eight

383 23 0
                                    

"Saya nak kan keadilan untuk Ardina!."

Bentak nya penuh tekad. Dia perlukan keadilan buat rakannya yang teranaiya dengan dendam busuk orang lain.

"Sabar Dayana. Kami tak boleh buat apa-apa."

Dayana semakin berang. Nyaris saja dia mahu membaling botol air minuman ke arah guru itu.

"Dayana, duduk sebelum kami ambil tindakan ke atas awak."

Dayana melepaskan dengusan. Dia menghempaskan punggungnya ke atas kerusi. Langsung dia tak hiraukan pandangan guru-guru yang memandang nya serong.

Lantak lah. Asalkan dia cuba membela rakannya daripada hati-hati busuk semua orang.

"Kenapa sampai macam ini teacher?. Kenapa tak boleh ambil tindakan ke atas pelaku?."

Guru itu hanya mampu merenung sayu pelajarnya. Dia bukan tak mahu ambil tindakan tapi itu adalah arahan yang telah dikuatkuasakan oleh pengetua sendiri. Tak ada seorang guru pun yang boleh membantah.

"Maafkan saya, tapi ini adalah arahan dari pengetua sendiri."

Haura merenung tajam setiap wajah guru-guru yang berada di dalam bilik mesyuarat itu. Serba salah, kesian dan simpati. Itu yang dia dapat perhatikan.

Dayana yang mengamuk sambil ditenangkan oleh Fiqah itu direnung sayu.

"Jadi maksud teacher pengetua kena suap lah?."

Terus kejung semua guru. Langsung tak menyangka perkataan itu akan terluah dari mulut anak murid mereka.

"No. Itu bukan apa yang terjadi. Cumany-."

Haura terus memintas.

"Cumanya pengetua dapat tawaran menarik dan pengetua terima. Macam itu?."

"Tawaran apa yang saya terima itu?."

Haura memandang pengetua lama. Sangat lama sehinggakan seisi bilik mesyuarat itu terasa kekok.

"Oh tolong, jangan pandang saya dengan pandangan jijik. Saya tak buat apa-apa yang menyalahi undang-undang."

Tersengih sinis Haura dibuatnya.

"Kenapa pelaku tak boleh dikenakan tindakan?. Tolong jawab soalan saya, pengetua."

Dayana terdesak. Dia betul-betul terdesak nak tahu punca kepada semua itu.

Dia masih lagi dalam keadaan terkejut jadi otaknya tak mampu nak berfikiran waras sekarang. Dalam satu hari banyak benda terjadi.

Ardina dimasukkan ke wad tapi pelaku nya tak boleh dikenakan sebarang hukuman atas arahan pengetua itu sendiri. Sungguh tak adil.

"Disebabkan kuasa yang dia miliki?."

Haura mengetap gigi. Rahangnya bergerak menandakan dia sedang menahan diri dari hilang kawalan.

"Oh." Haura menjatuhkan kepala.

"B****."

Terkejut semua guru. Tidak disangka pelajar kesayangan sekolah akan berkata perkataan yang memalukan macam itu.

"Haura!. Sila jaga percakapan kamu!."

Fiqah melangkah ke hadapan. Dia melindungi Haura dengan tubuhnya. Dia bukanlah seberani mana tapi dia cuba untuk mempertahankan rakan-rakan yang sudah dianggap seperti adik kandung.

Dan dia sebagai kakak sulung akan berbuat apa saja untuk melindungi adik-adik.

"Setelah dibincangkan dengan teliti, saya mahu berpindah ke sekolah lain. Saya tak kira berapa banyak yang perlu dibayar asalkan saya ditukarkan ke lain. Saya akan sediakan surat rasmi pertukaran sekolah. Harap Tuan terima permohonan saya dan rakan-rakan saya."

Fiqah terus berlalu ke luar bilik mesyuarat, sempat dia menarik tangan Haura dan Dayana sekali.

Semakin lama mereka di dalam, semakin diri mereka sesak mahu mengawal amarah. Dewasa kini betul-betul sanggup berbuat apa saja asalkan nama dan pangkat terus menaik.

Sungguh mereka bertiga muak dengan semua itu. Tidak di sekolah, di rumah juga begitu. Hidup dalam golongan T20 banyak mengajar mereka tipu helah dunia.

"Kenapa kau tarik tangan kita orang Fiqah? Aku tak habis lagi nak cakap. Dasar manusia toxic. Hidup nak duit je. Kau patut biark-."

Fiqah menutup mulut becok Dayana menggunakan tangannya.

"Diam Dayana. Kita tak akan mampu nak buat apa-apa. Apa aja budak bawah umur macam kita ini boleh buat?. Orang tak akan pandanglah kalau kita mengamuk bagai nak gila sekalipun."

Dayana terdiam. Sungguh dia rasa bagai tak berguna sekarang. Sebagai seorang rakan. Dan juga sebagai seorang manusia.

Dia hanya mampu melihat rakannya teranaiya begitu tanpa mendapatkan pembalasan. Kenapa dunia sungguh kejam kepada Ardina yang tak bersalah?.

Setiap detik Ardina di muka bumi ini tak pernah pun dia sebagai rakan melihat riak gembira Ardina. Banyak duka dari bahagia.

"Huh. Serabut lah."

Haura meraup muka. Dia betul-betul rase serba salah kerana tak mampu buat apa-apa.

"Kita tukar sekolah ya?."

Terus Dayana dan Haura memandang tepat ke arah Fiqah.

"Ini saja yang kita boleh buat untuk Ardina. Kita tinggalkan apa yang dah buat dia sakit. Walau apa sekali pun, dia mesti tak nak tengok kita terus hidup dalam persekitaran macam ini."

"Boleh ya?."

Fiqah terusan memujuk. Walau macam mana pun, dia tetap dengan keputusan nya. Dia mahu mereka semua berpindah sekolah. Ke pedalaman sekalipun dia tak kisah. Asalkan mereka tak hidup di Star Highschool yang penuh toxic.

Pasti juga ini satu kejayaan buat pelajar lain. Kerana sudah berjaya menghancurkan mereka berempat.

"Please?. Demi kebaikan kita semua."

"Ini saja kita boleh buat. Terus bersama sehingga ke akhir."




----

I think kan, this story will be cerpen n i akan buat another story for every character.

Thats all n thank u if you're still here waiting for updates

STAR HIGHSCHOOL - THE BEGINNING [C]Where stories live. Discover now