Bab 1

400 25 1
                                    

Nur Fathi Syafwah, seoarang pensyarah muda yang berumur 27 tahun di sebuah universiti terkenal di tanah air. Berita hangat tentang pembatalan pernikahannya telah menjadi topik hangat dari mulut ke mulut warga di universiti itu. Dalam masa tiga hari saja nama Dr. Fathi atau lebih dikenali dengan Dr. Ati ini menjadi terkenal di seluruh kampus.

Banyak mulut-mulut makcik bawang yang mencemuh tindakan Fathi yang meninggalkan Ziyaad di majlis pernikah mereka. Namun, semua itu langsung tidak berbekas di dalam hati atau fikiran Fathi.

"Ati, saya harap cerita panas tentang awak ni dapat awak selesaikan dalam tempoh segera. Saya bimbang isu ini akan merosakkan nama baik jabatan kita." Ujar Prof. Awang.

Sudah beberapa hari hatinya tidak tenang akibat penularan berita panas tentang salah seorang penayarah di bawah jabatannya. Perkara sebegini sangat merisaukan hatinya kerana ia akan merosakkan imej jabatannya.

"Jangan risau Prof. saya akan selesaikan masalah ini secepatkan mungkin. Biasanya mulut manusia ni kalau dah penat lama-lama berhentilah tu." Jawab Fathi tenang.

Dia sudah menyangkakan perkara sebegini akan terjadi. Mentalnya sudah bersedia dengan segala kemungkinan.

"Ya, saya tahu itu. Tetapi tolong Ati saya tahu awak seorang pensyarah yang berkredibiliti tinggi. Jadi saya harap perkara ini tak melarat and tak berulang lagi. Saya tak nak tahu apa alasan awak buat macam tu but please remember one thing, every action will affect our life sooner or later. So better before yo do something..."

"Think twice and wisely." Fathi memotong ayat Prof. Awang.

"You know me well Ati."

"Ayat ni Prof. selalu ulang masa saya degree dulu. Saya sematkan ayat ni dalam ni." Jari telunjukkan Fathi dituding ke arah sisi kepalanya.

*****

"I nak you siapkan assignment ni dan submit seminggu sebelum final exam. OK, class dismissed."

"Thank you Dr." Ujar beberapa orang pelajar lalu melangkah keluar dari dewan.

"Ati!" Tiba-tiba suara Aliyaa atau lebih terang lagi Dr. Aliyaa merangkap bff Fathi di kampus itu kedengaran.

Fathi terus menoleh ke arah pintu di mana Aliyaa berada.

"You nak apa Dr. Aliyaa?"

"You ni need to go downstair now!" Aliyaa bersuara cemas.

"Why? Ada flash mob ke? I malaslah nak tengok Aliyaa. I ada kelas lagi lepas ni."

"No, it's about you Ati!" Ujar Aliyaa lagi.

"Pasal I? Benda buruk ke baik?" Soal Fathi kepelikan.

"J..just follow me lahh." Aliyaa terus menarik tengan Fathi dan menuju ke tingkat bawah fakulti itu.

"Aliyaa, what is this? Who's doing this?" Tangan Fathi mula sejuk.

Sehelai kain rentang yang bertulis "Pensyarah Psycho tidak layak mengajar kami!!" Tergantung di sisi foyer fakulti itu.

"I don't know." Jawab Aliyaa lalu dia cepat-cepat menyuruh beberapa orang pekerja menurunkan kain itu.

"What ever, I don't care." Fathi terus meninggalkan Aliyaa.

"Ati, wait!" Aliyaa mengejar Fathi.

Dia pelik dengan perubahan reaksi yang ditunjukkan oleh Fathi.

*****

"Ma, sudahlah tu. Makan sikit ni." Hirzi memujuk Datin Rashidah ibu tirinya untuk menjamah sedikit nasi.

Jika Kau JodohkuWhere stories live. Discover now