Please vote and follow me first before read this. I really appreciate it.
***
Lasyira memandang hadapan. Baik dia tengok taman bunga ros dekat depan tu. Dia malas mahu memandang manusia yang sedang melihatnya.
Setiap orang melihatnya sambil memegang telefon. Dah kenapa? Dia bukannya artis pon. Setakat instagram tu normal la. Oh ya. Mungkin kerana dia berjalan bersama-sama Medina dan Devil Advocate.
Muncul satu tangan di atas bahunya. Lasyira memoleh kiri. Medina tersenyum kemudian membisikkan sesuatu. Telefon dibuka.
Terbuntang mata Lasyira. Dia merampas telefon itu untuk melihatnya dengan lebih tepat. Dia berhenti dari berjalan lalu menoleh belakang.
Apa ni. Devil Advocate mengistiharkan dia sudah menjadi sebahagian dalam group itu dalam website Devil Advocate.
Gila diorang ada website.
"You apa ni. I taknak join." Ngadu Lasyira pada Isyraf. Entah kenapa dia sudah terbiasa gunakan i you dengan lelaki itu. Isyraf punya pasal la ni.
"Mana boleh. Kalau you tak join tak best la. Kalau you nak marah you marah diorang. I takda kena mengena." Balas Isyraf. Sempat dia memandang tajam lelaki yang memerhati Lasyira.
Haidar memegang perutnya. Dia berlari laju ke arah longkang. Bunyi mahu termuntah dibuat-buatnya.
"Kau kenapa doh." Soal Ryan. Dia menuju ke arah Haidar risau. Tangan diletakkan di dalam kocek seluar. Mata membalas jelingan Isyraf.
"Mual aku dengar." Haidar ketawa kuat sambil berlari laju. Dia tahu Lasyira akan mengejarnya kali ini.
Firash melipat lengan baju hingga ke siku. Tali leher dilonggarkan sedikit. Butang teratas dibuka. Panas betul dengar orang ber 'i you' ni.
Lasyira memandang Isyraf lalu memandang Haidar yang sedang ketawa sambil berlari. "Abaikan. Tak cukup perhatian la tu."
Meletus tawa Isyraf begitu juga yang lain. Betullah kata Haidar. Mulut Lasyira memang menyakitkan hati.
"Okay fine. Aku tinggal kau. Tak jadi bawak kau pergi mall." Haidar acah merajuk.
***
Di dalam kelas.
Cikgu Aina membuka buku matematik tambahan. Tangan menyelak muka surat satu per satu. "Okay buka muka surat 111." Dia menyebut satu per satu.
"Sila ke kaunter 3." Sambung Haidar Mikael selamba.
Meletus tawa mereka semua. Mata pelajaran cikgu yang garang pon jadi seronok bila wujud manusia masuk air macam tu.
Cikgu Aina menjeling Haidar. Kenal sangat dengan perangai mereka. Lantaklah janji result membanggakan. Dia menaip sesuatu di dalam ipad. Setiap pelajar di sekolah itu disediakan ipad sebagai buku latihan. Semua latihan perlu disiapkan di dalam itu. Mudah untuk guru-guru memeriksa. "Okay buat latihan berdasarkan soalan buku text."
Haidar menahan ketawa apabila membaca text yang dihantar oleh cikgunya.
Cikgu Aina:
Tak lawak ya Haidar Mikael.Haidar hensem:
Cikgu Aina dah ke kaunter 3?Haidar menunggu jawapan daripada Cikgu Aina. Enam minit sudah berlalu tetapi Cikgu Aina masih menaip sesuatu. Eh tetiba dp hilang. Duh kena block. Haidar menunjukkan kepada rakan-rakannya yang lain. Buang masa tunggu.
YOU ARE READING
DEVIL ADVOCATE
JugendliteraturDevil Protecter | Devil Champion #1 mystery #3 teenfiction Don't mess with wrong people. Lasyira Arlira terpaksa berpindah ke sekolah elit abangnya iaitu Anres Highschool selepas digesa mummynya. Sekolah yang memerlukan yuran hampir 60k. Yuran dah...