Bab 6

220 17 1
                                    

"I ni menyusahkan you je kan Ziyaad." Tiba-tiba Syifa bersuara setelah lama mendiamkan diri di dalam kereta.

"Eh, you cakap apa ni? Apa yang menyusahkannya?" Ziyaad kehairanan.

"Iyalah, I kacau weekend you. I minta maaf sangat-sangat, awalnya tadi I nak pergi dengan ibu. Tapi last minit dia cakap dia sakit perut pula. I boleh je pergi sendiri tapi ibu tu beriya minta you temankan I." Ujar Syifa panjang lebar.

"It's OK Cipa. Lagipun I tak ada buat apa-apa kat rumah. Ni you ajak pergi pasar malam bolehlah I cari makanan sikit." Ziyaas cuba menghilangkan rasa serba salah Syifa.

Sejujurnya dia sedikitpun tidak terbeban untuk membantu wanita itu kerana dia telah berjanji kepada arwah Zaman dahulu untuk menjaga keluarganya selepas kematian Zaman.

"Er, thanks sangat-sangat Ziyaad. Eh, by the way kat pasar malam tu ada orang jual kuih cara berlauk sedap tau. Nanti I bawa you pergi situ." Syifa memancing topik perbualan.

"Yeke? Cantik! Ni yang lagi bersemangat I nak pergi sana ni." Ziyaad mengukir senyuman riang.

Pantang saja sebut pasal kuih kegemarannya itu, terus saja jadi bersemangat.

*****

"Ziyaad, are you sure nak beli banyak ni?" Syifa seakan-akan tidak percaya melihat kuantiti kuih cara yang mahu dibeli Ziyaad.

"Very sure lah sis. I lapar ni tahu?"

"Kak berapa?"

"Lapan ringgit dik."

Cepat-cepat Syifa menghulurkan sekeping not lima ringgit dan tiga keping not seringgit.

"Eh, eh! Cipa apa pula ni?" Ziyaad sedikir terkejut.

"Ni upah untuk you sebab teman I." Balas Syifa.

"Haih you ni Cipa. I teman you ni ikhlas tau. Nanti apa pula orang kata perempuan keluarkan duit untuk lelaki. Jatuhlah saham I." Ujar Ziyaad sambil memandang kiri dan kanan.

"Ala, tak jatuhnya lah saham you tu. Muka hensem macam ni, laku lagi. Hahha." Syifa mengusik.

"Dah jomlah kita cari makanan lain. Kejap lagi I nak cari ikan dengan sayur sikit."

"OK." Balas Ziyaad pendek.

Baru saja dia hendak melangkah ke gerai yang lain tiba-tiba dia terpandang seorang perempuan sedang terjerit-jerit memanggil kawannya.

"Ish, ish. Apalah perempuan sekarang ni. Susah dah nak cari yang lemah-lembut." Monolog Ziyaad sendirian sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Ziyaad." Tegur Syifa.

"Ah, ya?" Balas Ziyaad sedikit terkejut.

"Yang you tergeleng-geleng ni kenapa? I lagi tadi duk cakap sorang-sorang rupanya tau." Omel Syifa.

"Er, sorry." Balas Ziyaad pendek.

"Em, cepatlah you nak cari apa lagi?" Ziyaad cepat-cepat menukar topik.

"Hah, I nak cari laksam. Ibu kirim." Balas Syifa sambil matanya meliar mencari gerai yang menjual laksam kegemaran ibunya itu. Selalunya ada tidak jauh dari gerai kuih tetapi hari ini tidak ada pula.

"Oh, OK. Jom kita cari." Ziyaad terus menyambung langkahnya manakala Syifa membontotinya.

*****

"Haa tu mama dah balik." Aunty Salina kelihatan teruja melihat Ziyaad menghantar anaknya seakan-akan melihat anaknya bahagia sekali.

"Yeay mama da alik!" Ikmal terus meluru laju menuju ke arah Syifa.

Benda pertama yang dia tuju sebenarnya bukannya Syifa tetapi plastik beg yang dijinjjt okeh Syifa.

Jika Kau JodohkuWhere stories live. Discover now