~Zara Dahlia~
2020
Aku dan Mak berpelukan sambil menangis. Begitulah kami anak beranak apabila terpaksa berpisah lama. Semasa aku mendaftar masuk universiti dulu pun macam ini juga. Asal aku nak balik ke kampus je, mesti ada drama air mata. Itu belum Opah bergabung meletup menangis lagi. Boleh banjir serumah. Agaknya mungkin sebab aku ni anak tunggal Mak Abah dan cucu perempuan tunggal Opah, diorang susah nak lepaskan aku pergi belajar jauh-jauh. Aku pun sedih jugak nak tinggalkan Mak, Abah dan Opah waktu tu. Dua minggu jugaklah aku homesick. Tiap-tiap minggu mereka bertiga datang menjenguk aku kat hostel. First time berjauhan dari Mak dan Abah. Memang aku tangkap leleh. Pantang Mak, Abah atau Opah call, memang teresak-esak aku menangis. Punya teruk manjanya tu. Manja ke mengada-ngada? Erk!!
"Adoi! Tak habis lagi drama air mata. Cengeng sungguh dua beranak ni." Abah buat-buat mengeluh.
"Abah memang suka Zara tak ada kat rumah kan. Senang nak berkepit dengan Mak." Air mata yang masih bersisa aku kesat dengan hujung lengan baju.
"Memanglah Abah suka. Zara ada kat rumah, Abah tak ada peluang berkepit dengan Mak. Asyik Zara je yang berkepit bawah ketiak Mak." Abah sengaja menyakat aku.
"Abah.." Aku merengek marah. Sengaja nak kenakan aku.
"Kerja elok-elok nanti. Drive kereta tu hati-hati. Kalau ada apa-apa, call Mak atau Abah. Nak call Tok atau Wan pun boleh jugak. Tok dan Wan dah pesan suruh call diorang kalau perlukan apa-apa." Pesan Mak. Kampung halaman Abah di Permatang Pauh. Tak jauh sangat dengan Batu Kawan.
"Ye, Mak. Zara ingat semua pesanan Mak. Dari Teluk Intan sampai ke Batu Kawan, dah berpuluh kali Mak pesan benda yang sama." Kataku sambil memeluk bahu Mak. Mak drive kereta yang Abah hadiahkan kepada aku dari Teluk Intan sehingga ke Batu Kawan. Sementara Abah memandu keretanya, mengekori kami dari belakang.
"Mak bukannya apa. Mak risau sangat. Zara anak Mak sorang je." Aku hanya menganggukkan kepala. Sudah sedia maklum status anak tunggal ni.
"Tahulah dia jaga diri nanti, La. Dia dah besar panjang. Bukan budak-budak lagi. Kita dah didik dia dengan apa yang sepatutnya. Ilmu agama pun kita dah berikan. Tahulah dia mana yang baik, mana yang buruk." Nasihat Abah.
"Eh, Abang ni! Depan anak bukan main lagi nasihatkan saya. Nanti dah sampai rumah merungut-rungut sunyi Zara tak ada kat rumah." Aku ketawa besar. Abah dah kantoi! Abah hanya tersengih memandang aku.
"Ish awak ni, Laila. Kantoikan Abang pulak. Baru nak tunjuk cool depan anak." Aku tahu Abah pun sama je macam Mak. Sedih bila aku berjauhan tetapi Abah tak nak tunjuk. Nak maintain cool depan anak kot macam Abah cakap tu.
"Mak tak cakap pun, Zara tahu. Opah dah beritahu." Aku angkat kening double-jerk.
"Hailah. Anak dan Mak sama je perangai. Tak boleh simpan rahsia langsung!" Rungut Abah.
"Ambil ni. Contact number Khaliq. Dia pun kerja kat sini juga. Lupa pula Mak apa nama company tempat Khaliq bekerja tu." Sekeping kad warna putih dihulurkan pada aku. Aku membelek kad putih itu. Hanya ada nama dan nombor handphone Abang Khaliq. Kad itu aku masukkan ke dalam handbag. Tak ada keperluan pun untuk hubungi dia.
"Bila Abang Khaliq balik ke sini, Mak?" Tanya aku. Setahu aku, Abang Khaliq masih bekerja di US.
"Baru dua bulan dia balik ke sini, kan Abang." Abah angguk kepala. Aku mencebik.
"Patutlah Opah nak sangat-sangat ke rumah Mak Long. Cucu kesayangan dia dah balik rupanya. Mentang-mentanglah cucu kesayangan dia dah balik, terus Opah lupakan Zara." Aku mendengus tak puas hati. Tak patut betul Opah ni. Cucu kesayangan dia balik ke sini, terus aku dilupakan. Ini yang aku nak merajuk setahun dengan Opah ni. Takhta cucu kesayangan dah dirampas!
YOU ARE READING
Encik Suami Mr Kertu (PUBLISHED)
Romance"Kertu? You save my number as Mr Kertu?" Alamak! Matilanak! Tak pernah-pernah dia belek-belek handphone aku. Kenapa hari ni dia terlebih rajin pulak? Apa aku nak cakap ni? Macam mana boleh terkantoi ni? Lupa aku nak letak password kat handphone. "Za...