07

891 139 5
                                    

HAI GUYS, BAK KATA AKU LAST EN? MOOD BERLAMBAK SO, INI LAST UPDATE LAH TU MALEM YINIE YOW❤️😂

.
.
.
.
.

Sebaris senyuman terukir di bibir Nara. Tidak mahu berkata apa-apa lagi dengan lelaki ini. Bukan sahaja ego, malah gila dalam satu masa.

Nara memeluk tubuh, matanya masih menatap mata lelaki itu.

"Tak perlu ugut-ugut bagai. Kalau kau nak cerai dengan aku, dipersilakan"

Jimin mengetap gigi, tidak tahu mahu berbuat apa-apa. Dia sendiri pun tidak tahu kenapa ayat itu dilontar secara spontan. Ianya bukan niat

"Kalau aku cakap aku tak izinkan, aku maksudkan"

"Ya, kau maksudkan tapi kau fikir tak dalam otak tu, apa yang kau dah cakap tadi kau memang layak jadi lelaki dayus"

Jimin menumbuk pintu disebelahnya sehingga mata Nara terpejam. Hampir kaget gadis itu dibuatnya.

"Aku tarik balik kata-kata aku tadi. Kau pergi mana kau nak pergi. Tak balik pun aku tak kisah"

Jimin membuka pintu, dibawa tubuhnya keluar dari rumah itu.

Nara tergamam, pertama kali Jimin menarik semula kata-kata paling buruk yang pernah dia lepaskan.

Nara melihat kereta Jimin yang sudah meluncur laju keluar dari kawasan rumah ini.

"Haih"

.
.
.
.
.

Sepasang kaki menapak di sebuah club tersebut. Tidak lama kemudian, ianya masuk ke dalam dengan langkah yang masih tidak selesa.

Matanya meliar melihat suasana club tersebut. Bukan tidak pernah jejak kelab malam tetapi, di sini auranya lain macam.

"Bagi saya secawan coke"

Lelaki tersebut duduk di meja bar itu. Matanya masih tidak lekang melihat kawasan itu sepertinya mencari seseorang.

Kepalanya ditoleh melihat pintu yang dibuka oleh seorang gadis dan seorang lelaki bertubuh tinggi. Dahinya berkerut

"Siapa lelaki tu"

Suara serak basahnya menyapa pandangan.

Tidak lama kemudia, airnya yang sudah dihidang di bawa ke tempat paling sunyi dan tidak jauh dari pandangan mereka berdua.

"Kalau aku tahu ini kerja kau, aku tak akan tarik balik kata-kata aku tadi. Dasar pelacur"

Jimin, ya dia lah lelaki yang memandang ke arah Nara dan Taehyung itu. Itu sahaja jalannya untuk tahu apa yang dibuat Nara di kelab tersebut.

Matanya masih fokus ke arah mereka berdua. Dalam masa yang sama Taehyung sepertinya menghilang dari Nara.

Kaki Jimin sudah bersedia untuk pergi ke arah Nara itu, tetapi niatnya terbantut akibat ternampak seorang lelaki bertubuh sasa mendekati isterinya.

Jimin menggengam penumbuk, peha mulus istrinya disentuh lelaki itu. Makin lama melihat, makin panas hatinya.

"Apa yang hashhh"

Jimin hampir mencarut apabila tubuh gadis itu rela dicabul lelaki lain. Nara yang berada di situ hanya diam.

Dahi lelaki itu berkerut, matanya menyaksikan lelaki bertubuh sasa itu mendukung Nara ala bridal style ke arah belakang. Kemungkinan belakang ada tempat sunyi.

Topi hitam yang ditanggalnya itu dipakai semula. Cermin mata hitam juga dipakainya walaupun sudah malam.

Kakinya berjalan mengikuti langkah lelaki tersebut.

Jimin mengetap gigi, akibat lelaki itu sepertinya membawa Nara ke dalam sebuah bilik.

"Ini tanggungjawab kau, jimin"

Jimin menutup sedikit matanya dengan topi hitam itu, lalu mengintai di cermin pintu itu.

.
.
.
.
.

"Emm"

Nara mengeliat di atas katil itu. Dia langsung tidak sedar Lelaki bernama Kai itu sedang bersamanya.

Lelaki itu tersenyum puas dengan kerjayanya. Lama sungguh dia menahan dahagakan layanan Nara, akhirnya kini dia dapat juga. Mungkin?

Lelaki itu membuka jaket yang dipakai Nara dengan perlahan-lahan. Dibelai rambut gadis itu pula.

"Dari dulu sampai sekarang, kau tetap cantik Nara"

Lelaki itu membuka jaketnya dan dicampak ke lantai.

Tangannya melingkar di setiap kulit mulus gadis itu. Sungguh lembut

Dushh

"Woi!"

Lelaki itu kaget apabila pintu bilik itu ditendang oleh seorang lelaki yang langsung tidak dikenalinya.

Jimin menggengam penumbuknya. Sempat ekor matanya melihat keadaan Nara yang masih tidak sedar akibat arak itu.

Jimin menghampiri Kai yang sudah kematian kata-kata.

"Kau memang sial !"

TO BE CONTINUED__🥀

HATE BEING LOVEDWhere stories live. Discover now