The best choice ever.
Dia mengeluarkan compact powder dan lipmatte lalu dipakai.

"Waa Lasyira omg kenapa cantik sangat ni?" Puji Lasyira. Bermacam-macam mimik muka dia lakukan.

"Ya memang cantik auu. Lasyira Arlira. Anda tersangatlah comel." Sambung Lasyira lagi.

"Okay done. Tata Lasyira cantik." Dia mengenyitkan mata pada cermin kereta itu sebelum berlalu pergi ke pintu mall. Haihh si Mika ni baru nak keluar.

Tanpa sedar dia diperhatikan oleh seseorang di dalam kereta.

Lelaki itu mengambil gambar Lasyira sambil tersenyum.

Driver yang berada dihadapan memandang cermin belakang. Berkerut dahinya melihat pertama kali tuan nya senyum.

***

Lasyira Arlira menggalas beg sekolah menuruni anak tangga. Meja makan dituju malas. Harini permulaan baginya di sekolah baru.

Kata mummynya lebih mudah sekolah sekali dengan Haidar Mikael iaitu abangnya yang hanya tua tiga minit daripanya. Macam mana boleh kembar entah. Muka langsung tak sama. Apa yang mudahnya tidak tahu. Dia yakin abangnya tidak akan membantunya langsung di sekolah.

Haidar mikael menuruni anak tangga dengan tergesa-gesa. Meja makan ditujunya.

"Hoi manusia. Sekejap lagi kau pergi dengan driver okay? Aku takkan kotorkan kereta aku dengan bawak kau." Haidar Mikael duduk di meja makan. Rambut aku diserabutkan semahu-mahunya.

Lasyira Arlira menampar kuat tangan Haidar. Habis rosak rambutnya. Muka mummynya dipandang sedih. "Mummy tengok Mika!" Ngadu Lasyira Arlira. Hanya Lasyira seorang yang memanggil Haidar Mika.

"Whatever. Bye pumpkin gemok." Haidar mencium mummynya dan berlari keluar. Kunci kereta nissan gtr digapai.

"Tengok tu mummy. Macam tu mummy nak suruh dia jaga Lasyira?" Lasyira memandang kereta abangnya yang berlalu keluar dari pagar rumah.

"Ya Mummy percaya dia."

***

Lasyira melangkah masuk ke dalam sekolah. Baru dua langkah dia terus berhenti. Kaki mana eh tadi dia masuk?

Lasyira mengundur semula. Kaki kanan melangkah dahulu.

Dia memandang peta ditangannya. Apa benda yang abang dia lukis entah. Buruk. Yap teramat buruk. Macam mana nak cari pejabat sekolah dengan peta yang entah apa-apa ni?

Dia memerhati lama. Is this kambing? And this one lembu? Mana ada lembu and kambing dalam sekolah!

Lasyira memandang pokok besar di luar pagar sekolah. Dia berdiri di bawah pokok itu dan berharap ada manusia menegurnya. Yelah budak baru kan. Sekurang-kurangnya tanya lah nama. Nanti dia boleh tanya pejabat dekat mana.

Wah bijak Lasyira!

Tak-tak. Idea yang sangat lembab. Macam orang gila je tunggu dekat bawah pokok macam tunggul.

DEVIL ADVOCATEWhere stories live. Discover now