Bab 5

255 13 1
                                    

"Ziyaad, air." Syifa menghulurkan secawan air teh kepada Ziyaad.

Kunjungan lelaki itu kali ini agak berlainan. Selalunya, senyuman tidak lekang di bibirnya, tetapi kali ni tidak lagi, seakan-seakan dibebani dengan beribu tekanan.

"Thanks, susahkan you je Cipa." Ziyaad menyambut huluran cawan itu.

"You tak pernah susahkan I Ziyaad. Dulu you banyak tolong I. Masa ni lah I nak balas budi you." Ujar Syifa ikhlas dan segaris senyuman diberikan.

Sepohon pokok bucida dijadikan tempat mereka berteduh. Sebuah bangku kayu tua masih gagah berkhidmat di situ.

"Cantik laman rumah you Cipa. Pandai arwah Zaman deco laman ni." Puji Ziyaad.

Terasa segala bebanannya hilang setiap kali dia berkunjung ke rumah tersebut. Sentuhan dekorasi yang begitu menenangkan membuatkan Ziyaad lebih memilih tempat itu  untuk menenangkan fikirannya. Sebuah kolam kecil juga terdapat di penjuru laman dihiasi dengan keladi bunting dan juga beberapa ekor ikan koi.

"Ni je lah kenangan yang tinggal untuk kami Ziyaad. Kekuatan untuk kami anak beranak." Air mata Syifa mula bergenangan.

Setiap kali topik mengenai arwah suaminya terbit pasti dia tidak boleh menahan air matanya dari peneman pipinya.

"Cipa, I'm sorry. I tak bermaksud.." Ziyaad terasa serba salah kerana telah membuatkan wanita itu kesedihan.

"It's OK Ziyaad. I ni je yang cengeng." Syifa cepat-cepat menyeka air matanya.

"By the way, cepatlah."

"Cepat apa?"

"Cepatlah cerita. I ni bukan kenal you sebulan dua tau Ziyaad. I tahu sangat you kalau datang sini dengan muka macam tu, confirm ada masalah."

"I memang tak boleh sorok apa-apa dari you kan Cipa. Hmm." Ziyaad mengeluh kecil.

Berat rasanya dia mahu meluahkan apa yang terbuku di hatinya.

"You tahukan sebab apa Fathi batalkan pernikahan I dengan dia tempoh hari?" Ziyaad mula membuka cerita.

"Yep, I tahu."

"Then apa pendapat you?"

"Pendapat I? You nak I cakap I setuju atau tak ke dengan tindakan Fathi tu?"

"Ya, lepastu baru I cerita apa yang sepatutnya." Ziyaad beriak serius.

"Pada I, apa yang dia buat tu tak patut. Yelah, tu kan cerita lama lagipun masing-masingkan dah besar and you pun dah minta maaf pasal tu. Apa yang dia buat ni lagi teruk tau dari apa yang you pernah buat kat dia dulu tu." Syifa melahirkan pendapatnya tanpa berselindung.

Padanya, sebagai seorang perempuan Fathi harus bijak membezakan yang mana buruk dan yang mana baik. Hal ini melibatkan maruah dua keluarga. Jika dahulu, dia dikecewakan hanyalah atas dasar cinta monyet sewaktu zaman persekolahan tetapi sekarang semuanya sudah berubah. Sepatutnya, Fathi harus lebih matang.

"Eh, kejap. Ziyaad you cakap you dah mintak maaf kat dia kan?" Syifa menyoal Ziyaad dengan serius.

"Soalan jenis apalah you ni Syifa. Yelahh sudah. Kalau tak macam mana I dengan dia boleh bercinta? Hahaha." Geli hati Ziyaad tiba-tiba mendengar soalan tak masuk akal Syifa.

"You minta maaf je?" Syifa masih serius.

Ziyaad mula menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. Dia tidak dapat mencerna apa yang difikirkan wanita itu.

"Hah, yelah. Habistu you nak I buat apa Cipa?" Jawab Ziyaad kehairanan.

"You dah cerita semuanya kat dia???" Soal Syifa lagi.

Jika Kau JodohkuWhere stories live. Discover now