Bab 10

4.4K 352 24
                                    

Please vote before read. Sebarang comment dialu-alukan.

***

Setelah sekian lama berada di negara orang. Mereka akhirnya pulang ke Malaysia. Kaki menjejak lantai KLIA tepat pada pukul 2 pagi.

Masing-masing keletihan dan terus pulang ke rumah.

Sebaik sahaja Haidar membuka pintu rumahnya,

"Kepulangan anak setan." (Suara dari television)

Haidar mengecilkan mata. Television ni pagi-pagi buta nak ajak gaduh. Panas betul la. Tak ada cerita lain agaknya. Tangan yang memegang bantal kesayangannya dibaling ke lantai akibat geram lalu menampar-nampar pintu.

"Tepilah kau. Semak la dia nih." Lasyira menarik bagasi dan barang-barangnya masuk ke dalam rumah.

"Tepat betul cerita ni muncul. Not bad." Kata Puan Zahira yang menunggu kepulangan anak-anak betuah itu. Suaminya sudah lama terlelap di dalam bilik.

Akibat terlalu membawa banyak barang ditangan, telefon Lasyira yang berada di dalam poket seluar terjatuh ke atas lantai. Lasyira menjerit geram. Sudah penat tak habis lagi tambah lagi satu pula masalah.

Lasyira menghempaskan semua barang ke lantai dan baring. Lantaklah.

Haidar pula mengambil bantal yang baru dibalingnya tadi kemudian baring di lantai juga.

"Er Tuan muda dengan Cik muda tak boleh tidur disini." Kata seorang pembantu rumah.

"Biarkan budak-budak tu tidur situ ja." Kata Puan Zahirah sebelum masuk ke dalam bilik.

***

Haidar berlari anak menuruni tangga dibahagian kiri kemudian memeluk Puan Zahira dari belakang.

"Haidar. Lasyira memang kat sana pon pakai tudung?"

"Ya kenapa?" Terjongkek kening Haidar akibat pelik. Dia mengambil tempat dihadapan Puan Zahira.

"Hello good morning."Lasyira yang baru turun dari tangga terus melabuhkan punggung di meja makan.

"Lasyira mummy nak cakap sikit."

"Yes what?" Lasyira memandang Haidar. Ha sudah, dah kenapa pulak ni.

"Mummy tak suka Lasyira pakai tudung dalam rumah ni--"

"What?! Mummy sumpah tak lawak." Potong Lasyira. Dia terus berdiri.

"Mummy tak habis cakap lagi. If Lasyira rasa Lasyira anak mummy. Don't wear this fucking hijab again!" Puan Zahirah menarik tudung sekolah yang dipakai Lasyira.

Haidar yang berada di situ amat terkejut dengan tindakan mummynya.

"Lasyira ingatkan mummy bangga sebab Lasyira dah tutup aurat. Lasyira ingatkan mummy bangga sebab Lasyira cuba untuk berubah. Cuba untuk jadi anak yang baik. Cuba untuk keluar dari dunia gelap. Rupanya Lasyira silap." Mata merenung tajam dihadapan mummynya.

Lasyira menggelengkan kepala sebelum menghempas pinggan kaca ke lantai. Kaki melangkah keluar dari rumah.

Mata memandang piano yang terletak di ruang tamu buat seketika. 'No Lasyira. Walau apa pon jadi she still your mom.'

DEVIL ADVOCATEWhere stories live. Discover now