Part 9

247 11 2
                                    

Fathi berjalan laju menuju ke basement dan diikuti Luqman. Tiba-tiba Fathi berhenti.

Luqman juga turut berhenti secara drastik.
"Uish, nasib baik tak langgar tadi!" Ujar Luqman sambil mengurut-urut dadanya. Dia berkerut melihat air muka Fathi yang seperti singa tengah lapar itu.

"Kenapa ni?" Tanya Luqman.

Fathi menarik nafas panjang. Dia mengah kerana berjalan selaju itu.
"Lain kali jangan cuba-cuba nak jadi hero."

"Hero?" Luqman hairan. Tidak dapat mencerna apa maksud wanita di hadapannya itu.

"Tak payah nak konon selamatkan saya. Penyataan awak tu memburukkan lagi keadaan tahu? Awak tak tahu masalah saya jangan nak acah-acah tolong saya! Faham?" Ujar Fathi kegeraman.

"Wait, what?" Luqman kehilangan kata-kata.

"Dah, lepas ni saya anggap saya tak kenal awak. Saya malas nak ada masalah baru." Fathi terus meninggalkan Luqman di situ.

Dia bimbang jika dilayankan apa Luqman perkatakan itu, hal akan menjadi semakin rumit. Silap-silap mereka kena berlakon pula menjadi sepasang kekasih dan silap-silap terpaksa berlakon kahwin pula! Oh, tidak!

"Fathi! Tunggu!" Luqman separa menjerit. Dia berlari anak mengejar Fathi. Dan terus mencengkam bahu Fathi dengan kuat.

"Eh, apa ni? Sakitlah Luqman!" Fathi meronta minta dilepaskan.

"Okay, sorry." Luqman melongarkan cengkamannya di bahu Fathi.

"Kenapa dengan awak ni? Okay saya minta maaf pasal tadi. Saya tak berniat nak buat keadaan jadi semakin buruk. Niat saya baik." Sambung Luqman.

"Saya faham. Tapi jalan mudahnya lebih baik awak dengan saya tak payah berkawan lagi. Saya tak nak hal macam ini jadi lagi." Fathi menepis perlahan tangan yang memegang bahunya itu.

"Saya tak faham. Kenapa perlu macam ni? Sedangkan semua berpunca daripada awak! Saya hanya nak tolong awak je. Cuma cara saya je yang tak kena. I'm really really sorry Fathi." Luqman masih lagi berusaha untuk tidak merosakkan apa yang telah dia rancang.

"Okay pasal tu saya minta maaf sebab tak pasal-pasal saya drag awak sekali dalam masalah saya. Saya kenal Ziyaad, dia takkan mudah-mudah percaya yang saya dah ada pengganti, tapi cukuplah tadi untuk buat dia berhenti menempel kat situ. Tapi awak pula memandai-mandai tambah perisa. Dah lah saya tak nak tambah masalah lagi. Saya taknak ni kita terpaksa berlakon pula jadi sepasang kekasih. That's not a good idea ever! I swear!"

"Saya tak ada masalah pun pasal tu. Kalau kena berlakon kahwin dengan awak pun saya tak ada masalah." Muncul segaris senyuman di bibir Luqman.

"What? Awak dah kenapa? Gila dah ke? Saya dah banyak masalah. Lagi nak tambah masalah? No!" Fathi bengang. Dia terus berjalan menuju ke keretanya. Troli yang berat itu seperti ringan ditolak Fathi laju.

Luqman masih mengejar. Dia tidak berputus asa untuk memujuk Fathi. Peluh sudah mula membasahi dahinya.

"Fathi, tunggu!" Panggil Luqman.

Fathi berhenti mengejut. Dia menghela nafas berat. Tanpa memandang Luqman dia bersuara. "Luqman please. Saya penat. Jangan ganggu saya lagi." Tiba-tiba dia merasakan sesuata yang aneh pada Luqman.

Luqman terus berlari menghalangi jalan Fathi. "Fathi please. Saya nak kawan dengan awak. Jangan buat saya macam ni!" Luqman merayu sambil mendeketi Fathi perlahan-lahan.

"A awak buat apa ni Luqman?" Fathi mula tidak sedap hati dia mula menapak ke belakang sedikit demi sedikit.

Luqman semakin mendekati Fathi. Dia mencengkam pergelangan tangan Fathi lalu menariknya menuju ke tepi kereta.

Jika Kau JodohkuWhere stories live. Discover now