nine

407 21 0
                                    

"Aku rasa serba salah. Aku nak minta maaf dekat Ardina."

Rafiqi meraup wajah kesal. Dia betul-betul kesal dengan apa yang sudah terjadi pada Ardina. Jika bukan disebabkan dia, mungkin Ardina tidak akan cedera parah.

Semuanya hanya disebabkan dendam yang bersarang di hatinya. Jika dia cuba kawal sikap pendendam ini mungkin dia tidak perlu rase begitu serba salah.

"Aku betul-betul rasa serba salah."

Rafiqi mengepal erat tangannya. Dia cuba membuang emosi yang semakin mengawal diri.

"Kenapa nak minta maaf, Rafiqi?."

Beberapa pasang mata terus memandang ke arah Daniel.

"Kau cakap apa ni Daniel? Dah tentu lah sebab Rafiqi rasa serba salah. Kalau bukan disebabkan dia, mungkin Ardina tak dimasukkan ke hospital."

Naufal cuba menjelaskan situasi kepada Daniel.

"Oh. Maksudnya kalau bukan sebab rasa bersalah, dia tak akan minta maaf?. Dan kalau Ardina tak masuk hospital, dia masih lagi nak berdendam dengan perkara kecil ini?."

Terdiam Rafiqi, Naufal dan Hakimi. Mereka terkelu mendengar bait kata Daniel.

Tapi apabila difikirkan balik, ada betul juga. Manusia, lepas dah buat kesalahan baru nak insaf.

Selagi hati tak puas, selagi itu diri dikuasi dendam. Kita hidup ini bukan mahu menjadi hamba emosi.

"A.. aku betul-betul menyesal. Aku betul-betul nak minta maaf dan betulkan semuanya."

Daniel mendengus. Dia melemparkan renungan tajam ke arah Rafiqi yang sedang menunduk.

"Cuba bagitahu aku macam mana kau nak betulkan balik keadaan? Tunjukkan dekat aku yang kau dah betul-betul menyesal?."

Rafiqi senyap. Dia tidak tahu nak cakap apa. Akal fikirannya seperti tidak berfungsi. Tiada satu ayat pun terlintas di kotak fikirannya.

Daniel berdecit geram.

"Kalau kau tak ada jawapan, tandanya kau tak ikhlas pun nak minta maaf."

"Tapi aku rasa serba salah."

Daniel mengepal penumpuk.

"Serba salah kau tak akan mampu nak baiki keadaan. Kau tetap dah menjadi punca dia terlantar dekat hospital dan.."

Daniel meraup wajahnya kesal.

"Dan kita orang bertiga dah bersubahat dengan kau. Aku tak sangka aku buat ini dekat Ardina. Aku dah tutup jenayah kau dan biarkan Ardina sengsara."

Daniel menunduk memandang tanah.

"Aku lagi sokong jenayah kau dari tolong Ardina yang aku kenal berbelas tahun lagi lama dari kau orang. Aku dah hancurkan Ardina. Dia tak dapat keadilan disebabkan aku."

"Aku selalu sakitkan dia tanpa aku sedar. Sedangkan Ardina lah yang jadi peneman aku waktu zaman dulu."

Daniel terus berpusing ingin berlalu dari situ. Semakin dia berlama, semakin dia dikuasai emosi.

"Aku rasa kau boleh simpan rasa serba salah kau, Rafiqi. Ardina dah tak ada dekat sini. Dia dengan kawan-kawan dia dah pindah sekolah."

Daniel terus melangkah pergi selepas itu.

Rafiqi jatuh terduduk. Rasa sesal dan serba salah semakin bermaharaja di hati.

'Ardina, aku minta maaf. Kalau lah aku dapat kawal emosi aku, pasti kau tak akan masuk hospital kan.'










-----











"Awak semua pasti dengan keputusan ini?."

Dayana, Fiqah dan Haura menjatuhkan kepala beberapa kali.

"Nak patah balik?."

"Tak akan!."

Untuk kali ini, mereka betul-betul pasti dengan keputusan mereka. Mereka dah tak boleh berundur. Walau perit mana sekalipun, mereka tetap perlu teguhkan dan kentalkan hati untuk melepasi ujian yang mendatang.

Kerna, perjuangan mereka bertiga baru saja bermula. Ardina sebagai penguat semangat mereka bertiga.

Hilangnya Ardina, hancur lah mereka. Tapi demi Ardina mereka sanggup cekalkan hati.

'Ardina, mungkin kita bukan sahabat setia bersama. Tapi kita tetap selalu ada. Di hati dan di jiwa.'

'Kau bukan yang selalu ada tapi kau lah pengisi kekosongan hati kami. Kau akan tetap selalu bermain di fikiran aku.'

'Kita cinta selamanya. Kita sayang selamanya. Bahagia itu selalu ada untuk kau, Ardina. Semoga Allah pertemukan kita di hari yang cukup bermakna.'



------

Ok bye. Pendek aja

STAR HIGHSCHOOL - THE BEGINNING [C]Where stories live. Discover now