39

361 72 7
                                    

Ok guys... disebabkan lama tak update so, dengan dada lapang otak cetek ni...ada tambahan satu je lagi chapter untuk akan datang. So cukup 40 la.

Enjoy ya !❤️

.
.
.
.
.
.
.

Kim taehyung berjalan masuk ke dalam wad di mana jimin berada. Pagi-pagi lagi keluhan berat dihela.

Dia menggelengkan kepala sedikit tatkala melihat nara masih tidur lena di atas bahu suaminya.

Taehyung berjalan ke arah nara lalu menyentuh bahu gadis itu.

"Bangun nara, dah pagi..."

Nara mengeliat kecil. Mata yang masih mengantuk itu digosok perlahan. Dia memandang lelaki di hadapannya ini.

"Awak dah lama sampai ke? Kenapa tak call saya sebelum datang?..". Nara menyoal.

Taehyung memberi sebuah bag kertas berwarna merah ke arah nara.

"Jangan banyak tanya. Ambil, dalam ni ada baju eunji. Dia suruh aku bagi dekat kau untuk salin...". Taehyung mengubah perbualan.

Nara menyambut bag tersebut lalu bangun dari kerusi itu.

Sempat kepala ditoleh untuk melihat gerangan suaminya.

"Jangan risau, aku boleh jaga jimin...". Taehyung mengela nafas berat. Dia melihat nara seakan tidak mahu meninggalkan suaminya itu.

.
.
.

"Awak kena banyakkan bersabar ya nara...kami tak dapat jangkakan bila jimin boleh sedar sepenuhnya..."

"Selepas pembedahan untuk keluarkan peluru dari bahagian jantung jimin, dia kehilangan darah yang banyak. Tapi awak jangan risau, jimin akan sedar dari koma nanti". Ujar Doktor Seokjin yang juga kawan baik kepada jimin.

Nara menghela nafas berat. Hatinya masih resah selagi jimin tidak menyedarkan diri.

Perut yang sudah dihuni itu disentuh lembut.

"Dia akan sedar minggu ni tak..?". Nara menyoal, berharap seokjin mengiya walaupun seokjin sudah memberitahu yang masa tidak dijangkakan.

Seokjin memegang bahu gadis itu. Dia menggeleng.

"Ikut pengalaman saya sebagai doktor, dia akan mengambil masa berbulan. Maafkan saya...". Seokjin menunduk hormat ke arah nara lalu berlalu pergi.

.
.
.

"Unnie...makanlah dulu, nanti unnie sakit pula macam mana? Makanlah...". Eunji menyua sesudu nasi goreng kimchi ke arah bibir nara. Gadis itu mengelak tidak mahu makan.

Dia murung. Dia rindukan suaminya itu yang selalu tersenyum di hadapannya. Dia meletakkan kepalanya dibahu eunji. Sejernih air mata menitis di bahu baju eunji. Dia menangis.

"Unnie...". Eunji menutup bekas makanan itu lalu memeluk nara yang sudah menangis itu.

Dia turut berasa bersalah.

"Kalau unnie lemah macam ni, lagi susah jimin nak sedar. Dia perlukan sokongan dari unnie, dia nak unnie kuat...". Eunji meleraikan pelukan, dikesat air mata kakak kembarnya ini.

Nara menggigit bibir, dipandang jimin yang masih tidak sedar.

"Macam mana kalau jimin tak sedarkan diri-

"Unnie...apa yang unnie cakap ni tak masuk akal tahu? Unnie kena sentiasa fikirkan positif dekat jimin. Dia husband unnie...". Amarah eunji.

Sudahlah tengah mengandung, ini mahu memikir perkara buruk pula.

HATE BEING LOVEDWhere stories live. Discover now