Bab 4

252 24 1
                                    

Fathi duduk termenung memandang kereta kesayangannya.

"Apalah nasib kau, aku yang buat masalah kau pula yanh jadi mangsa." Fathi mengeluh.

Calar-balar keretanya dibuat oleh orang yang memprotes tindakannya meninggalkan Ziyaad sewaktu majlis pernikahannya.

Sekarang musim viral. Pantanh ada cerita panas sikit, cepat saja menular di media sosial. Pelbagai tomahan diberikan netizen kepada dirinya.

Belum cukup dengan itu, surat layang, pesanan ringkas dan juga panggilan telefon daripada orang yang tidak dikenalinya juga tidak terkira. Semuanya, dia dapat berbaur dengan tomahan.

"Kau kuat Fathi. Ni yang kau nak. Jadi kau kena hadap." Fathi memberikan dirinya semangat.

Dia bingkas bangun dan memasuki keretanya. Mahu ke mana? Apa lagi ke bengkellah.

*****

Kereta diparkir betul-betul di hadapan sebuah bengkel berdekatan dengan tempat kerjanya.

"Amoi, ada apa boleh saya bantu?" Seorang lelaki berbangsa Cina menyapa Fathi.

"Itu kereta you nampak tak calar-balar? I nak you polish." Ujar Fathi sambil menunjukkan garisan-garisan calar di badan keretanya.

"Aiyo amoi, ini bengkel baiki kerosakan keretalah amoi. Lu salah tempat ni." Lelaki Cina itu menepuk dahinya.

"Aik, kereta calar bukan rosak ka?"

"Amoi you nampak itu car wash kat seberang jalan tu? You pergi situ. Situ you boleh kasi polish kereta you."

"Oh, car wash ya? Saya ingat sini boleh buat." Fathi sudah mula tersipu malu.

"Ada apa ni Alex? Amoi ni nak apa?" Tiba-tiba seorang lelaki menyampuk.

"Amoi ni dia mau polish kereta."

"Oh, takpa-takpa saya boleh tolong kasi settle." Ujar lelaki itu.

"Eh, tak apa encik. Itu Alex dah tunjuk I kat mana nak polish kereta." Ujar Fathi tidak mahu menyusahkan orang lain.

"Oh, kalau macam tu OK lah. Em, teruk jugak calar kereta you. Nampak macam kena khianat je." Lelaki itu meninjau-ninjau keadaan kereta Fathi.

Fathi mula tidak selesa. Dia kalau boleh tidak mahu bercerita tentang masalah itu.

"Er, entahlah encik. Tak apalah I pergi dulu. Terima kasih ya." Fathi segera ingin beredar dari situ.

"Eh, wait! Btw my name's Aidan. This is my name card. I ada company Interior design. So kalau you nak design rumah you or kawan-kawan you ke just call me. Tapi kalau bukan pasal design rumah pun you still boleh cari I." Aidan menghulurkan kad namanya kepada gadis di hadapannya itu.

"Er, thanks. I pergi dulu ya." Fathi menyambut huluran kad nama yang diberikan Aidan.

"Er, yours?"

"Oh, ya. Sorry name card I habis. I Fathi." Tipu Fathi, padahal berlambak lagi kad namanya di dalam handbag.

"Oh, it's OK. Hope we will bump into each other again." Aidan mengukir senyuman.

"Encik Aidan?" Ziyaad menegur.

"Eh, Encik Ziyaad? Aidan menghulukan salam.

"Kereta rosak ke?" Ziyaad berbahasa basi.

"Ah, yup! Ntah kenapa meragam pula dia tadi. You buat apa kat sini?"

"I nak pergi kedai sebelah ni. Masa tengah parkir tadi I nampak you. Ingat kereta isteri you yang rosak." Ziyaad memancing.

Jika Kau JodohkuWhere stories live. Discover now