~Zara Dahlia~
Selesai solat Subuh berjemaah yang diimamkan oleh Wan, aku keluar ke halaman rumah. Ada dua buah kanopi yang telah didirikan di tengah-tengah halaman. Kerusi meja jugak sudah siap disusun-susun. Banyak sangat kejutan seminggu dua ni. Ini apa yang bakal berlaku esok adalah kemuncaknya. Walaupun tahu aku terpaksa lalui jugak benda ni. Tapi bukanlah secepat ini. Aku tak pasti samada aku sudah bersedia ataupun tak.
Aku tak tahu nak cakap apa. Tak pasti dengan perasaan sendiri. Nak cakap aku suka, tak ada pulak aku rasa excited nak kahwin esok. Nak kata aku tak suka, adalah juga rasa tu di hati. Sebabnya bagi aku satu perkahwinan tu mesti ada perasaan cinta. Aku tak rasa aku cintakan Abang Khaliq. Dan aku jugak tak rasa Abang Khaliq cintakan aku. Kalau betul Abang Khaliq cintakan aku, mesti dia contact aku sepanjang tempoh kami bertunang lima minggu ni. Ini diam seribu bahasa. Layanan Abang Khaliq pun biasa-biasa je, tak nampak pun dia sayangkan aku. Lagipun, hari tu terang-terang Abang Khaliq cakap dia kahwin dengan aku sebab Opah. Bukan sebab dia cinta atau sayangkan aku.
Semalam sampai je Teluk Intan, ruang tamu rumah sudah bertukar wajah. Ada pelamin yang serba ringkas di satu sudut. Kata Mak, pelamin tu datang bersama-sama pakej katering yang Mak tempah. Kalau tak nak pelamin, harganya sama juga. So, Mak biarkan pekerja dari syarikat katering tu dirikan pelamin kat ruang tamu. Macam musykil pulak bila Mak bagitahu macam tu. Tapi aku malas nak tanya banyak-banyak. Dari raut wajah Mak, nampak Mak kepenatan. Mungkin sebab menguruskan persiapan majlis dalam masa yang singkat. Kesian Mak. Sorang-sorang uruskan persiapan perkahwinan ni. Tapi Mak tetap excited bercerita itu ini. Sanggup berjaga malam bersama Mak Salmah dan Kak Milah untuk menyiapkan barang hantaran dan bunga telur.
Aku sembang sekejap je dengan Mak, Abah, Tok, Wan dan Pak Su Deen semalam sebelum meminta diri untuk masuk ke dalam bilik. Jam dah tunjuk ke angka 11. Memang waktu tidur aku. Badan pun dah penat sama. Bilik tidur aku pun dah bertukar rupa. Aku mengeluh perlahan. Aku letakkan luggage di tepi almari baju. Masuk bilik air untuk bersihkan diri. Lepas tukar baju, aku terus rebahkan badan atas sofa di hujung katil. Tak sanggup nak tidur atas katil yang sudah bercadar satin rona merah gelap.
Hari kat luar masih gelap. Aku menoleh ke kanan memandang rumah dua tingkat milik keluarga Farah. Rumah kami hanya terpisah dengan tembok batu setinggi 4 kaki. Lampu di luar rumah Farah terpasang macam selalu. Dua buah kereta elok terparkir di porch. Farah bagitahu dia akan usahakan juga balik untuk majlis aku esok. Seperti aku, dia juga sedang menjalani latihan praktikal nun jauh di Melaka. Cumanya dia akan menghabiskan latihan praktikalnya lebih awal dari aku. Dan dia tak berhajat untuk terus bekerja di sana meskipun ditawarkan kerja. Dia lebih suka bekerja di sini je. Dekat dengan family katanya.
"Mengintai apa anak dara, oi?!" Sergah Pak Su Deen. Terkejut aku disergah begitu. Baju melayu dan kain pelikat yang dipakai ketika solat Subuh tadi sudah ditukar kepada tshirt hitam dan seluar sukan kelabu.
"Menghendap anak teruna rumah sebelah!" Kalau tak sakat aku, memang tak boleh hidup anak bongsu Wan dan Tok.
"Ada hati rupanya kat anak teruna jiran sebelah. Tau kat Mr. Kertu, mahunya dia tembak anak teruna jiran sebelah dengan senapang gajah." Aku pandang Pak Su Deen yang duduk di meja batu. Mesti Mak ada bocor rahsia aku panggil Abang Khaliq kertu.
"Pak Su dengan dia sama je kertu. Jangan nak perasan muda sangat." Pak Su Deen ketawa perlahan sambil geleng kepala. Mug berisi kopi dibawa ke mulut dan disisip perlahan.
"Pak Su muda setahun dari dia. Consider muda jugak." Aku jelir lidah. Nak jugak mengaku diri tu muda.
"Sekurang-kurangnya dia akan kahwin esok. Pak Su tu entah bila."
"Ai, bela nampak! Kata tak suka! Mengaku jelah hang suka kat dia. Tak payah nak malu-malu. Nak jadi laki hang jugak. Bukan orang lain pun."
"Bela tak semestinya sebab suka." Geram pulak aku.
YOU ARE READING
Encik Suami Mr Kertu (PUBLISHED)
Romance"Kertu? You save my number as Mr Kertu?" Alamak! Matilanak! Tak pernah-pernah dia belek-belek handphone aku. Kenapa hari ni dia terlebih rajin pulak? Apa aku nak cakap ni? Macam mana boleh terkantoi ni? Lupa aku nak letak password kat handphone. "Za...