36

297 68 0
                                    

Nara dan jimin berjalan masuk ke dalam dewan majlis perkahwinan yang dijemput oleh taehyung pada hari yang lalu.

Nara tersenyum kecil. Terlalu cepat masa berlalu.

"Awak , besar juga majlis ni. Untung siapa isteri taehyung". Ujar nara sambil memeluk lengan jimin.

Jejaka itu menggumam sahaja.

"Awak...saya cakap dengan awak tahu ? Bukannya saya—

"Ya sayang...". Jimin bersuara tatkala nara ingin membebel.

Jimin dan nara duduk di meja di mana adanya nama mereka. Tidak sangka bukan sahaja tetamu biasa , malah tetamu istimewa.

Majlis sedang dimulakan.

Nara memgecilkan matanya untuk melihat wajah gadis yang berjalan di atas pentas itu.

Tidak terlalu jelas akibat wajah gadis itu ditutup.

"Awak...siapa isteri taehyung tu ?"

"Manusia"

.
.
.

"Ya...saya setuju"

Habis sahaja disoal kepada taehyung, kini guardian beralih kepada eunji.

"Choi eunji , adakah kamu sudah bersedia untuk menjadi isteri yang sah kepada Kim Taehyung dan berjanji akan taat kepadanya , sentiasa berlemah - lembut , sentiasa bersama dalam suka dan duka , menjadi tanggungjawab suami sehingga hujung nyawa ?

Soalnya. Eunji menggigit bibir sebelum dia menjawab.

Dia memandang ke arah taehyung. Lelaki itu tersenyum manis.

Gadis itu mengangguk.

"Y-ya"

Setelah terlafaz janji di bibir eunji , semua tetamu yang hadir turut menepuk tangan.

Guardian itu mengundur kebelakang sedikit.

"Kamu berdua boleh mencium pasangan". Ujar guardian itu.

Eunji masih terdiam seakan masih tidak selesa akan taehyung.

Tetapi , taehyung faham keadaan eunji yang sedah hamil sekarang.

Lelaki itu berjalan ke hadapan , kain yang menutupi wajah gadis itu dibuka. Langsung teserlah wajah cantik isterinya itu.

Dia tersenyum manis.

"I love you sayang..."

Taehyung membenamkan bibirnya di atas bibir lembut eunji.

Lalu dilerainya. Dahi gadis itu pula dikucupnya penuh kasih sayang.

"Mari , kita salam tetamu"

"Jom"

.
.
.

"Sayang...kenapa ni ?". Soal jimin tatkala melihat nara memgalihkan pandangannya dari memandang ke arah pengantin.

Nara bangun lalu diambil tas tangannya di atas meja itu.

"Awak , saya nak balik. Kalau awak nak jumpa taehyung dulu pergi lah. Saya balik naik teksi". Ujarnya

Jimin mengeluh.

"Apa yang jadi masalah sekarang ni sayang? Adik kandung awak kahwin ni. Awak patut gembira". Balas jimin

Nara berjalan terus keluar dari dewan itu. Air matanya mulai menitis.

"Nara.."

Gadis itu menoleh kebelakang. Dia mengetap gigi tatkala melihat figura taehyung dan eunji di hadapannya.

"Aku minta maaf sebab tak bagitahu kau yang eunji dah lama balik sini. Long time family kau cari eunji kan ? Now dia ada depan mata kau.". Ujar taehyung. Tangan kanannya memeluk pinggang isterinya.

Nara masih diam tidak bersuara. Air mata yang menitis itu dikesat kasar.

"Unnie...."

Makin mengalir air mata nara apabila tubuhnya dipeluk oleh adik kembarnya itu.

Nara memejam mata, dia membalas pelukan adik kembarnya.

Dulu mereka berpisah disebabkan ego, tetapi kini mereka berjumpa akibat kalah dengan rindu.

"Mana kau lari ? Kau tak sayang dekat Appa ke ? Rindu dia orang dekat sini tunggu kau balik". Soal nara

Eunji meleraikan pelukan.

"Eunji tak lari, eunji cuma nak tenangkan fikiran. Eunji tak nak susahkan unnie dengan Appa". Balasnya.

"Anak appa dah kahwin...". Tubuh anak gadisnya itu dipeluk, lalu dicium dahi gadis itu.

Dilerai pelukan itu.

"Appa dah tahu eunji ada dekat sini sebab taehyung bagitahu sebelum mereka kahwin. Eunji nak jumpa kamu tapi tunggu masa sesuai je. Dah lah tak perlu gaduh-gaduh. Kamu tu kembar yang berjauhan dulu". Ujar Tuan Choi.

Nara memeluk lengan jimin.

"Maaf eunji, unnie dah dapat jimin dari kamu.". Eunji dan yang lain tergelak dengan telatah nara yang masih tidak berubah.

Jimin menghulur tangan di hadapan taehyung. Lelaki itu sambut dengan senyuman.

"Congratulations sebab dah boleh ubah perangai tu untuk kahwin terus dengan eunji. Dia ex aku, jaga dia elok—

Nara mencubit lengan jimin. Eh melebih pula.

"Lain kali kalau dah tak tahan sangat terus kahwin bukan buat dulu baru kahwin. Ingat aku tak tahu?". Perli nara

Taehyung menggaru kepalanya.

.
.
.

"Maafkan kami , cik yeri sekarang berada di kanser barah hati tahap 4. Kami tak dapat nak selamatkan cik yeri kali ni. Kami minta maaf sekali lagi..". Ujar doktor lee itu.

Yeri menggeleng. Tidak percaya.

"Doktor...ini semua tipu je kan ? Mustahil lah saya dekat tahap 4 sekarang ? S-saya boleh bagi banyak mana duit doktor nak supaya doktor boleh sembuhkan saya—

"Maafkan kami cik yeri. Tempoh untuk cik yeri ada untuk melanjutkan kehidupan tidak dapat membantu kami. Kami menjangkakan cik yeri masih ada tempoh seminggu untuk hidup"

-TBC

A/N :

Tinggal lagi 2 chapter je untuk habiskan cerita ni ❤️

Terima kasih yang dah support cerita ni sehingga ke hari ni. Thanks for 1k views T.T  💕

HATE BEING LOVEDWhere stories live. Discover now