06

899 150 17
                                    

A/N ; Last update for today yaaa🍢❤️

.
.
.
.
.

Nara yang masih bermain telefon itu tidak sedar akan kehadiran seorang lelaki yang sudah lama memerhatinya.

Peha Nara yang terdedah itu dipegang lelaki itu tanpa kebenaran. Nara terus berdiri dari situ.

Ish dia lagi !

"Apa kau nak lagi Kai? Aku dah pesan—

"Setakat suami doktor tu, aku tolak tepi je. Apa dia pandai? Bedah je kut. Nak lawan dengan aku? Panggillah dia"

Lelaki itu mendekati tubuh Nara, makin dekat makin jauh Nara dibuatnya. Sudahla tempat itu sunyi tiada orang.

"Kai. Jangan buat benda bukan-bukan dengan aku"

Lelaki itu tergelak sinis seketika.

"Tch, aku buat benda bukan-bukan dekat kau waktu tengah petang ni? Tak ada mood la. Aku just nak bagitahu kau. Malam ni aku nak kau layan aku. Bayaran lebih. Okay, hm?"

Nara mengambil beg tangannya di atas meja itu. Mengapa pula disuruh layan sedangkan Nara sudah berhenti kerja dari situ sejak kian lama.

"Encik Kai. Saya bukan lagi pelayan dekat club ni lagi. Encik Kai boleh cari pelayan yang ada dekat sini. Setahu saya, Encik Kai tahu yang saya dah tak kerja sini. So, malam ni cancel"

Nara menepuk dada bidang lelaki itu dengan senyuman yang sinis. Tidak mahulah berkata panjang dengan orang yang tidak faham bahasa.

"Kau dah berani melawan dengan aku Nara. Malam ni kau akan tahu langit tinggi ke rendah"

Kai tersenyum melihat susuk tubuh seksi Nara yang sedang keluar dari club tersebut.

.
.
.
.
.

Kereta milik jimin sampai betul-betul di hadapan rumahnya. Diparkingkan keretanya di tempat biasa.

Pintu dibuka. Hari yang senja membuatkan ruang rumah gelap jadi Jimin membuka suis lampu.

Jimin kaget tatkala terlihat susuk tubuh Nara sedang berbaring di atas sofa itu. Gelap-gelap tidur. Senja pula tu.

"Woi, bangun. Dah malam ni". Kejut Jimin dari arah yang jauh, namun tiada reaksi antara Nara itu.

Jimin berjalan menghampiri Nara yang masih lena dibuai mimpi itu.

Lelaki itu menekup tangannya di bahagia dada, terasa seperti degupan jantungnya laju selepas melihat wajah Nara yang sedang terlelap itu.

Jimin terus memusingkan badannya apabila Nara mengeliat. Tidak mahu membuang masa, lelaki itu berjalan ke arah tangga.

"Kata balik lambat". Sergah Nara sambil membetulkan rambutnya yang serabai itu.

Jimin tidak menoleh, malah menggaru kepala sahaja.

"Em, aku nak mandi je. Nanti aku keluar balik"

"Hm". Nara yang masih mamai itu berjalan menuju ke arah bilik air untuk membersihkan mukanya.

.
.
.
.
.

"Kau nak pergi mana?". Soal Jimin yang sedang memakai jam berjenama Gucci itu.

Nara membetulkan rambutnya di cermin ruang tamu tanpa menjawab soalan suaminya itu.

"Aku tanya—

"Club"

Terus berubah air muka Lelaki itu. Sudah dipesan jangan pergi tempat sebegitu, tapi degil.

Jimin berjalan ke arah Nara yang masih mengemas diri itu.

"Aku tak izinkan"

Terus terhenti aktiviti Nara. Badannya di pusing melihat Jimin yang juga memandangnya.

Nara memeluk tubuh.

"Izin ke tak izin ke. Aku nak keluar juga. Tahu tak duduk rumah ni bosan? Kau apa tahu? Kerja je"

"Haih, isteri orang lain elok je duduk rumah jaga an..., aku tak izinkan". Jimin memegang lengan Nara, sakit dibuatnya. Nara terus menolaknya.

"Stop kongkong hidup aku boleh tak? Umur aku tak sesuai duduk dekat rumah lama-lama"

Nara menjeling Jimin sekilas lalu mengambil kunci keretanya di dalam bakul kecil.

Pintu dibuka, langkah Nara terhenti apabila jimin menutup semula pintu tersebut.

Kini, mata mereka bertembung.

"Setapak kau keluar tanpa izin aku, jatuh talak antara kita"

TO BE CONTINUED__🥀

HATE BEING LOVEDWhere stories live. Discover now