Rafiqi dan Naufal berjalan seiring memerhati kawasan sekolah baru mereka. Tiada banyak perbezaan dari sekolah lama mereka namun star highschool ini jauh lebih moden.
"Rafiqi, jom duduk dekat sana?"
Naufal menunjuk ke satu arah kawasan taman bunga dan ditengah taman itu tertanamnya sebatang pokok gergasi yng memayungi hampir seluruh kawasan taman.
Mereka melabuhkan punggung sambil bersandar pada pokok itu.
"Kau tak rase sekolah ini pelik ke Naufal?"
Naufal memusingkan badan menghadap si Rafiqi.
"Pelik? Tak ada lah pelik sangat tapi macam-macam cerita yang aku dengar pasal sekolah ini. Ada yang baik dan ada yang buruk tapi banyak nya buruk."
Rafiqi memberi sepenuh perhatian pada Naufal. Bicara Naufal tadi sedikit sebanyak menarik minatnya untuk mengetahui lebih banyak pasal sekolah pelik ini.
"Contohnya?"
"Contohnya, sebilangan kecil alumni star highschool ada masalah trauma yang teruk."
"Trauma sebab ape?"
"I don't know but ramai yang kata disebabkan oleh star highschool yang terlampau beri tekanan dekat pelajar. Tapi aku rasa itu hanya lah rekaan."
"Kenapa?."
Naufal tertawa kecil melihat muka hodoh Rafiqi yang tengah confius.
"Sebab sebilangan kecil tu ada rekod disiplin yang sangat teruk sebelum masuk ke star highschool jadi berkemungkinan trauma itu datang disebabkan akhlak dia orang yang memang tak ada."
"Aku still tak faham." Rafiqi bengang.
"Kau cakap aja lah yang sebenarnya sekolah ini pelik and kejam. Baru satu hari kita dekat sini tapi dah macam-macam jadi."
"Hari kita masuk sekolah ini kita dah kena belasah sebab buat bising dan masa hari pendaftaran aku tengok dengan mata sendiri sorang pengawas perempuan pukul pelajar dengan peralatan merbahaya and perempuan itu rupanya rapat dengan Daniel siap boleh main usik-usik lagi. Dah lah tamak. Siapa yang benarkan dia bolot semua jawatan. Hah!."
Rafiqi bercakap dengan sekali nafas. Semput rasanya.
Mata Naufal membulat terkejut. Mulut Rafiqi yang masih mencari nafas itu ditekup. Langsung dia tak hiraukan Rafiqi yang memandangnya dengan pandangan membunuh.
"Aku nak bagi kau sedikit nasihat. Dekat sini atau dekat mana-mana aja kau berada please and please jangan cakap buruk pasal sesiapa dalam sekolah ini."
"Erm.. Why?."
Belum sempat Naufal mahu menjawab soalan itu, terdengar deheman seseorang dari arah tepi mereka.
"Ehem ehem."
Badan Naufal kaku seperti dia sedang melihat sesuatu yang sungguh mengerikan.
"Sila ikut saya."
Mati.
Semuanya dah terlambat.
...................
Dayana dan Fiqah berdiri tegak dihadapan dua orang remaja lelaki yang semestinya adalah si pengecut Naufal dan si kepoh Rafiqi.
Dayana melemparkan renungan membunuh pada mereka berdua.
"Di sini bukan macam sekolah lama awak berdua. Dekat sini semua aktiviti harian awak akan dipantau. Termasuklah percakapan awak. Jadi selepas sini sila jaga tutur kata."
Naufal menundukkan kepala namun Rafiqi masih lagi dengan blur yang tak berkesudahan.
"Kenapa nak kena pantau pulak? Ini dah salah. Mana hak kami sebagai pelajar?. Kita orang masuk sekolah ini bukan untuk dikongkong macam binatang dekat zoo lah."
Naufal memandang Rafiqi tak percaya tapi pada masa yang sama dia mengenangkan nasib dia yang masih lagi menunduk bagaikan pengecut.
Haih, bila lah nak berani and jadi lelaki sejati ni?
"Kalau awak rasa awak tak mahu dikongkong macam binatang, boleh keluar dari sekolah ni."
"Macam ini ke perangai pengawas dekat sekolah ini? Dia suruh orang jaga tutur kata tapi dia yang biada- arkkk!."
Tanpa sempat Rafiqi menghabiskan tutur katanya, dia diserang dengan benda keras yang menyakiti lututnya sehingga dia jatuh melutut.
"Hari pertama sekolah but dah lima kesalahan awak dah buat. Sungguh mengagumkan."
Ardina berjalan dalam bulatan di sekeliling Rafiqi. Baton yang disandarkan dibahunya menunjukkan dia lah yang bertanggungjawab memukul Rafiqi sehingga terjatuh melutut.
"Pertama, masuk kawasan larangan. Keduan, ponteng kelas. Ketiga, berkata sesuatu yang buruk. Keempat, bergaduh. Kelima, menghina nama sekolah and-"Kringggg!
"Uppss. Nampaknya awak dah ada enam kesalahan setakat ini. Keenam, lambat masuk kelas. Bertamadun nya awak berdua."
Ardina menggerakkan baton nya ke bawah dagu Rafiqi sebelum Rafiqi terdongak memandang ke arah nya.
"Awak buat saya rasa geram."
Ardina mengerutkan hidung dan mengetap bibir tanda dirinya geram dengan Rafiqi. Tapi Tak lama lepas itu, dia kembali menunjukkan muka tiada perasaan.
Naufal yang menjadi pemerhati terdetik sesuatu.
Shit. Dia nak tak tahan nak terkucil. Lambat lagi ke drama ni nak habis? Erghh!
"Hey, what happend?"
Naufal memandang Daniel dengan pandangan syukur. Akhirnya ada seseorang yang boleh tamatkan persengkata antara mereka.
"Hey, Dina."
Daniel menegur Ardina yang sedang memandangnya tajam. Tangan diangkat sebagai tanda sapa. Rafiqi yang sedang melutut pula dijadikan perhatian
"Oh my god, Dina. Kenapa buat kawan saya macam ini?."
Daniel mengalihkan pandangan ke arah Ardina. Wajahnya sayu hendak menangis. Bibir dicebik bagi menambah perisa.
Ardina mengalihkan pendangan lalu bibir digigit.
Sabar Ardina. Sabar. Kau dah lama move on.
Daniel yang melihat itu tersenyum senget dalam diam. Rafiqi yang sedang melutut di bantu untuk bangkit.
"Ardina, saya tahu awak ketua disiplin dan saya di sini nak awak lepaskan mereka pergi. Biar saya yang hukum mereka. Lagipun mereka kawan saya."
Dayana dan Fiqah memandang Ardina dengan pandangan risau dan serba tak kena.
Ardina menggigit bibirnya dengan lebih kuat. Sakit hati dan jiwa. Ardina cuba bersabar. Dia menarik nafas dan hembus beberapa kali.
"Baik, saya boleh lepaskan mereka untuk kali ini tapi ada syaratnya."
Ardina memandang Daniel dengan renungan tajam. Daniel tersenyum manis sebagai balasan.
"Mereka berdua kena jadi hamba kami selama seminggu."
Daniel terdiam sebentar sebelum mengangguk setuju.
"Okay, deal."
Ardina tersenyum menang. Dayana dan Fiqah tersenyum senget sambil memikirkan idea-idea yang mencuit hati
Rafiqi memandang Daniel tak percaya. Naufal menahan rasa hati yang hendak mencarut kerana dari tadi hajat dia mahu terkucil tidak kesampaian.
..........................
"Boleh aku tanya kau sesuatu?."
"Yeah, sure. Silakan."
Rafiqi dan Daniel berjalan perlahan menuju ke kelas mereka. Naufal? Lepas keluar dari bilik pengawas tadi dia terus berlari pecut entah kemana.
"Kenapa pengawas itu lepaskan kita macam tu saja? Macam pelik aje."
Daniel memandang Rafiqi sambil mengerutkan kening.
"Apa yang peliknya? Tak ada yang pelik pun lah. Biasa aja."
"Aku dengar dari pelajar sekolah ini, yang dulu pengawas tu suka kau tapi kau reject dia dan dia cuba jadi kejam sebab nak dapatkan perhatian kau."
"Aku tak percaya pada mulanya but lepas aku tengok kau orang tadi, aku rase dia still suka dekat kau lah."
Rafiqi tersenyum memikirkan idea nakalnya. Lepas ni kalau pengawas itu buli dia lagi, dia boleh ugut guna nama Daniel. Heh!
Daniel menghentikan langkahnya. Bahu Rafiqi ditarik kasar supaya menghadapnya.
"Kalau kau nak hidup lama dekat sini, aku cadangkan kau tak berkata apa-apa yang buruk ataupun bergossip dengn Naufal. Sekarang aku mampu nak selamatkan kau. Lepas ini aku tak tahu. Kau berdua bernasib baik ada aku."
"Jadi, jangan cakap soal Ardina and sebut nama dia as Ardina. Bukannya pengawas or perempuan tu."
Daniel terus berjalan pergi tanpa menunggu Rafiqi.
Rafiqi yang melihat wajah tegang Daniel tadi mula lemah lutut. Penghadang konkrit di belakangnya menjadi tempat berpaut supaya dia tidak terjatuh.
Wajah tegang Daniel bermain di fikirannya sebelum hati nya terdetik satu kata.
Matanya membulat terkejut dengan andaian sendiri. Laluan yang dilalui Daniel tadi dipandang lama. Takkan lah.
Takkan lah Daniel dah tersuka dekat ular sawa tu!!!!!!! ARGHHH!!!!
.....................
abaikan yang salah ambik yang betul. tak faham?
just nak cakap abaikan typo dan tatabahasa yang kelangit. kalau x faham lagi ni x tahu lah
kalau dah faham, dh boleh baca buku lain. bye..

YOU ARE READING
STAR HIGHSCHOOL - THE BEGINNING [C]
Historia CortaSTAR HIGHSCHOOL.. Setiap kisah pasti ada permulaan di mana ia bermula. Seterusnya membawa kepada pertengahan sebuah cerita, iaitu detik-detik memegang satu sijil SPM yang menentukan satu hala tuju akan datang. Saat-saat terakhir dimana sudah berkerj...