"Bila pelajar baru nak sampai?"
"Dalam setengah minit lagi. Saya dah bagitahu dia orang datang tepat-tepat pukul 3 petang kalau tak nak kena denda lagi."
Jawab Ardina untuk soalan Haura. Mata dan tangan mereka tak lepas dari berkerja. Agak sibuk kerana dalam beberapa saat lagi pelajar baru akan mendaftar jawatan yang mereka terima dari pihak sekolah.
Dan tepat pukul 3 petang, para pelajar mula memenuhi bilik pengawas atas. Hanya sepuluh orang sahaja yang diminta untuk berada di dalam bilik pengawas itu sementara pelajar yang lain diminta untuk menunggu di bilik mesyuarat sebelah.
Bilangan pelajar di bilik pengawas atas terpaksa di limit kan disebabkan hanya dua orang pengawas sahaja bertugas untuk mendaftar. Orang itu tak lain dan tak bukan adalah Haura dan Ardina.
"Sila berikan nama penuh dan nombor kad pengenalan anda."
"Nama, Tengku Ikhwan Rafiqi bin Tengku Izwan. 200321110937."
Tangan Ardina tidak lepas dari menekan papan kekunci.
"Kelas dan warna pakaian beruniform anda."
"5STEM1. Warna grey."
"Okay. Awak boleh pergi ke kaunter sebelah ya."
"Ermm."
Ardina mengangkat kepalanya memandang lelaki dihadapannya apabila pelajar itu tidak berganjak dari tadi.
"Awak perlukan pertolongan ke?"
Pelajar lelaki bernama Rafiqi itu seperti tersentak dengan soalan yang diajukan oleh Ardina.
"Ermm. Yes. Sebenarnya saya nak tanya sesuatu."
Ardina mengangguk sedikit kepala supaya Rafiqi meneruskan pertanyaan nya.
"Awak ada kata yang uniform pelajar biasa warna brown kan? So apa beza kalau nama pada blazer disulam dengan benang emas dan silver?"
"Kalau nama awak disulam dengan warna emas, makanya awak adalah pelajar yang dikhaskan dan warna silver pula adalah sebaliknya. Faham?"
"Okay, saya faham tapi apa yang istimewa tentang pelajar khas?"
Ardina memandang Rafiqi dengan sebuah pandangan yang sukar ditafsir sebelum dia mengukirkan satu senyuman menawan.
"I am sorry to tell you this, but it's secret. Hanya pelajar khas itu sahaja yang tahu apa keistimewaan mereka."
Rafiqi sedikit kecewa dengan hal itu lalu terus saja dia menuju ke kaunter Haura.
Bang!!
Bunyi hempasan pintu yang secara tiba-tiba itu mengejutkan semua penghuni yang berada di dalam bilik pengawas atas.
Pelajar yang bertanggungjawab menghempaskan pintu itu langsung membuat muka tidak bersalah apabila seisi bilik memandangnya dengan pandangan tidak puas hati.
"Ke tepi."
Pelajar itu dengan tiada rasa bersalahnya memotong barisan dan terus ke kaunter di mana Ardina berada.
Ardina pula hanya memandang pelajar itu tanpa riak.
"Kau nak tenung aku ataupun kau nak tanya nama aku sekarang!."
Ardina tidak memberi riaksi walaupun sudah dijerkah begitu. Ardina menarik nafas dalam sebelum melepaskannya perlahan. Senyuman menawannya cuba diukir sebaiknya.
"Encik, saya tiada masa untuk bermain dengan Encik jadi boleh Encik kembali semula ke luar dan masuk dengan cara yang paling baik dan tak cuba untuk hempaskan pintu lagi. Juga, tolong jangan potong barisan."
"Lalalala~ whatever. You're so annoying."
Terus senyuman Ardina menghilang dengan sekelip mata. Ardina perlahan-lahan bangun dari kerusi empuknya.
"I'm being nice to you just now Mr. but you make me feel disgusting with your attitude and your immatured. So please leave this room before unexpected things happen."
Pelajar itu dengan tiada rasa takutnya memandang Ardina dari atas hingga ke bawah dengan pandangan seorang lelaki yang hina.
"What you gonna do little chick."
Tanpa berlengah terus Ardina melangkah keluar sebelum kembali memasuki bilik itu selepas beberapa minit.
Di tangannya terdapat beberapa alatan merbahaya seperti cemeti kuda, baton, stun gun dan sepasang sarung tangan berwarna hitam yang sudah siap disarungkan ke dua belah tangannya.
"You are the one who ask for it so don't blame me if anything bad happen to you."
"Hah? Wha-"
"Arkk!."
Tanpa sempat pelajar biadab itu menghabiskan katanya, terus dia di serang secara tiba-tiba.
"What are you doing?"
Pelajar itu memandang tajam ke arah Ardina yang baru sahaja menyerangnya dengan stun gun. Dadanya pedih menahan kesakitan arus elektrik yang tiba-tiba. Dirinya tidak mampu menahan tubuh dari terduduk lemah di lantai.
"Pelajar yang tiada adab sesuai untuk dilayan sebegini."
"Kau memang dah gila!. Semua orang dalam sekolah ni dah gila!. Aku boleh dakwa kau atas cubaan membunuh!."
Ardina yang terlebih serious tadi tidak mampu menahan gelaknya.
"Pfft.. Shame on yourself. Itulah mak selalu pesan, jangan pandai-pandai sign borang kalau tak tahu membaca."
"Wha- Arkk!."
Ardina melepaskan marahnya terhadap lelaki biadab itu dengan memukulnya dengan menggunakan baton.
"Ssa- kit."
Ardina terus memberhentikan pukulannya. Riak wajah kesakitan itu membuatkan dia tersenyum sinis.
"Heh! Tak pernah kena baton? Lemah!."
Baru sahaja Ardina mahu mengambila cemeti, tindakannya dihentikan oleh Haura.
"Ardina, cukup."
Ardina terus membuka sarung tangannya dan berdehem membetulkan anak tekak.
"Baiklah semua, mari kita teruskan sesi pendaftaran. Biarkan pelajar biadab itu merasa kesakitannya. Itulah padahnya bila adab hanya separas lutut."
Dengan cerianya Ardina berkata. Dan itu membuatkan semua pelajar merasa sedikit takut namun cuba memberanikan diri.
............................
unsatisfactory?
yea, i know. no need to tell me.
YOU ARE READING
STAR HIGHSCHOOL - THE BEGINNING [C]
Historia CortaSTAR HIGHSCHOOL.. Setiap kisah pasti ada permulaan di mana ia bermula. Seterusnya membawa kepada pertengahan sebuah cerita, iaitu detik-detik memegang satu sijil SPM yang menentukan satu hala tuju akan datang. Saat-saat terakhir dimana sudah berkerj...