three

533 21 1
                                    

Hari pertama persekolahan. Semestinya sangat sukar bagi pelajar kemasukan baru.

Kenapa?

"Psst! Psst! Budak baru lah."

Rafiqi, Naufal dan Hakimi memandang jelek warga-warga pelajar star highschool. Pandang orang macam jakun tak pernah nampak manusia. Sedangkan semua pelajar disini adalah bangsa manusia dan bukannya binatang.

Mereka cuba buat tak tahu dan terus mengikut langkah seorang guru perempuan dihadapan mereka. 

Selepas beberapa minit berjalan, berhentinya mereka dihadapan sebuah kelas yang sunyi nan sepi. Tiada langsung bunyi suara sumbing manusia. 

Knock Knock

"Attention class!."

"Yes teacher!."

Wow. Pelajar kelas ini sungguh bertamadun. Ada akhlak yang boleh dipakai.

"Today, saya akan kenalkan awak semua dengan tiga orang kawan baru. It's Rafiqi, Hakimi and Naufal."

"No. No way! It's gold."

"True. I can't believe this."

Hakimi dan Naufal terpinga. Apa yang no? Apa yang gold? Tak percaya apa?

"Keep quiet. You guys may have a sit."

Naufal, Hakimi dan Rafiqi bergerak mengambil tempat duduk di sebelah belakang. Meja sebelah depan pula adalah untuk mereka yang berjantina perempuan.

Rafiqi tiba-tiba terpandang satu wajah yang tidak akan luput dari ingatan. Pengawas pendaftaran!. Harap-harap tak akan kena pukul.

--------

"Did you saw it, Haura?."

"Yea of course."

Haura memandang ke arah yang sama dimana Fiqah pandang. Lebih tepatnya ke arah seorang lelaki yang mejanya berada disebelah Daniel. Hakimi.

Seketika kemudian, Fiqah mengeluh malas.

"Pelajar khas ni memang menyusahkan. Sekarang siapa nak pergi panggil dia?"

Haura memuncungkan bibir ke arah Ardina yang sedang bergelak ketawa dengan Dayana.

"Nak ke dia?"

"Nak ke tak dia kena buat jugak. Macam tak biasa."

Fiqah tersenyum mengusik.

"Ardina."

Ardina yang sedang riuh berborak dengan Dayana terus memusingkan kepalanya memandang ke arah Fiqah dan Haura yang meja mereka berada di belakangnya.

"Apa?"

"Tugas kau macam biasa."

Ardina memandang Haura tanpa riak. Senyumannya ketika berborak dengan Dayana tadi sudah hilang berganti dengan wajah yang serious.

Pak

"Auch."

Haura mengusap dahinya yang baru sahaja dibaling dengan sebetang pen.

"Aku tak nak."

"Eleh, kenapa tak nak?."

Ardina mengacah penumbuk ke arah Dayana dan Fiqah yang sedang tersenyum mengusik ke arahnya. Tak guna betul.

"Tak, masalahnya kenapa aku?."

"Sebab kau rapat dengan Daniel dan Daniel pengerusi pelajar yang dikhaskan. Kalau antara pelajar baru ada pelajar khas ini, meeting terpaksa dibuat. Jadi kau kena inform dekat Daniel nanti kita ada meeting dan suruh kawan dia ikut sekali."

Ardina memandang Haura dengan renungan jengkel.

"Tiber, sejak bila aku rapat dengan dia?"

"Eleh."

Haura, Dayana dan Fiqah tergelak memandang wajah buruk Ardina yang tak puas hati.

"Menyampah lah kau orang ini."

Ardina segera bangun dari kerusinya untuk pergi ke tempat lain. Namun sempat ditahan oleh Dayana yang masih gelakkannya.

"Okay, okay. Kali ni serious. Please lah Ardina."

"Tapi kenapa aku?"

Merengeknya tak puas hati. Geram lah dengan kawan yang tak memahami macam ini. Tahu nak menyakat saja. Tahulah dulu masa zaman jahiliah dulu dia pernah tercrush dekat Daniel tapi tak payah lah nak usik bagai.

Itu dulu tau, sekarang dah tak. Pandang Daniel pun rasa menyampah.

"Sebab ini memang kerja kau. Tunjuk dekat dia yang kau dah move on."

Ardina menjeling tajam Fiqah. Cakap senanglah.

"Nanti aku berlanja kau makan."

"Okay."

Tanpa ragu terus Ardina bersetuju. Kalau bab makan dia setuju. Sebabnya Haura selalu akan beli makanan dengan kuantiti yang banyak. Pastu nanti complain nampak gemuk. Padahal diri sendiri yang makan ikut nafsu. Haih, susah jadi perempuan ni.

"Ehem. Ehem. Daniel."

Fiqah dan Dayana gelak terbahak-bahak ke arah Ardina yang malu-malu. Eleh, kata dah move on tapi gaya macam tak ja.

"Ya saya. Ada apa saya boleh tolong awak?."

Ardina mengemam bibir sambil memandang ke arah yang tiada biasan muka Daniel.

"Ada meeting."

Ardina berkata dengan menggunakan ton suara yang rendah

"Hah? Tak dengar lah. Boleh tolong ulang balik tak?"

"Meeting."

Sekali lagi dia berkata dengan nada rendah serendahnya.

"Apa? Tak dengar ni. And lagi satu boleh pandang muka kacak saya tak cik adik? Tuhan ciptakan rupa ni bukan saja-saja. Rupa ini untuk dipandang tahu?."

Suka Daniel mengusik Ardina yang sudah kemerahan wajahnya. Merah sebab apa pun tak pasti.

Rafiqi, Hakimi dan Naufal hanya senyap dari tadi tidak menyampuk. Risau digelar penyibuk.

"Haih, menyampah lah mamat ni."

Ardina menghadapkan mukanya ke arah Daniel namun pandangannya dihala ke bawah.

"Encik abang yang kacak, saya tahu tuhan ciptakan rupa awak bukan untuk saja-saja tapi saya nak  jaga pandangan saya dari melihat perkara yang haram jadi faham-faham lah ya."

Ardina mengukirkan senyuman untuk menutup rasa geramnya terhadap Daniel.

"Lagi satu saya nak bagitahu pada Encik abang yang kacak, kita akan ada meeting nanti. Jadi sila-sila lah bawa kawan Encik abang yang kacak itu."

Dengan tak ikhlasnya Ardina berkata sebelum dia beredar dari situ menuju ke arah rakannya berkumpul.

"Ardina dah maju sekarang. Hahaha."

Ini lagi tiga ekor yang buatkan dia menyampah. Dengan pelajar lain asyik tunjuk muka ketat ja tapi bila duduk satu geng macam ni, mulalah kepala nak masuk air.

"Haha. Aku cannot lah. Encik abang yang kacak? Seriously Ardina? Aku ingat kau dah move on."

Encik abang yang kacak? Ouh, tolonglah. Niatnya hanya mahu menyindir Daniel tapi tak sangka dia yang loya.

"Dah habis gelakkan aku?"

Tanya Ardina apabila mereka bertiga hampir menyudahkan tawa mereka. Tapi ternyata Ardina menanyakan soalan yang salah. Makin kuat mereka gelakkan dirinya adalah. Sampaikan seisi kelas memandang ke arah mereka berempat.

Ada juga yang ketakutan disebabkan Haura, Fiqah dan Dayana yang selama ini selalu bermuka ketat tiba-tiba gelak macam orang tak betul. Risau ja takut jadi gila.

Ardina pula sudah menekup mukanya dengan buku teks di atas meja. Badannya tundukkan sedikit sehingga dagunya menyamai paras meja. 

Dalam hatinya tak pututs-putus membaca satu potong ayat keramat yang sering diaplikasikan.
'Aku tak ada kawan macam itu. Aku tak ada kawan macam itu.'

Ardina hanya memandang sekilas Dayana yang masih ketawa dan tangannya tak berhenti menepuk meja. Pity for the meja.

And for you guys ma friends, aku tak dapat nak tolong. Aku terlampau kesian sampai tak terdaya nak sedarkan kau orang yang tengah menghidap sawan itu. Hadaplah netizen nanti.

Apa-apa pun aku akan terus berdoa kau orang tak masuk Tanjung Rambutan. Sekian.

----

"Attention! To all special students, please gather in the meeting room 3."

"Ulang suara. Perhatian kepada pelajar yang dikhaskan, sila berkumpul di bilik mesyuarat 3."

-----









Abaikan segala yang tak memuaskan hati anda semua

STAR HIGHSCHOOL - THE BEGINNING [C]Where stories live. Discover now