Bab 13

4.1K 351 36
                                    

Please vote before read. Thank you.

Haidar yang baru terjaga pada pukul 3 tengah hari terus menggulingkan dirinya di atas katil terlebih dahulu. Seronok betul tidur kalau cuti sekolah.

Telefon di capai lalu membuka aplikasi twitter.

Selepas 15 minit bermain telefon dia terus mencapai kain tuala untuk membersihkan diri.

Penat dengar reader membebel mengata dia pemalas.

Harini cuti sekolah okay. Normal kan bangun lambat.

"Shit shit shittttt." Jerit Haidar apabila ternampak seekor labah-labah kecil di hujung dinding tandas.

"Lasyira tolong ada unta dalam tandas aku!!!!" Dia berlari keluar menuju bilik Lasyira.

Pintu bilik Lasyira diketuk. Tak berkunci.

Mata mencari kelibat Lasyira.

Jangan cakap----

Dia menghampiri balkoni yang diikat selimut.

"Ha sudah. Aku kena gelabah tak? Dia ingat dia tarzan kot. Dasar gemok." Haidar mengeluh. Siapa pulak yang akan keluarkan labah-labah dalam tandas tu.

Haidar menjenguk ke bawah mencari kelibat Lasyira. Pokok pokok di sekeliling dipandang. Lasyira ni bukan boleh percaya sangat. Gila.

Haidar masuk ke dalam tandas biliknya semula. Dia menjerit dan keluar.

Mata menjenguk sang labah-labah. Dia jejakkan kaki perlahan-lahan dan masuk semula. "Kau ingat aku takut dengan kau?" Haidar mencebik geram. Dia takkan biarkan labah-labah merasa kemenangan.

Nafas ditarik dan dihembus. Dia perlu beranikan diri. Ini soal keberanian dan maruah.

Kaki melangkah menjejak lantai tandas dengan megah. Mata memandang labah-labah tajam.

Muncul seekor lipas yang datang entah dari alam mana melintas di atas kaki Haidar.

"Aaaaa bangang! Bodoh semua bodoh aku benci semua orang." Haidar menjerit sambil berlari keluar.

***

"Mana Lasyira?" Soal Adam Iskandar.

"Tak tahu tapi tadi ada kain selimut terikat dekat balkoni bilik dia. Bergayut sampai ke pokok mana entah." Balas Haidar selamba sambil menyuapkan carbonara ke dalam mulutnya.

"Lasyira lari rumah tapi Haidar boleh tenang sampai macam ni?" Soal Adam Iskandar kebingungan sebelum dia mengarahkan beberapa orangnya untuk mencari Lasyira.

Tersembur makanan Haidar. Lari rumah?!!!

Haidar bergegas masuk ke dalam bilik lalu mencapai telefon. Bilik Lasyira dituju sekali lagi.

***

Lasyira memandang tegang mereka bertiga. "Apa korang buat dekat sini. Ni soal mati. Jangan hancurkan masa depan korang. Jangan jadi bodoh!"

Mata memandang Isyraf tajam. "Macam mana diorang boleh ambik kau?"

Isyraf menelan air liur. Didepan dirinya seperti bukan Lasyira. Dia dapat rasakan aura yang lain. Takut bodoh.

DEVIL ADVOCATEWhere stories live. Discover now