~Zara Dahlia~
Kak Anis, bakal biras aku sibuk memakaikan inai di jari-jari. Teliti sungguh kerja ibu kepada pasangan kembar Hud dan Huda yang berusia empat tahun. Aku hanya memakai tshirt berlengan pendek bersama seluar sukan. Senang untuk aku tidur nanti. Apa guna pakai cantik-cantik bila tangan dan kaki penuh inai. Nanti nak tukar baju untuk tidur pun susah. Tudung pun aku tak pakai sebab berinai dalam bilik aku je. Itupun hanya kaum perempuan saja yang dibenarkan masuk ke sini. Lagipun hanya kami bertiga yang ada dalam bilik. Tadi adik Farah ada jugak sekali. Bosan agaknya, dia meminta diri untuk cari uminya kat dapur.
Farah nampak cantik dan sopan dengan baju kurung Pahang. Berbeza dengan perwatakannya yang sedikit kasar. Farah sampai petang tadi, tidak ketinggalan untuk menyertai majlis berinai. Aku peluk dia erat. Rindu sangat pada dia. Bukan senang untuk kami berjumpa begini walaupun berjiran. Terpisah bila kami sama-sama melanjutkan pelajaran ke universiti.
Mak beria-ria nak buat majlis berinai. Kata Mak, anaknya aku sorang je. Dia nak ada kenangan untuk majlis kahwin aku. Disebabkan aku tak sampai hati nak kecewakan Mak, aku turutkan juga. Abah selitkan majlis berinai dengan majlis tahlil dan kesyukuran. Kat luar ramai tetamu dan jiran-jiran yang sedang menjamu selera. Sampai ke tingkat atas aku dapat dengar suara tetamu-tetamu berbual rancak walaupun tidak jelas butir percakapan diorang.
"Kak Anis kena panggil Zara kakaklah kan?" Perli ke apa Kak Anis ni?
"Kak Anis jangan nak mengada-ngada eh. Panggil Zara je sampai bila-bila. Tak naklah kakak-kakak bagai."
"Baru Kak Anis nak perasan muda. Esok Zara akan nikah dengan abang ipar Kak Anis. Pangkat tu dah naik tinggi dah. Kak Anis takut Abang Khaliq marah Kak Anis je." Jelas Kak Anis.
"Kak Anis jangan nak mengada-ngada. Panggil Zara je macam biasa. Geli telinga ni dengar Kak Anis panggil Kak Zara. Abang Khaliq nak marah kenapa pulak? Biarkanlah dia." Takkanlah dia nak paksa adik iparnya panggil aku kakak. Ish! Buang tebiat namanya.
Panggil sebab hormat pangkat Zara sekarang.
Tak payahlah Kak Anis. Zara tak kisah pun. Kak Anis angguk kepala.
"Lengan tu lebam kena apa, Zara?" Tanya Kak Anis. Pandangan mata aku jatuh pada lengan yang ada kesan lebam.
"Pak Su Deen cubit pagi tadi." Bagitahu aku.
"Kesiannya bakal pengantin ni." Kak Anis senyum kat aku.
"Sikit je Kak Anis. Pak Su kalau bergurau memang kasar sikit. Dia tak ada niat pun nak sakitkan Zara. Kulit Zara memang macam ni. Kalau kena apa-apa cepat je tinggalkan kesan."
"Ramai ke rombongan lelaki yang datang, Kak Anis?" Farah bertanya.
"Empat buah kereta je. Ramai yang tak dapat datang sebab tiba-tiba je plan tukar last minute. Nasib baik Abang Haris tak outstation minggu ni. Abang Hakim pun baru balik dari Bangkok 2 hari lepas. Tinggal Abang Haikal je tak dapat datang. Dia ada operasi kat tengah-tengah hutan Sarawak." Cerita Kak Anis.
"Kak Anis tahu ke kenapa Abang Khaliq nak cepatkan majlis kami?" Nak jugak aku risik dari bakal biras aku. Manalah tahu Kak Anis maklum akan sebabnya.
"Kak Anis pun tak tahu kenapa. Dia call Mama cakap nak cepatkan majlis. Langsung tak explain apa-apa. Kelam kabut Mama dibuatnya." Kalau macam tu, hanya Abah je yang tahu kenapa Abang Khaliq nak cepatkan majlis kami.
"Zara lagi terkejut, Kak Anis. Majlis sepatutnya bulan depan. Kelam kabut Mak nak siapkan itu ini. Nasib baik Abah tu ramai contact. Cepat jelah nak prepare semua ni." Abah lepas pencen dari tentera, abah join venture dengan kawan-kawannya. Buat bisnes ternak kambing dan lembu. Sekarang katanya sibuk nak proses daging lembu dan kambing jadi daging burger.
YOU ARE READING
Encik Suami Mr Kertu (PUBLISHED)
Romance"Kertu? You save my number as Mr Kertu?" Alamak! Matilanak! Tak pernah-pernah dia belek-belek handphone aku. Kenapa hari ni dia terlebih rajin pulak? Apa aku nak cakap ni? Macam mana boleh terkantoi ni? Lupa aku nak letak password kat handphone. "Za...