Part 8

192 12 2
                                    

Ziyaad menghantar Fathi pergi dengan pandangan yang suram. Dia kaku.

"Pehh! Macam nilah kawan aku!" Hirzi menerjah.

Hirzi telah menghendap Ziyaad dan Fathi sedari awal lagi di balik meja-meja lama di situ. Kini di yakin akan kesetiaan Ziyaad.

Ziyaad hanya memberikan senyum sumbing kepada Hirzi. Hatinya benar-benar tidak bahagia! Apakan daya diluah mati emak ditelan mati bapak.

"Weh, jom aku belanja kau makan. Kau nak makan apa cakap je aku belanja." Hirzi kelihatan benar-benar gembira. Dia memaut bahu Ziyaad erat.

Ziyaad menolak lembut, "Aku ada banyak kerja sekolah tak siap lagi Izi. Esok jela kita lepak makan." Ujar Ziyaad lalu terus meninggalkan Hirzi.

"Ek, kerja sekolah yang mana kau tak siap lagi ni? Bukan ke kita dah buat sama-sama semuanya?" Ujar Hirzi separa menjerit sambil belari-lari anak mengejar Ziyaad.

"Adalah, kau dah siap. Aku je belum." Nada Ziyaad mendatar. Kedengaran benar-benar tidak bersemangat seperti selalu.

"Hah, OK. Esoklah kalau macam tu aku belanja kau." Hirzi akur.

"Emm." Balas Ziyaad.

*****

Ziyaad termenung panjang, fail-fail yang menimbun di hadapannya langsung tidak dihirau. Fikirannya jauh melayang ke perkara yang lepas. Dia mengeluh berat.

"Kenapa susah sangat aku nak lupakan kau ni Fathi!" Ziyaad meraut rambutnya kasar.

"Apa lagi yang aku kena buat untuk dapatkan kemaafan kau Fathi?"

Tuk! Tuk!

"Kenapa semua ni jadi pada aku?" Pelbagai soalan bermain dimindanya.

Tuk! Tuk!

"Er, En. Ziyaad?" Ika menguak sedikit pintu bilik Ziyaad dan menjengah ke dalam.

Tiada sahutan.

"Ehem, En Ziyaad!" Ika menguatkan sedikit nada suaranya.

"Eee, berangan ke? Tapi muka teda sinyum. Hmm." Monolog Ika sendirian.

"En Ziyaad ohh En Ziyaad!" Ika memanggil lagi dan disusuli dengan ketukan pintu bilik.

"Haih ni nak kena aku ketuk sampai ke meja ke?" Bisik Ika.

Tuk! Tuk! Ika mengetuk meja Ziyaad.

"Eh, ehem!" Ziyaad menoleh Ika sedikit terkejut.

Berkerut dahinya.

"Awak buat apa kat sini?" Soal Ziyaad kehairanan.

"Saya buat apa kat sini? Ni haa nak bagi dokumen ni. Sign kat sini." Ika terus menghulurkan dokumen yang berada dintangannya.

"Oh, sampai ke meja saya awak ketuk Ika. Perli saya ke?" Ziyaad bergurau sambil tangannya ligat mengambil pen dan terus menyemak dokumen yang perlu ditandatangani itu.

"OK, dah. Em ada apa-apa lagi?" Ziyaad mahu memastikan segala-galanya beres.

"Ada, reminder yang Encik Ziyaad suruh saya buat. Pukul 5 petang ni Encik Ziyaad ada temujanji dengan wakil dari company Jaya Berhad dekat mana tu Encik Ziyaad tak cakap." Ujar Ika sambil matanya tekun membaca apa yang ditulis didalam buku catatannya.

"OK cancel it for me. Tell them I've got an emergency call. So call them tanya boleh tak tunda esok?"

"Oh, baiklah Encik Ziyaad! Nanti saya akan maklumkann kepada mereka. Ada apa-apa lagi Encik Ziyaad?"

Jika Kau JodohkuWhere stories live. Discover now