24

336 88 5
                                    

Sinaran matahari yang menebus tingkap bilik itu membangunkan seorang gadis yang berpakaian baju tidur lagi.

Matanya layu, pagi lagi sudah hilang semangat.

Tempat kosong di sebelahnya disentuh. Makin lama berjauhan, makin rindu.

"Perlu ke saya gembira bila awak balik jimin?". Gadis itu berbisik sendiri, entah mengapa sejak tahu apa yang disorok jimin akhirnya terbongkar.

Nara menolak selimut tebal itul dari tubuhnya, dibawa turun kakinya dari katil. Gadis itu merenung sebuah bingkai gambar yang kukuh menegak itu.

Gambar perkahwinan 'terpaksa' dia dan jimin. Tiada senyuman antara mereka, masing-masing tiada perasaan.

"Tak nara, jangan berburuk sangka dengan orang. Kau anggap jimin yang yeri cari tu bukan suami kau dan apa yang yoongi kata tu hanyalah khayalan kau". Nara memejam matanya, mahu menolak semua sifat negatif itu.

.
.
.

"Buku apa ni?". Jungkook mengambil buku yang terletak di atas beg jimin itu. Cantik sungguh buku itu, berbalut serta kemas.

Jungkook melihat buku itu dipermukaan depan dan belakang, matanya membahang. Apa betul buku yang dilihat bukunya?

"Mana kau kutip buku orang ni jimin? Tolonglah stop jadi pengutip barang orang lain. Berdosa—

"Itu buku aku". Potong jimin, malas mahu mendengar kawannya itu merepek bagai. Mulut lelaki itu bikin panas hati sahaja.

Jungkook menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.

"Apasal kau ambil buku ni balik? Ei, macam psiko kut kau punya ayat. Cliche". Bahas jungkook, matanya menyepet melihat ayat yang tertulis dalam buku itu.

Jimin merampas buku tersebut dari tangan jungkook.

"Kau anggap je jimin yang lama dah mati". Balasnya

"Kalau nara baca ayat dalam buku tu, aku rasa dia patah hati wei. Ayat kau bukan calang-calang tau. Series aku cakap ni, baik buang je". Kata jungkook, memujuk jimin agar membuang buku itu. Sudah lama dan tidak diperlukan lagi.

Jimin memandang ke arah buku tersebut, permukaan depan dibelek dan terpaparlah polaroid kecil gambar gadis bernama Jung yeri itu.

Buku itu ditutup.

"Mungkin benda ni boleh jadi saksi yang aku bencikan yeri"

.
.
.

Nara berjalan menuju ke ruang tamu, tubuhnya dibawa duduk di atas sofa empuk itu.

Remote televisyen itu ditekan dan terpaparlah sebuah cerita.

Bosan, mahu bekerja tetapi dimarahi jimin. Mahu keluar, tiada teman. Ini sahajalah jalannya.

Ting !

Nara memandang ke arah skrin telefonnya yang berdering itu. Senyuman lebar terukir di bibirnya.

Kalau bukan jimin, siapa lagi.

Nara membuka mesej tersebut.

Shuben🐥❤️

Hai sayang, what are you doing
now? Au, saya rindu awak so
hard, sayang.

Hai shuben ! Saya tengah tengok tv. Awak macam mana dekat sana? Dah selesai semuanya? Tak sabar nak tunggu awak balik😕

Dah selesai.  Saya tunggu flight je ni, sayang tunggu saya balik tahu? Sebab saya nak bagi awak hadiah

okay shuben.

Sayang, kalau pekerja saya ada bagitahu awak benda bukan-bukan, please jangan percaya ya?

Em, Okay👌🏻

Okay sayang, saya nak  charge fon sekejap, dah sampai saya call. Bye❤️

Bye🐥❤️

Nara menekan butang off ditelefonnya. Rasa gembira itu sudah sedia ada sejak jimin mahu pulang tetapi rasa tidak senang hati apabila jimin berpesan agar tidak mendengar apa-apa dari pekerjanya.

Termasuk yoongi. Jadi benar apa yang dikatan yoongi semalam?

Itu persoalannya.

.
.
.

Aku berlari anak ke arah pintu, akhirnya pada malam ini jimin pulang jua ke rumah dengan selamat.

Aku membuka pintu dan terpapar wajah kacak suami aku yang aku rindu sangat.

Dia memeluk aku, aku juga turut membalas pelukan dia.

Dia meleraikan pelukan.

"Tak akan nak bermanja dekat pintu je sayang? Jom naik atas". Kata jimin sambil menutup pintu rumah.

Aku ikuti langkah dia ke atas, sehingga kami sampai ke dalam bilik.

Dia meletakkan begnya ke tepi dinding lalu melempar tubuh ke atas katil, matanya terpejam.

Kesian dia, penat kerja.

"Kalau iya pun, mandi lah dulu. Awak tu balik dari jauh". Kataku sambil menutup pintu bilik.

Dia menggeleng, lalu memanggil aku ke arah dia.

"Rindu". Itu sahaja yang disebut jimin, matanya masih terpejam.

Aku mengeluh, aku merangkak ke atas katil lalu duduk di sebelah jimin.

Matanya tercelik.

"I love you sayang". Tangan aku jadi tangkapan bibirnya. Aku terpaku dengan kelakuan dia malam ni.

Dia bangun dari pembaringan, dia mengambil sebuah kotak kecil dari poket seluarnya.

Kotak itu dibuka dan aku terharu dan bahagia apabila seutas rantai silver berbentuk hati.

Dia mengambil rantai tersebut, lalu dipakaikan di pergelangan leher aku.

Aku tersenyum.

"Gomawo". Dia juga turut tersenyum kecil, matanya nampak layu sahaja.

Aku memeluk leher dia.

"Tolong jangan tinggalkan saya lagi". Kataku. Dia mengeluh kecil, lalu dengan perlahan tubuh aku ditolak jatuh terbaring di atas katil.

Aku menelan perit air liur apabila jimin membuka baju t-shirt hitamnya.

Dia menutup lampu bilik, lalu membuka lampu tidur di tepi katil itu. Dia datang ke arah aku semula.

Jimin menyelak helaian rambut aku, lalu diselit di telinga.

"Cukup perkara lepas menjadi pengajaran dekat saya. Sekarang, kita akan mulakan hidupan baru. 3 hari saya tunggu benda ni dan malam ni saya akan buat hubungan kita kekal sampai bila-bila. Itu janji saya"

Tangan aku digenggamnya kuat, dalam hati ni aku meraung rindu dengan sentuhan dia

Jimin menyambung semula.

"Pegang kata-kata saya ni. Selagi maut tidak memisahkan kita, selagi tu saya akan berjuang cintai awak sehingga akhir hayat saya"

To be continued__🥀

🔫🐰

Kasi vote, comment. Fast update 🌻🔥
Bye !

HATE BEING LOVEDWhere stories live. Discover now