Fiqah dan Dayana bersiar-siar mengelilingi kawasan sekolah. Rasa malas nak belajar membuatkan kaki mereka laju sahaja melangkah keluar dari kelas.
Disebabkan mereka bukan pengawas sekolah, lagi senang nak ponteng. Bukan macam Haura dan Ardina itu. Setiap hari stress sebab terlalu busy dengan hal sekolah dan akademik.
Siapa suruh terima jawatan yang berlambak itu. Tamak lagi.
"Aku bosan. Nak pergi mana ni?."
Fiqah menyoal seraya bersandar pada dinding bercat putih di belakang nya.
"Pergi jalan-jalan lah." Jawab Dayana selamba.
Dia pun tak tahu nak jalan ke mana. Yang dia tahu dia perlu mengikut naluri syaitan nya untuk tak pergi ke kelas dan belajar. Malas.
"Kalau macam itu, jom jumpa Haura. Dia kan busy dengan preparation untuk sport day nanti."
Fiqah buat muka.
"Tak mahu lah. Syaitan tengah bisik dekat aku, dia kata 'jangan Fiqah. Jangan. Jangan baik sangat. Nanti orang pijak.' hah macam tu lah."
Dayana pandang Fiqah bosan. Dah tak betul agaknya. Sel-sel otak tak berhubung sebab bosan yang melampau ke ni.
"Jangan nak mengada. Kita kena tolong orang. Baru dapat pahala."
Dayana yang baru membuka mukadimah ceramah nya membuatkan Fiqah terus bersetuju tanpa bantah. Tak sanggup nak dengar Dayana membebel.
"Iya lah. Jom"
Mereka berdua terus berjalan memulakan langkah menuju ke padang.
Dari jauh, kelihatan sepuluh kanopi memayungi hampir suku kawasan padang. Nampak tak betapa besar nya padang Star Highschool sehingga boleh memuatkan empat gelanggang futsal, satu gelanggang takraw dan tiga gelanggang bola jaring.
Fiqah dan Haura terus berjalan mencari kelibat orang-orang sibuk kalah pedana menteri. Siapa lagi kalau bukan Haura dan Ardina yang tamak jawatan itu.
Kelibat Haura , Daniel, Rafiqi, Hakimi dan Naufal yang tampak mesra itu membuatkan mereka berdua pelik. Sejak bila entah Haura ini mesra dengan lelaki. Lagi-lagi lelaki jenis macam Daniel itu.
"Awak nampak tak itu?."
Soal Dayana formal. Disebabkan mereka di kawasan terbuka, jadi mereka perlu menggunakan kata ganti nama diri pertama yang sopan.
"Nampak. Pelik." Dayana toleh memandang Fiqah.
"Kan. Pelik."
Dayana dan Fiqah terus memerhati gerangan lima orang manusia itu. Sehingga tanpa sedar mereka telah berjemur di bawah matahari hampir sepuluh minit.
"Kau orang buat apa berjemur ini? Nak ada kanser kulit eh?."
Spontan Dayana dan Fiqah memukul kuat kedua belah lengan Ardina.
"Mengarut je."
Ardina mencebik bibir apabila dia dimarahi oleh Dayana. Sakit di kedua belah lengannya betul-betul berbisa. Sudah lah tak mampu gosok lengan nak hilangkan rasa sakit disebabkan tangannya sedang mengangkat dua kotak bersaiz sederhana besar.
"Tch.. Jangan lah pukul aku. Terburai isi dalam kotak ini nanti."
"Bagus lah."
"Biar terburai."
Ardina terus bergerak meninggalkan Dayana dan Fiqah. Malas mahu melayan mereka yang sengaja mahu menyakitkan hatinya.
Ardina berjalan menuju ke meja panjang yang terletak di tengah kanopi utama. Beberapa jengkal lagi dia mahu sampai, belakang badannya tiba-tiba terasa bagai ditolak kuat.
Ardina yang tak sempat menyeimbangkan diri, jatuh dalam keadaan terlentang. Dahinya terhentak kuat di permukaan tepi meja besi tempat letak barang.
Kotak-kotak yang dia bawa tadi menghempas tanah sehingga terburai isinya.
Bunyi kuat yang terhasil dari kejadian itu membuatkan banyak mata-mata memandang Ardina.
Ardina tak mampu untuk bersuara. Rasa sakit di dahi membataskan segalanya.
"Ya allah, Ardina!."
Ardina didatangi oleh Dayana, Fiqah dan Haura. Tak ketinggalan beberapa orang pelajar yang mahu melihat apa yang terjadi.
Dayana melutut di hadapan Ardina yang sedang kesakitan.
"Kau okay tak ini Ardina?."
Ardina mengangkat kepala. Dia memandang Dayana dengan pandangan kosong.
"Nak marah tapi kena sabar. Nak nangis tapi kena tahan."
Ardina terus berdiri selepas aja kata itu diucapkan. Dia berjalan ke satu arah tanpa menunggu sesiapa. Tangannya tak pernah lari dari menutupi dahi yang sakit. Jalannya juga terhuyung-hayang bagai orang mabuk.
Ardina yang melihat keadaan kritikal Ardina terus bergerak memapah kawannya yang sorang itu. Ada yang tertidur dekat longkang kalau tak papah nanti.
Fiqah agak terkedu sebentar sebelum tawanya keluar. Kelakar bila mulutnya dan Dayana masin. Tak sangka boleh jadi kenyataan sehingga budak itu terpaksa pergi bilik kesihatan disebabkan effect mulut masin mereka berdua.
Tapi kesian jugaklah dengan Ardina. Hmm.. kesian.
"Haura, kemas. Aku nak tengok Ardina."
Tanpa berlengah, Haura mengemas isi-isi kotak yang terburai tadi.
Dia pun mahu melihat keadaan Ardina tapi siapa nak tengok-tengokkan kawasan padang ini kalau tak ada orang nak pantau. Habis semua orang curi tulang nanti.
----
Okay sampai situ aja dulu.. otak saya tak mampu nak fikir lagi.. tahu bosan tapi baca lah..
Dan tinggalkan hint anda sekiranya awak masih mahu membaca cerita ini..
Hint :
-komen
-voteAnd buat lah apa-apa yng bolh buat saya tahu still ada orng yang nak baca cerita tak seberapa ini
YOU ARE READING
STAR HIGHSCHOOL - THE BEGINNING [C]
NouvellesSTAR HIGHSCHOOL.. Setiap kisah pasti ada permulaan di mana ia bermula. Seterusnya membawa kepada pertengahan sebuah cerita, iaitu detik-detik memegang satu sijil SPM yang menentukan satu hala tuju akan datang. Saat-saat terakhir dimana sudah berkerj...