Bab 14

3.8K 349 130
                                    

Tangan Haidar digenggam erat lalu diusap.

Lasyira meletakkan tangan Haidar dipipinya. Dicium berkali-kali tangan itu. Tangan yang selalu memeluk dirinya ketika dia sedih.

"Lasyira balik la dulu. Daddy boleh tengok-tengokkan Haidar."

Lasyira melangkah berat. Pintu bilik Firash dituju.

Kelihatan seorang lelaki dihadapan pintu. Tetapi dia meneruskan langkah.

Pintu bilik dikuak perlahan.

Tubuh Firash yang lemah dipandang. Badan Firash dipenuhi pelbagai wayar.

Hati terasa sebak. Firash lebih kritikal berbanding Haidar.

"Awak ahli keluarga pesakit?"

Lasyira menggeleng.

"Saya kawan dia."

"Pesakit terlalu kritikal. Kami berharap awak boleh hubungi keluarga supaya menyediakan apa yang patut."

"Peluru yang terkena pada tubuhnya sekali gus telah menembusi jantung."

Bunyi pintu ditolak mengalihkan perhatian Lasyira.

Ryan dan Isyraf berdiri disebalik pintu itu.

Ryan menggeleng sebelum keluar dari bilik itu. Isyraf mengejar Ryan.

Air mata Lasyira mengalir laju. Wajah Firash dipandang. Terlalu awal untuk mereka berpisah.

"Ya Allah. Firash."

***

Dari awal waktu persekolahan sampai habis. Tiada sepatah pon suara keluar dari mulut mereka bertiga.

Lasyira seperti mayat hidup. Mata memandang hadapan namun mindanya entah kemana.

Dia masih menyalahkan dirinya kerana terlibat dengan dunia kotor ini. Sudahlah baru kehilangan arwah Mummynya. Sekarang?

Lily yang berasa kasihan terus memeluk Lasyira. Kepala Lasyira diletakkan di atas bahunya.

"Aku tahu kau kuat. Kau kuat kan Lasyira?" Rambut Lasyira diusap.

Kyla mendekati mereka berdua diikuti dengan Kairina dan Maya.. "Kenapa Monster dengan King tak datang?"

Agak pelik kerana Devil Advocate tidak pernah ponteng sekolah.

Lasyira mengangkat wajah memandang Kyla.

"Aku tanya kau kan. Dah bisu? Tak reti-reti nak jawab?" Kepala Lasyira ditolak.

"Kau jangan nak biadap sangat boleh tak?" Marah Lily. Dia bangun dari duduk.

"Sejak bila kau berani melawan?" Kata Maya.

"Bodoh punya perempuan." Kata Kairina.

Lasyira yang malas melayan terus menggalas beg.

Bahu Kyla dilanggar dan meneruskan langkah.

"Dasar perempuan murah. Boleh mati Haidar kalau hidup dengan perempuan macam kau."

Langkah Lasyira terhenti. Mata dipejam mengumpul kesabaran. Dia menghembus nafas berat. Langkah diteruskan.

Lily juga menggalas beg dan mengejar Lasyira.

DEVIL ADVOCATEWhere stories live. Discover now