Prolog

676 35 2
                                    

Semua orang yang berada di dalam masjid itu berpandangan sesama sendiri. Datin Rashidah sudah mula gusar. Tangannya sudah mula menggigil. Peluh dingin sudah mula membasahi dahi.

"Aunty, bawa bertenang ya. Kita tunggu jawapan dari Fathi dan Ziyaad." Iman Danya menenangkan ibu kepada sahabat karibnya itu.

Sejujurnya dia sendiri berasa tidak sedap hati. Dia tidak dapat membaca apa yang berada di dalam kotak fikiran sahabatnya itu.

"Macam mana aunty nak tenang Iman. Sekarang ni bukannya sebulan dua bulan nak nikah, sekarang ni kita dah kat masjid tau, tinggal tunggu akad nikah je. Ya Allah, Iman malu aunty macam ni." Akhirnya air mata Datin Rashidah gugur juga.

"Fathi, awak buat apa ni? Tok kadi dah tunggu kita kat dalam tu." Ziyaad Adwan cuba mencari jawapan daripada insan yang bakal dijadikan permaisuri hatinya itu.

"Aku tak nak kahwin dengan kau." Ujar Nur Fathi Syafwah tenang.

Riak wajahnya langsung tiada menunjukkan apa-apa riaksi. Sungguh tenang.

"What? Sayang, apa awak cakap ni?" Ziyaad memegang bahu Fathi.

Dia langsung tidak dapat mencerna apakah drama atau prank yang dibuat oleh gadis yang berada dihadapannya ini.

"Sorry, sebenarnya aku saja je nak balas dendam kat kau. Pernikahan ni takkan terjadi. Kau bagitahu je semua orang yang tengah tunggu 'kita' kat dalam tu, aku dah ada lelaki lain. Thanks, Assalamualaikumm." Genggaman Ziyaad di bahunya segera dileraikan lalu Fathi terus melangkah pergi meninggalkan Ziyaad.

Segaris senyuman terukir di bibir Fathi. Dia puas! Puas kerana dendamnya yang disimpan selama 15 tahun kini terbalas juga.

Sadis, sangat sadis. Seorang arkitek terkenal Ziyaad Adwan telah ditinggalkan semasa hari pernikahannya. Ya, itulah yang Fathi harapkan akan menjadi sebuah tajuk besar di hadapan surat khabar, majalah atau di laman sesawang.

"Kau buat aku lima aku bagi kau 10. Heh." Fathi tersenyum sinis.

Pintu kereta Mazda CX-3 berwarna merah dibukanya lalu dia terus menerobos masuk ke dalam perut kereta itu. Enjin dihidupkan lalu perhawa dingin dibuka dengan kuat sekali.

"Panas betul hari ni kan?" Ujar Fathi sendirian.

Keretanya dipandu terus keluar dari perkarangan masjid.

****

"Hello Assalamualaikumm." Kedengaran suara lemah Ziyaad di hujung talian.

Jika hendak diiukutkan hati dia lamgsung tidak mahu menjawab satu pun panggilan telefon buat masa ini.

"Hello brother in law. What's up?" Girang suara Hirzi.

Dia sememangnya tidak tahu apa yang telah menimpa sahabatnya itu.

Ziyaad hanya diam tidak menjawab.

"Bro? Asal? Kau marah aku ke tak datang majlis nikah kau? Sorry, last minute ada hal semalam. Ni aku dah kat airport. Jap lagi boarding. So don't worry, I'll make sure majlis esok aku ada on time!" Ujar Hirzi cuba memujuk sahabatnya itu.

Ziyaad masih mendiamkan diri.

"Weh come on! Majlis adik aku kot. Aku tak main-main. Esok aku sampailah. Berapa jam je dari Melbourne ni ke Malaysia." Sambung Hirzi lagi.

Tidak betah rasanya apabila Ziyaad hanya mendiamkan diri. Dia hilang punca. Tidak tahu apakah ketiadaan dirinya di saat-saat yang penting dalam hidup sahabatnya itu begitu membuatkan Ziyaad tersinggung?

"Aku tak kahwin dengan adik kau pun Zi." Akhirnya Ziyaad bersuara dengan sangat lemah.

Dia menghela nafas berat. Sungguh dia benci dengan insan yang berada di hujung talian itu.

"Wait, what? Are you kidding me?"

"It's reality bro and you know what. This is all because of you!" Tiba-tiba suara Ziyaad kedengaran agak meninggi.

"Apa kau cakap ni Ziyaad? Aku tak faham." Hirzi bingung.

Tiada angin tiada ribut tiba-tiba dirinya dipersalahkan.

"Kalau 15 tahun dulu kau dengar nasihat aku. Semua ni takkan terjadi. Kalau 15 tahun dulu aku ikut kata hati aku, Fathi dah jadi isteri aku sekarang ni."

"Ziyaad, aku rasa kita kena berbincang ni. Tunggu aku sampai Malaysia. Aku nak tahu cerita sebenar dari kau. A to Z!" Hirzi mula cemas kerana tidak menyangka perkara 15 tahun lalu menjadi penyebab sejarah hitam dalam hidup sahabatnya.

"Takda benda nak bincang bro. Kau pun tahukan cerita 15 tahun lepas tu. So aku rasa kau dah boleh agak apa yang dah jadi. Yang penting kau kena tahu aku tak jadi kahwin dengan adik tirinya kau dan semuanya berpunca daripada kau. Assalamualaikumm." Talian dimatikan.

Air mata mula bergenang di tubir mata. Begitu berat ujian yang diberikan kepadanya kali ini.

"Fathi, kenapa awak tak boleh nak lupakan semua cerita lama tu?" Ujar Ziyaad lemah.

Jika Kau JodohkuWhere stories live. Discover now