Part 10

182 5 3
                                    

Ziyaad membuka mata perlahan. Cahaya yang masuk menerpa cornea matanya begitu menyilaukan. Dia menutup kembali matanya seketika.

"Ziyaad?" Kedengaran suara seorang wanita menyapanya.

"Ziyaad, Alhamdulillah. You dah sedar."

Ziyaad membuka matanya dan perlahan-lahan menoleh ke arah suara itu. Dahinya berkerut.

"Cipa?" Ziyaad sedikit terkejut melihat wanita itu berada di sisinya.

"Ya? Ziyaad I lega sangat you dah sedar. Risau I tau PA you kata you pengsan. Patutlah mesej I you tak reply."

"I kat mana ni?" Soal Ziyaad masih dalam kebingungan.

"Hospital. Lepas PA you bagi tahu you pengsan. I terus datang sini jenguk you. Risau I." Bergenang air mata di tubir matanya Syifa.

"Thanks Cipa. Sorry susahkan you pulak."

"Welcome. Ala apa yang susahnya bukan I pun yang kena angkat you datang hospital. Hehehe." Tawa Syifa memecah hening.

Ziyaad juga tergelak kecil.

"Emm Ziyaad. Boleh I tanya sikit?" Ujar Syifa sedikit teragak-agar.

"Tanyalah. Sejak bila you nak tanya pun kena mintak izin I ni?" Usik Ziyaad. Dia cuba bangun dan bersandar di kepala katil.

Syifa ingin membantu tetapi ditegahnya.

"Em, you jadi macam ni sebab Fathi ke?" Berat untuk ditanya tetapi dia risaukan keadaan lelaki itu.

Ziyaad membisu seribu bahasa. Dia mengeluh berat. Dia tidak mahu Syifa masuk campur dalam urusan peribadinya.

"Er, kalau you tak nak jawab tak apa. I cuma risau tengok keadaan you macam ni."

"Cipa. Pleaseeee."

"Okay-okay I takkan tanya apa-apa lagi pasal ni." Syifa terpaksa mengalah. Dia tidak mahu merosakkan apa yang telah dia bina. Dia juga tidak mahu dicap oleh Ziyaad seperti makcik-makcik bawang yang suka menjaga hal dalam kain orang lain. Reputasinya harus dijaga!

"Eh, uncle dah angun? Lamanya uncle sleep!"

Aunty Salina yang mendukung Ikmal menurunkannya. Terus Ikmal berlari menuju ke katil Ziyaad.

"Eh, Ikmal! Alaa sorry uncle penat sangat tu yang tertidur lama. Ikmal dah makan?" Ziyaad mengangkat Ikmal untuk duduk di sisinya.

"Dah adi engan tokma." Jawab Ikmal dengan bersemangat.

"Alaa kenapa tak tunggu uncle. Uncle lapar tau!" Ziyaad berpura-pura sedih.

"Cowi uncle adi Imal unggu uncle lama angat! Imal lapar Imal akan luu." Ikmal sudah mula rasa serba salah. Air mata sudah bergenang di tubir matanya.

"Eh, eh! Alaaa janganlah nangis. Uncle gurau jelaaa comel. Tak tak! Uncle tak lapar. Dah, jangan nangis!" Ziyaad cepat-cepat memujuk si kecil itu. Cuak juga dia apabila air mata Ikmal sudah bergenangan.

Syifa dan Aunty Salina hanya tergelak kecil melihat gelagat Ziyaad dan Ikmal.

Syifa bahagia melihat anaknya bergurau senda dengan Ziyaad. Dia berharap agar ia kekal sampai bila-bila bergini.

*****

"Ibu, Cipa mengaku Cipa suka dia and dah mula sayangkan dia. Cipa rasa Imal pun selesa dengan dia. Tapi Cipa ni janda ibu. Dia tu bujang tak padan langsung dengan dia." Ujar Syifa.

Wajahnya sugul. Dia cintakan Ziyaad. Dia yakin itu. Tetapi mahukah Ziyaad membalas cintanya? Dia sedar diri akan status dirinya yang sudah bergelar janda itu malah sudah mempunyai seorang anak pun.

Jika Kau JodohkuWhere stories live. Discover now