one

666 27 8
                                    


Riuh

Itu yang dapat dikatakan melalui keadaan dewan terbuka star highschool sekarang. Sangat riuh dengan suara sumbang manusia yang tidak habis dengan cerita yang tak berkesudahan.

Tak kiralah lelaki ataupun perempuan, tua mahupun muda, tetap senior dan junior langsung tiada adab dengan berbuat bising sehingga mengganggu majlis.

"Attention please!!."

Tiada perubahan

Tetap sama seperti tadi

"Attention!!."

Tetap sama

Dan guru-guru sedang menahan amarah yang sedang menggelegak bagaikan lava yang akan meletus sebentar saja lagi.

Tiada adab. Itu yang dapat disimpulkan guru-guru terhadap pelajar-pelajar baru tingkatan 1 hingga tingkatan 6 yang baru sahaja lepas written mind test.

"Haura and Ardina, selesaikan apa yang patut diselesaikan."

Tiada pilihan lain, guru-guru terpaksa memanggil dua orang pengawas berjawatan tinggi itu supaya dapat menyelesaikan masalah sekali gus dapat mengendalikan majlis.

Ring....

"Arghh."

Bunyi nyaring berfrekuensi tinggi menyapa telinga yang mendengarnya. Rata-rata pelajar di dewan terbuka itu menutup telinga mereka untuk mengurangkan bunyi tapi itu hanya lah kerja yang sia-sia.

Dan bunyi itu semakin nyaring seiring jeritan pelajar. Jika dinaikkan sedikit lagi frekuensi nya pasti mampu memecahkan gegendang telinga sesiapa sahaja.

Tap

Pelajar mula menghela nafas lega apabila bunyi nyaring itu sudah tiada. Para pelajar mula kehairanan mengapa tiba-tiba sahaja bunyi itu menyapa telinga.

Semakin pelik apabila para guru yang duduk di atas pentas sudah tiada dan yang tinggal hanya lah dua orang pelajar perempuan yang memakai fon kepala kalis bunyi di leher mereka.

Jadi tahulah mereka siapa punca terjadinya bunyi itu.

"Attention to all new Star Highschool students!"

Suara lantang dan tegas itu bergema ke seluruh pelosok dewan.

"Please keep your manners and stay quiet."

Bisikan-bisikan keji dan tidak berpuas hati kedengaran.

"Why? Dia dah pekakkan telinga kita and dia suruh kita diam. Entah apa-apa."

"Aku boleh saman sekolah ini sebab dah pekakkan telinga aku."

"She think who she are? Annoying nya. I mengadu dekat papa I nanti. Dia tak tahu ke papa I jutawan terkenal?."

"Budak low class mana nak kenal. Hahaha."

"Star Highschool memang dah gila."

Haura si ketua pengawas membisikkan sesuatu di telinga Ardina sebelum Ardina melangkah keluar dari dewan untuk beberapa saat dan melangkah masuk kembali seperti tiada apa-apa yang terjadi.

Tap!

Tap!

Tap!

Tap!

Semua pelajar yang tadinya tidak henti kutuk mengutuk tiba-tiba terdiam apabila mulai faham situasi sekarang

Mereka dikelilingi oleh sekumpulan lelaki-lelaki yang memakai suit hitam dan ditangan mereka terdapat kayu besbol.

Dan wajah mereka sangat menakutkan!!.

"Perhatian buat semua!. Anda telah melanggar perintah larangan yang telah ditetapkan oleh kementerian pelajar Star Highschool!. Jadi anda terpaksa menerima hukuman yang selayaknya!."

Para pelajar mula gentar. Mereka menggigil ketakutan malah ada yang menangis dan hampir pengsan. Lelaki-lelaki yang mengelilingi mereka itu sungguh menakutkan.

" Tapi sebelum anda menerima hukuman, kami akan menerangkan beberapa perkara tentang Star Highschool!."

Ardina melangkah turun dari pentas bersama microphone tidak berwayar ditangan kanannya.

"Nama saya Ardina dari tingkatan 5 merangkap penolong ketua pengawas, ketua disiplin murid dan ketua kebajikan murid. Saya akan menerangkan beberapa perkara mengenai peraturan dan langkah-langkah keselamatan di sini."

Wajahnya suci tanpa senyuman dan bicaranya kemas dan tegas. Dia langsung tidak pedulikan para pelajar yang menggigil sejak kemunculan lelaki-lekaki bersuit itu.

"Saya akan menyatakan dahalu hal-hal yang membuatkan kamu terselamat di sini."

"Di Star Highschool, kami amat mementingkan kebolehan dan kelebihan. Tiada peluang untuk yang lemah dan tiada maksud menindas atau ditindas, dibuli atau membuli dan mencela atau dicela."

"Jika anda mengikuti semua peraturan yang akan saya nyatakan nanti, saya boleh jamin yang tiada perkara yang tidak baik akan berlaku kepada anda."

"Jaga adab anda dan selalu lah berbaik-baik. Jaga markah peperiksaan anda dan semuanya akan okey."

"Seterusnya saya akan menyampaikan beberapa peraturan khas di sini. Peraturan selebihnya anda boleh membacanya di papan notis yang ditampal di bilik dorm anda. Ini adalah peraturan penting jadi saya mohon anda dengar dengan teliti."

"Satu, anda harus memakai uniform lengkap yang menggambarkan jawatan anda. Uniform anda sudah kami sediakan di dalam loker dorm jadi sila periksa dan laporkan diri anda di bilik pengawas atas jika uniform yang anda dapat adalah uniform yang berjawatan."

"Saya akan menyatakan warna uniform yang berjawatan. Hijau bermakna anda adalah pengawas kebersihan. Kuning bermakna anda adalah pembimbing rakan sebaya. Kelabu bermakna anda adalah pengawas sekolah dan ungu menandakan anda adalah pengawas kebajikan. Selain dari semua warna itu bermakna anda adalah murid biasa ataupun anda adalah murid yang dikhaskan."

"Kedua, adab dan result adalah perkara terpenting di sini. Ketiga, jika anda melakukan sebarang kesilapan mahupun besar atau kecil, anda akan dikenakan hukuman selayaknya. Keempat, kami tahu apa yang anda lakukan jadi jangan sesekali cuba untuk lakukan sebarang kesilapan. Itu sahaja, selebihnya anda boleh baca sendiri nanti."

Haura menyapai microphone di tangan Ardina.

"Boleh mulakan."

Serentak itu, para pelajar diheret keluar oleh seorang lelaki bersuit untuk menjalani hukuman mereka diatas menyalahi peraturan yang telah ditetapkan.

"No!!."

"Arghh!."


STAR HIGHSCHOOL - THE BEGINNING [C]Where stories live. Discover now