Bab 11

5K 397 39
                                    

Lasyira berkurung di dalam bilik akibat dikunci oleh Haidar kerana tidak dibenarkan ikut ke tanah perkuburan untuk mengiringi arwah mummy-nya.

Lasyira memeluk lutut. 'Ya Allah aku tak kuat. Mika..bukan aku. Aku takkan sanggup buat semua tu dekat mummy. Aku dah lama tinggal kerja bodoh tu.'

Pintu bilik diketuk beberapa kali. "Cik muda, makan la sedikit untuk mengalas perut. Kalau jatuh sakit nanti macam mana?"

"No need. It's okay. Just stay away from my room."

Biarlah aku jatuh sakit daripada hidup melihat orang yang aku sayang tak sama seperti dulu. Mika sudah berubah. Adakah daddy dan Devil Advocate pon akan berubah?

***

Ryan, Firash dan Isyraf membantu Haidar dan Dato Adam Iskandar menurunkan arwah Puan Zahirah.

Selepas semua telah selesai, Haidar dan ahli Devil Advocate yang lain masih berada di makam itu.

Bahu Haidar diusap berkali-kali.

"Kenapa Lasyira sanggup buat mummy macam tu.." Haidar mengusap batu nisan.

"Wait apa maksud kau?" Mereka bertiga memandang Haidar pelik. Pihak hospital sendiri cakap tiada unsur pembunuhan. Takkan la Lasyira nak bunuh. Lasyira tu perempuan kot. Mummy sendiri lak tuh.

"Arcane code." Balas Haidar lemah.

Haidar ternampak satu kelibat berpakaian jubah dan kaca mata hitam disebalik dinding masjid.

Lasyira?

Mustahil sebab dia sendiri yang kunci pintu bilik Lasyira.

Telefon dikeluarkan lalu menghubungi telefon rumah.

"Ya Tuan Muda?"

"Lasyira ada dekat mana sekarang?" Soal Haidar inginkan kepastian. Kelibat perempuan tadi sudahpun hilang dari pandangan.

"Di dalam bilik Tuan Muda. Tadi saya nak bawa makanan pon dia taknak."

"Pergi naik bilik dia sekarang!"

"Tapi Tuan Muda, baru seminit yang lepas saya naik bilik dia."

Dahi Haidar mula berkerut, kalau bukan Lasyira jadi siapa?

***

Bilik Devil Advocate

"Taktik arcane atau lebih dikenali sebagai arcane code." Ujar Firash selepas menjumpai beberapa maklumat dari laman web gelap.

"Hah? Aku tak paham do." Kata Isyraf.

Firash berjalan mengelilingi meja perbincangan. "Pembunuh akan menggunakan piano. Arcane code ialah code code tertentu yang akan digunakan oleh pembunuh untuk menghasilkan bunyi piano yang nyaring tetapi tidak dapat didengari. Sesiapa yang dengar memang akan mati sebab gergendang telinga akan pecah dan mengganggu beberapa saraf otak."

"Wait what?!" Kata Ryan yang cuba untuk faham benda tak masuk akal dalam hidupnya.

"Hanya anjing yang boleh kesan bunyi yang dihasilkan oleh arcane code." Jelas Haidar pula. Kedua-dua tangan diletakkan di atas meja. Kepala ditundukkan.

DEVIL ADVOCATEWhere stories live. Discover now