Pintu bilik Lasyira diketuk beberapa kali.
Lasyira membuka kemudian meliar matanya mencari manusia yang mengetuk pintu biliknya. Kepala dikeluarkan sedikit lalu memandang kiri dan kanan.
Tiada orang.
Baru sahaja dia mahu menutup pintu, dia perasan ada sesuatu di atas lantai.
Pingat emas?
Lasyira menunduk untuk mengambil pingat itu. Pelik. Sejak bila tinju dapat pingat-pingat macam ni? Bukan tali pinggang? Oh lupa ni baru separuh akhir.
Bibir mengukir senyuman sebelum meletakkan pingat emas itu di dada.
Selang beberapa minit Lasyira bagaikan tersedar. Pingat itu dibaling di atas katil.
Apa yang baru dia buat tadi? Tu kan yang Firash.
Suka Firash? Hell no!
Lasyira merebahkan diri di atas katil. Pingat emas dipandang lama.
Adakah dia sudah berubah? Mengapa terlalu cepat perubahan yang berlaku dalam dirinya. Semenjak dia berpindah ke Anres Highschool, dia bagaikan berada dalam jiwa orang lain.
Mana Lasyira yang dikenali sebagai Queen of Rudeness?
Mana Lasyira yang benci lelaki?
Betullah. Suasana merubah diri kita.
Kehadiran Devil Advocate dalam hidupnya membawa seri yang dia tidak mampu bayangkan.
Akhirnya dia memakai hijab. Menolong orang yang dibuli dan berkawan dengan orang yang dibuli itu.
Baru dia tahu bagaimanakah perasaan seseorang yang dibuli. Dia patut meminta maaf kepada manusia yang dia sudah kasar selama ini.
Tapi bagaimana pula dengan yang sudah meninggal?
Bunyi notification mematikan lamunannya. Tangan mengapai telefon di meja tidur.
My King👑
Simpan baik-baik. Nanti gantung dalam bilik kau. Kalau tak siap kau nanti!"Huh?" Berkerut dahi Lasyira membaca text yang dihantar itu. My king? What the heck. Kenapa budak-budak ni suka sangat ceroboh telefonnya kemudian save nama bukan-bukan.
Firash berdiri dihadapan pintu bilik sebelum tersenyum lebar dan beredar. Tangan diletakkan di dalam kocek lalu menoleh memandang pintu bilik itu lagi sekali sebelum ketawa kecil.
Senyuman Firash pudar. Dia menggaru kepala yang tidak gatal. Itu pingatnya. Kenapa dia bagi pada Lasyira? What the heck is going on bruhh? Dan kenapa dia tersenyum macam katak hijau dari tadi. Kaki melangkah lebih laju menuju ke biliknya.
Kakinya berhenti melangkah apabila hoodienya ditarik dari tepi.
Firash memandang tangan yang memegang kemas hoodie yang dipakainya. Dia menoleh.
Lasyira.
Firash tergamam. Wajah Lasyira dipandang.
Lasyira mengangkat pingat emas dihadapan wajah Firash. "Congrats."
Firash mengecilkan mata memandang Lasyira geram. Ucapan tahniah tu dah okay tapi reaksi muka ya Allah menyakitkan hati gila.
"Senyuman takda?" Soal Firash.
Lasyira menjeling Firash tajam sebelum kembali melangkah ke biliknya.
Baju Lasyira ditarik. "Eh suka hati kau je kan nak balik bilik kau without senyuman. Ikut arahan aku."
YOU ARE READING
DEVIL ADVOCATE
Teen FictionDevil Protecter | Devil Champion #1 mystery #3 teenfiction Don't mess with wrong people. Lasyira Arlira terpaksa berpindah ke sekolah elit abangnya iaitu Anres Highschool selepas digesa mummynya. Sekolah yang memerlukan yuran hampir 60k. Yuran dah...