seven

420 18 0
                                    

"Apa yang kau dah buat ini Rafiqi?!!." Bentak Daniel.

Dia betul-betul marah dengan tindakan Rafiqi yang membahayakan nyawa seorang gadis. Kalau lah masa dapat diputarkan kembali, dia akan membantah sekerasnya cadangan Rafiqi.

Tapi dia dah tak mampu nak buat apa-apa.

"Mana aku tahu dia boleh jadi macam itu. Bukan salah aku. Aku ingat dia hanya jatuh nangka busuk je." Lirih suara Rafiqi berkata.

Tipu lah kalau tiada langsung rasa serba salah. Tapi bukan niatnya untuk buatkan gadis itu cedera parah. Dia hanya mahu gadis itu jatuh tergelincir saja.

"Habis itu salah siapa?!!. Salah aku ke?!."

Daniel sakit hati. Dia marah. Dia kecewa. Tak disangka rakannya berhati busuk sampai macam itu. Apa lah yang nak dibuat dengan Rafiqi ini.

"Relax lah. Tak ada apa pun. Perempuan itu okay je."

Cepat-cepat Hakimi dan Naufal menahan badan Daniel dari terus melangkah ke arah Rafiqi.

Sebagai rakan, mereka sangat kecewa dengan tindakan Rafiqi, dan lagi kecewa apabila mereka juga bersubahat dengan Rafiqi untuk menjayakan rancangan balas dendam lelaki itu.

Ingatkan rancangan Rafiqi tidaklah seteruk mana tapi sangkaan mereka meleset. Lagi membuatkan mereka serba salah, sekarang gadis itu sedang terlantar di atas katil hospital.

Mereka berempat tidak mahu masuk ke sekolah juvana. Disana hanya tuhan sahaja tahu apa yang orang lain tak tahu. Sangat teruk.

"Aku kecewa dengan kau, Rafiqi. Kenapa kau buat semua ini?."

Lirih suara Daniel berkata. Dia tak sangka persetujuan nya bersubahat dengan Rafiqi akan memakan diri.

"Aku tak tahu. Aku nak buat dia tergelincir aja. Aku tak tahu pula masa itu dia nak turun tangga. Tolong lah percaya cakap aku, Daniel. Tolonglah."

Keluhan lemah dilepaskan. Wajah sayu Rafiqi itu membuatkan hatinya terusik. Tak akan lah dia mahu memutuskan hubungan rakan yang sudah terjalin lama disebabkan perempuan. Tapi Rafiqi perlu tahu yang tindakan dia itu hanya akan memakan diri.

"Aku nak tolong kau tapi susah. Susah sangat. Ayah dia orang kuat dekat sini."

Hakimi yang melihat wajah sayu Rafiqi mula melangkah ke arah Daniel.

"Daniel. Kau tahu kan akibat kalau kerja jahat Rafiqi sampai ke pengetahuan ayah dia?. Teruk dia kena nanti."

Daniel mendengus.

"Habis itu? Takkan lah nak biarkan Ardina macam itu saja?." Hakimi menepuk lembut bahu Daniel supaya bersabar.

"Tapi ini demi kebaikan kita semua. Kalau Rafiqi kena, kita pun kena tempias. Kita pun bersubahat dengan Rafiqi."

Hakimi cuba memujuk. Dia ada nama yang perlu dijaga. Dia akan lakukan apa sahaja supaya reputasi nya tak jatuh dan masa depannya hancur.

"Please, Daniel. Demi kebaikan kita."

Daniel semakin kusut. Tangan dibawa mencengkam rambut. Stress. Dia dilema untuk memilih pihak yang mana.

Dengan kuasa yang dia ada, dia mampu menumpaskan sebelah pihak dan menaikkan imej sebelah pihak lagi. Tapi..

------

Daniel mundar-mandir di hadapan sebuah bilik pejabat. Dia takut dan resah. Dia takut sekiranya keputusan ini akan menghancurkan hati banyak orang.

Tapi dia tiada pilihan. Macam mana kalau masa depannya juga hancur disebabkan hal ini? Dia tak mahu itu berlaku. Dia akan kena teruk kalau dia merosakkan satu nama.

Dengan penuh tekad, akhirnya Daniel mengetuk pintu bilik pejabat itu.

Tok!

Tok!

Tok!

"In." Tanpa menunggu masa, terus Daniel melangkah masuk selepas aja mendapat kebenaran.

"Pengetua." Panggil Daniel.

Pengetua terus meletakkan pen yang dipegangnya  mengangkat pandangan ke arah Daniel.

"Iya Daniel? Ada apa-apa yang boleh saya bantu kamu?."

Tarik nafas. Hembus. Tarik. Hembus.

Ingat Daniel. Ini demi kepentingan semua orang.

"Ini tentang kes yang berlaku malam tadi."

Melihatkan wajah serious Daniel, terus pengetua menumpukan sepenuh perhatian tentang apa yang akan dicakap oleh Daniel.

"Kenapa? Ada apa-apa yang kamu hendak bagitahu tentang kes itu?."

Daniel menunduk memandang lantai. Dia dalam dilema tapi dia perlu juga teruskan semua ini. Dia sudah sampai ke sini jadi dia tak boleh patah balik.

"Iya. Saya nak bincangkan tentang kes itu."

Pengetua bangun dari duduk nya menuju ke arah Daniel yang seperti dalam dilema, resah dan tak yakin.

"Boleh saya tahu apa dia?."

Bahu Daniel ditepuk lembut untuk menenangkan hati Daniel yang gundah.

"Saya nak gunakan kuasa saya."

Terus Daniel mengangkat kepala memandang pengetua. Pandangannya bersambung dengan pandangan tajam pengetua.

Pandangan pengetua itu seperti terselit seribu satu isi tersirat.

"Untuk kes ini?." Daniel mengangguk lemah.

"Nampaknya betul lah apa yang saya sangka, bukan?."

Daniel terus menggeleng. Dia tahu apa yang pengetua maksudkan.

"Bukan macam itu."

Pengetua menjongket sebelah kening. Tangannya disilang seraya dia duduk di birai meja.

"Apa yang bukan macam itu? Kamu tahu ke apa yang ada dalam fikiran saya?."

"Ya, saya tahu. Pengetua fikir saya yang buat semua itu. Tapi itu bukan saya, ianya orang lain."

Pengetua terus merenung wajah Daniel.

"Kamu tahu orang itu siapa bukan?. Jadi kamu ke sini untuk bantu dia?."

Daniel membalas renenungan pengetua. Dia tak terus menjawab, malah dia biarkan persoalan itu terus tak terjawab.

Dia yakin pengetua tahu apa yang dia tahu. Jadi tak perlu jawab pun.

"Macam mana kamu nak bantu dia?. Kamu tahu kan, masalah yang dia buat bukannya ringan."

Daniel mengeluh. Dia tahu itu.

"Sebab itu saya mahu gunakan kuasa saya."

"Sebagai apa?. Apa kuasa yang kamu ada?. Boleh saya tahu?."

Decitan halus terlepas di bibirnya. Kadang dia geram dengan sikap pengetua yang begini. Buat-buat tak tahu sedangkan dia tahu apa yang berlaku di sekolah itu.

--------

"Saya, Nik Daniel Izzrael Nik Saifuddin ingin menggunakan kuasa mutlak yang saya ada untuk membantah apa-apa tindakan yang akan dikenakan kepada Tengku Ikhwan Rafiqi Tengku Izwan."

--------




Saya sendiri tak tahu apa yang saya tulis ini!! Arghhh!!

STAR HIGHSCHOOL - THE BEGINNING [C]Where stories live. Discover now