Berkata Putera Sayyidah Fatimah, Hasan رضي الله عنه :
" Dalam umat ini tidak ada wanita yang kuat beribadah melebihi Sayyidah Fatimah Az-Zahra', dia solat sehingga kakinya bengkak.
Pada setiap malam jumaat, aku melihat ibuku berada dalam mihrabnya. Dia terus rukuk dan sujud sehingga menjelang pagi.
Aku juga mendengar dia selalu berdoa untuk seluruh kaum Mukminin dan Mukminat, menyebut sebahagian nama-nama mereka dan banyak berdoa untuk mereka. Dia tidak berdoa untuk dirinya sendiri.
Aku pernah bertanya: "Mengapa ibu tidak berdoa untuk diri sendiri dan sentiasa mendoakan orang lain?" Fatimah ra, menjawab, "Jiran tetangga dahulu baru keluarga sendiri."
Demikianlah beberapa riwayat yang dipetik. Semua perkara yang dilakukan oleh Fatimah Ra, sama dengan perilaku ayahandanya, Muhammad ﷺ "
•Kitab Sejarah Lengkap Sayyidah Fatimah, •