09

901 136 11
                                    

ADUI MIREYOIII !!!!😂❤️

-
-
-
-
-

"Apa yang kau buat dekat aku malam semalam sampai muka kau hancur, kai?"

Tertoleh wajah kai apabila suara milik Nara bersuara tentang itu.

Fokus matanya memandang figura gadis itu.

"Kau tak perlu bangga dengan apa yang suami kau buat dekat aku semalam dan kau tak payah nak ungkit pasal semalam"

Choi Nara tidak bersuara, kedua keningnya bertaut.

"Kau takut kalau...dia buat benda yang sama macam semalam? Berani sangatkan sentuh isteri orang, kan dah mendapat"

Kai tergelak kecil sebelum berdiri menghampiri Nara.

"Kau salah sayang. Mungkin semalam suami kau dah selamatkan kau dari kena ngap dengan aku, tapi lain kali aku rasa tiada dah"

Nara terdiam sejenak, teringat apa yang diperkatakan Jimin semalam.

"Kau tak perlu risau Nara, aku sentiasa ada untuk kau"

Kai tersenyum lagi, Nara masih berdiam diri.

"Kau boleh kahwin dengan lelaki yang kau tak kenal, takkanlah kau tak boleh bagi lelaki yang dah kenal kau dapat layanan kau?"

Soal Kai, sinis.

"Kau dah besar Nara. Kau boleh fikir mana baik dan mana buruk. Kau sendiri boleh bayangkan yang kau kahwin dengan lelaki yang kau tak kenal then kau tak tahu latar belakang. Tak ke seram namanya?"

Kai masih lagi mencuba untuk menghasut  gadis itu, tidak lekang senyuman sinis diberi lelaki itu.

"Kau betul-betul kenal suami kau seratus peratus? Kau tahu kenapa dia tak layan perempuan liar? Dan kau tahu kenapa dia tak suka masuk kelab dah? Mesti...

Kai terdiam tatkala melihat Nara yang sudah meluru keluar dari kawasan cafe itu.

"Kau fikir kau mudah terbabas dari permainan aku, Choi Nara? HAHAHA"

-
-
-
-
-

"Cukuplah jadi hero dalam kelab, ini nak termenung macam hero jatuh cinta akan si heroin. Ah, cliche"

Gelak jungkook, dibuka plastik roti yang dibelinya sebentar tadi.

Kedua kening Jimin bertaut, tidak memahami apa yang dikatakan Jungkook.

"Kau buat muka asal? Kau bengong sebab tak faham maksud aku?"

Soal Jungkook.

"Apa benda nak merepek pagi-pagi ni"

Jungkook menghulurkan telefon ke arah Jimin, terus terbeliak mata lelaki itu.

Baru perasan orang keliling memandangnya dengan muka yang bengis dan sebahagian bangga.

"Aku nak kau padam video ni sebelum jam 12 tengahhari ni"

Jimin berdiri, dibetulkan kemeja putihnya dengan tali lehernya.

"Kau nak aku padam guna apa? Kau fikir aku handal ke benda macam ni?"

Jimin menghulurkan duit sebanyak mungkin di telapak tangan jungkook sehingga terbeliak mata jejaka itu.

"Buat apa yang patut sampai video tu tak tersebar"

Jungkook mengganguk.

"Okay boss"

-
-
-
-
-

"Jimin"

Gadis bernama Choi Nara itu menegur suaminya yang baru sahaja membuka pintu rumah itu.

Jimin hanya memandang tanpa membalas sepatah pun.

"Kau tak nak makan dulu ke? Aku dah masakkan masakan kegemaran—

"Aku dah kenyang"

Jimin membuka langkah naik ke tingkat atas. Muka yang tiada sebarang reaksi.

Nara mengetap gigi, lauk masakannya dipandang lalu ditutupnya menggunakan tudung saji.

"Lupa, kau buat hal kau. Aku buat hal aku"

TO BE CONTINUED__🥀

HATE BEING LOVEDWhere stories live. Discover now