six

438 20 0
                                    

"Kau okay tak, Ardina?."

Terpampang jelas wajah risau Fiqah dengan keadaan Ardina.

"Aku okay lah. Jangan lah risau. Tak ada apa pun. Terhantuk sikit aja."

Fiqah bercekak pinggang di hadapan Ardina yang berbaring di atas katil rehat.

Dari penglihatannya, Ardina nampak tak berdaya. Dengan wajahnya yang pucat, dahi yang lebam kebiruan berbenjol sebesar alam itu.

"Betul okay?."

Fiqah menlunjurkan jari nya ke arah dahi Ardina. Jarinya menekan kuat tempat lebam itu.

"Auch. Sakit lah."

Ardina menjeling tajam Fiqah. Budak ini memang sengaja.

"Oh, sakit rupanya."

Ardina membuat muka meluat ke arah Fiqah. Fiqah yang terangguk-angguk bagai faham soalan add math itu buatkan dia rasa mahu lempang aja.

This child. Small small don't die, big big like hurt hurt Ardina. Crazy girl.

"Dah nampak aku nazak ini, tolong lah senangkan hati aku. Bukannya lagi tambah sakit."

Fiqah mencebik. Matanya dijuling menyampah.

"Mandat kau bawah tapak kaki aku aja, so jangan melebih. Aku hanya menghiburkan hati orang yang berdaulat. Kau anak pungut, jangan cakap banyak. Tidur aja."

Terus dahi Ardina yang lebam itu ditolak kuat. Selimut di tarik menyelubungi satu tubuh badan Ardina.

Sempat Fiqah menarik kuat rambut Ardina seakan melepaskan geram sebelum Fiqah melarikan diri untuk menyelamatkan nyawa nya.

"Fiqahhhh!! Tak guna!."

Hahahahahahaha

Fiqah melarikan diri sambil tergelak. Sekurangnya dia dapat menyenangkan hati dari merisaukan keadaan Ardina.

Walau kecederaan Ardina semakin serious sekalipun atas tindakan dia, dia tak kesah. Asalkan hati dia senang dari merisaukan sesiapa.

Bila hati senang, jiwa pun tenang.

Jadi kutip lah fiqah untuk menjamin kebahagiaan dia.






--------






"Kenapa ramai sangat orang dekat sana tadi?."

Soal Daniel pada Hakimi selaku salah seorang saksi di tempat kejadian.

"Ada seorang pengawas tu dahi dia terhantuk dekat meja."

Daniel buat muka. "Serious lah? Bapak over. Setakat terhantuk sikit aja pun nak kecoh macam kepala berdarah."

Hakimi hanya buat tak tahu. Malas nak sambung ayat Daniel.

"Tak silap aku kan, pengawas tu kawan kau. Daniel."

"Dia bukan over tapi teruk juga lah aku tengok tadi. Dahi lebam."

Sambung Naufal. Dia seperti membela Ardina dan tak rela Daniel mengutuk gadis itu.

"Kau kenapa pula nak bela-bela ular sawa itu?."

Rafiqi masih tak puas hati dengan Ardina yang memukul dirinya dengan kejam beberapa minggu lepas. Sedikit dendam telah bersarang di hati.

"Mana ada aku be-"

"Stop. Stop."

Sebelum terjadinya perang mulut, terlebih dahulu Daniel memotong percakapan mereka berdua. Rimas telinga asyik mendengar pertelingkahan mereka.

STAR HIGHSCHOOL - THE BEGINNING [C]Where stories live. Discover now