Bab 7

206 12 1
                                    

Wajah sugul Fathi ditenung Aliyaa. Sejak akhir-akhir ini Fathi kerap mengelamun dan air mukanya sentiasa keruh. Entah apalagi yang menimpa temannya itu.

"You OK tak ni Ati?" Aliyaa menyoal sambil tangannya lincah mencedok lauk.

Hari ini mereka makan di kafe fakulti. Mood Fathi tidak berapa baik. Jadi untuk dia dan Aliyaa mahu makan di tempat-tempat lain memang mimpi.

"OK." Jawab Fathi pendek. Pinggannya masih lagi kosong tanpa nasi mahupun lauk.

"OK apanya. Tu nak makan ke tak tu?" Aliyaa memuncungkan bibirnya ke arah pinggan Fathi yang masih lagi kosong.

"Er, you makan sorang hari ni boleh tak Liyaa?I sakit kepalalah. I balik office dulu." Fathi meletakkan kembali pinggan ke tempat asalnya.

"Boleh je. Tak apalah Ati, I tengok you pun lesu semacam je. Pergilah rehat. Nanti I tapaukan you nasi OK." Ujar Aliyaa.

"Sorry tau." Ujar Fathi serba salah lalu dia terus beredar dari situ.

Sejak kebelakangan ini seleranya seakan-akan mati. Hatinya begitu galau memikirkan lelaki yang bernama Ziyaad Adwan itu. Mulut kata benci tetapi hati berkata sebaliknya. Aduhai!

"Janganlah begini lama-lama cik hati. Nanti aku yang merana." Bisik hatinya.

Sedang asyik Fathi berjalan menuju ke biliknya tiba-tiba kakinya tersadung pada anak tangga.

Buk!

"Aduhhh, sakitnya!" Fathi menangadu kesakitan sambil mengurut-urut kakinya.

Matanya pula meliar memandang kiri dan kanan. Terdapat beberapa orang pelajar telah menyaksikan kejadian yang memalukan itu.

"Malunyaaa akuuuu!" Fathi merintih di dalam hati. Manalah dia hendak letak mukanya selepas ini. Terasa mahu saja diletakkan dalam beg tangannya. Malu tujuh keturunan tak hilang!

Tiba-tiba dia merasakan ada tangan cuba memaut lengannya. Cepat-cepat Fathi menoleh.

"Eh, tak apa tak apa. Saya boleh bangun sendiri. Sikit je ni." Ujar Fathi. Malu masih berbekas di dalam hatinya.

"Are you sure Dr.?" Soal Luqman prihatin. Bukan niatnya mahu sembarangan menyentuh perempuan tetapi boleh dikatakan kes ini untuk menolong oranglah kan.

"Yes, yes. Ssuree!" Tergagap-gagap Fathi membalas kerana menahan sakit kakinya.

Perlahan-lahan Fathi berdiri. Terkejip-kejip matanya menahan sakit. Sudahlah sakit ditambah pula malu. Apalah nasib.

"Boleh jalan?" Luqman bertanya.

"Bboleh, don't worry. Kaki saya OK lagi ni. Tak perlu tolong." Fathi menolak pertolongan yang ingin diberikan lelaki itu.

"Takkanlah nak papah aku kot. Kau tu lelaki!" Monolog Fathi.

"Kalau macam tu OK lah. Hati-hati ya lain kali. Oh by the way, saya Luqman. Student phd ekonomi." Luqman menghulurkan tangannya untuk bersalam.

"Hello, aku bertudung kot! Tak nampak ke? Haram! Haram!" Marah Fathi di dalam hatinya.

"Er, sorry." Luqman menarik semula tangannya sambil tersengih sumbing. "Dr. Ati kan?" Dia menyambung lagi.

"Ah, ya saya. Kenal eh?" Kembang-kempis hidung Fathi, terasa dirinya glamour pula kerana pelajar kos lain pun mengenali dirinya.

"Mana tak kenal, isu panas Dr. tu satu universiti tahu." Lancar saja Luqman membalas.

Tiba-tiba dia terus menutup mulutnya. Baru dia sedar ketelanjuran kata-katanya.

"Er, sorry Dr." Ujar Luqman meminta maaf.

Jika Kau JodohkuWhere stories live. Discover now