38

324 70 2
                                    

Hai readers !

.
.
.
.
.
.
.
.

"Sila angkat tangan sekarang ! Lepaskan senjata anda perlahan-lahan. Sila beri kerjasama dengan pihak polis". Tegas pihak polis berkata.

Dengan kudrat yang masih berbaki, yeri berjalan menghampiri figura lelaki yang dicintainya terbaring lemah atas lantai ini.

Air matanya mengalir melihat darah mengalir dari tubuh lelaki ini. Dia kesal dengan apa yang berlaku tadi.

Dia tidak sengaja melepaskan pancu pistol itu.

"J-jimin...a-awak main-main dengan saya sahaja kan? Awak berpura-pura pengsan kan ? P-please katakan ya". Bergetar bibir yeri berkata. Dia menganggap lelaki ini masih bernyawa.

"Puan...mohon beri kerjasama dengan pihak polis segera...letakkan senjata di atas lantai dan serahkan diri—

Percakapan pihak polis terhenti, pistol yang berada di tangan yeri kini beralih ke arah kepalanya sendiri.

Menggigil teruk badan gadis itu menahan tangisan.

"J-jangan dekat ! K-kalau tak aku bunuh diri aku !". Jerkah yeri tatkala melihat pihak polis menghampirinya.

Dia bertekad mahu membunuh diri agar tidak dipenjarakan atas kematian yang berlaku kepada dua insan ini.

"Puan...tolong—

Bum !

Terlantar jatuh tubuh yeri. Nyawanya kini berada di hujung. Sebaris senyuman terukir di bibirnya. Air mata yang masih tersisa sudah kering. Perlahan-lahan matanya terpejam. Senyuman itu juga mati.

"Cepat bawa suspek ke hospital untuk siasat. Jangan lupa mayat ibu jimin akan diuruskan di hospital. Beritahu nara, jimin dalam kecelakaan teruk". Ujar anggota polis yang menunduk untuk melihat yeri.

.
.
.

Hate being loved series 2 ? Ya or nah

.
.
.
.
.

Nara berlari anak untuk mendapatkan telefon yang berdering di ruang tamu. Dia mengambil telefon lalu menjawab panggilan itu.

"Hello.. siapa ya ?". Jawab nara untuk mengetahui siapa di panggilan itu.

"Ni aku, namjoon kawan kepada jimin. Kau isteri kepada jimin ya kan..?". Soal namjoon dalam panggilan.

"Ya saya. Kenapa dengan suami saya ya?"

"Boleh kau datang ke hospital sekarang? Jimin dalam kritikal...". Tersentak nara, air matanya mengalir. Apa betul yang dia dengar ?

Gadis ini menutup panggilan. Telefon itu di genggam penuh erat. Baru sahaja beberapa jam dia meninggal jimin untuk bertemu puan park.

.
.
.
.

"Nara...jimin sekarang bukan dekat wad biasa. Dia sekarang ada dekat icu". Ujar taehyung.

Nara mengeluh resah. Makin lemah kakinya mendengar apa yang dikata taehyung.

Badannya menggigil menahan tangisan yang deras. Dikesat air matanya itu kasar.

Taehyung memeluk bahu nara agar gadis itu bertenang. Dia faham akan perasaan nara pada saat ini.

"Kau larat ke nak naik tingkat atas? Atau..kau tunggu dekat sini—

"Saya nak tengok suami saya..."

"Kalau macam tu. Hapus air mata kau tu, tak sesuai untuk keadaan kau sekarang. Dah jangan menangis". Taehyung mengesat air mata nara menggunakan ibu jarinya.

Dipegang pinggang gadis itu supaya larat berjalan.

.
.
.

"Awak..bangunlah...janganlah tidur tanpa saya...". Gadis itu menangis, disentuh tangan suaminya.

Masih tiada perbezaan. Hanya bunyi esakan kecil tangisan nara dan bunyi mesen pembantu pernafasan sahaja.

Nara mencebik. Wajah pucat jimin dipandang lemah. Dia ingin menangis lagi.

"Nara...esok kita kena pergi pengebumian ibu jimin. Dia dah tak ada..". Ujar taehyung.

Nara mengesat air matanya. Lagi sekali keluhan kecil keluar dari bibirnya.

"Apa yang dah jadi taehyung? Kenapa benda ni jadi dalam masa yang sama? Yeri...macam mana dia mati juga?". Soal nara sedikit keras. Dia ingin tahu perkara yang sebenar.

Taehyung mengeluh.

"Aku tak tahu. Yang tahu cerita sebenar hanya namjoon. Dia yang ada dekat situ waktu kejadian.". Balas taehyung sambil duduk di atas sofa.

Dia memicit kepala, pening.

"Kalau awak penat...baliklah rest. Kesian dekat eunji duduk rumah sorang-sorang. Pergilah balik..."

Taehyung meraup wajahnya. Dia memandang wajah jimin seketika.

"Tak apa ke aku tinggalkan kau dekat sini? Kau tu pregnant..."

Nara menggeleng.

"Saya nak jaga jimin. Lagipun ini tanggungjawab saya..."

Taehyung berdiri. Dia membuka pintu wad itu.

Sempat kepalanya menoleh ke arah nara yang sudah terlentok di bahu jimin.

Dia mengeluh lagi.

"Call aku kalau kau perlukan bantuan. Aku kawan kau"

Tap ! Tertutup pintu itu.

Nara menegakkan badannya. Dia menyentuh perut yang sudah mulai membulat.

Tersenyum kecil gadis ini, tetapi dalam masa yang sama air matanya mengalir melihat suaminya ini terlantar lemah.

Nara menyelak rambut jimin yang menutup dahi itu.

"Tidur lena ya sayang...saya harap esok tak akan sama macam sekarang...baby pun nak jumpa papa dia"

-TBC

Rasa nak tambah lagi satu chapter je. Boleh kan ?

HATE BEING LOVEDWhere stories live. Discover now