35

322 64 20
                                    


.
.
.
.
.
.
.

"Emm sedapnya sayang masak nasi goreng kimchi ni...sayang letak apa eh dalam ni?". Soal jimin, penuh mulutnya dengan nasi goreng itu. Hampir tersembur.

"Letak kasih sayang". Balas nara, jimin turut tersenyum. Ah ini yang tak kuat ni !

"Jimin". Pintu pejabat itu dibuka kasar dari luar. Nara menelan liur perit melihat figura wanita tua di hadapannya.

Wanita itu berjalan ke arah mereka. Dijeling nara dari tepi.

"Mana yeri?". Soal puan park dingin, jimin mengangkat bahu sahaja. Tidak tahu

Puan park meletak kasar tas tangannya di atas meja itu. Dia melihat nara dengan pandangan yang bengis.

"Perempuan ni...apa dia buat dekat dalam pejabat? Masa lunch lagi satu minit nak habis. Tak reti balik rumah, kemas rumah ke?"

"Ma...". Keluh jimin. Bekas makanan itu ditutup rapi lalu diletak tepi.

Puan park memeluk tubuh. Bengang katakan.

"Yang mama datang office jimin bising-bising ni kenapa?"

"Yeri...kenapa dia menangis dekat tandas tu?"

Jimin mendengus geram. Datang semata-mata nak tanya pasal perempuan tu? Hah

"Apa kena mengena dia dengan jimin? Jimin dah ada wife kut. Kan sayang". Jimin mencuit hidung isterinya itu, marah gadis itu.

Tertoleh wajah puan park apabila jimin bermanja dengan isterinya.

Puan park mengambil tas tangannya, lalu melihat nara sinis.

"Dasar pelacur"

.
.
.

"Taehyung ah". Eunji menegur taehyung yang baru sahaja masuk ke dalam rumah itu.

Dia pelik kerana baru sahaja taehyung kata dia mahu duduk di kondonya.

"Awak tak penat ke lepas balik kerja terus datang sini? Bersalah saya ni tahu". Omel eunji. Dia langsung tidak mengharapkan apa-apa dari taehyung. Cukup wujud di sekelilingnya pun sudah cukup.

Taehyung berjalan menuju ke arah eunji. Dia duduk lalu mengeluh kecil. Penat

"Kan aku dah cakap, aku akan lawat kau bila-bila masa walaupun bukan sesaat. Now, you important for me sayang". Balas taehyung. Lembut bahkan suara seraknya juga.

Rasa bersalah mahu tinggalkan eunji keseorangan di rumah besar ini. Sudahlah gadis ini mengandung.

Mungkin dengan cara ini, eunji tenang dan hati taehyung jauh dari segala risau terhadap eunji.

Tapi....layar fikirannya selalu memaparkan wajah nara yang sedang ketawa dengannya.

Ah, taehyung kesempitan.

W-Werk !

"Waeyo?". Eunji menggosok belakang taehyung. Lelaki ini tampak pucat.

Tiba.

Eunji ditolak jauh dari taehyung. Lelaki itu berlari ke arah bilik air.

Eunji menutup mata.

Kedengaran seperti taehyung sedang muntah.

Eunji mengetap bibir, dia risau akan taehyung. Ah mengapa pula tiba-tiba sebegini.

Eunji berdiri tatkala taehyung sudah pun keluar dari bilik air.

Dari jauh terlihat taehyung tersenyum ke arah eunji.

Taehyung menghampiri eunji. Mereka duduk.

"Awak kenapa taehyung? Demam ke?". Eunji meraba dahi dan leher taehyung untuk merasa suhu luar. Namun tidak panas.

HATE BEING LOVEDWhere stories live. Discover now