~Zara Dahlia~
Aku menarik nafas lega apabila melihat tetamu yang terakhir berjalan keluar dari halaman rumah Mak dan Abah. Aku tak tunggu lama, terus masuk rumah menuju ke dapur. Kering tekak!! Pekerja-pekerja katering sedang sibuk mengemas pinggan mangkuk serta mengasingkan lebihan makanan ke dalam bekas yang diberikan oleh Mak.
Pagi tadi, jam 11 Abah telah menyerahkan tanggungjawabnya kepada seorang lelaki yang bernama Khaliq Fahim. Sayu aku melihat wajah Abah yang bergenang air mata ketika mewalikan pernikahan kami. Lagi sayu melihat Mak yang sudah meleleh air mata. Abah tersenyum memandang ke arah aku sebaik sahaja Abang Khaliq melafazkan ijabkabul.
Sempat aku melihat Abah mengesat air mata yang tak sempat nak mengalir keluar. Wajah-wajah yang sanggup bersusah payah untuk aku. Wajah-wajah yang ikhlas memberikan kasih sayang tanpa syarat untuk aku. Farah, Mak dan Mak Long Hasnah turut memeluk aku ketika aku teresak menangis. Bukan menangis kegembiraan. Lebih kepada menangis takut dan risau ke mana hala tuju hidup aku selepas ini. Bolehkah lelaki yang duduk bersila tidak jauh dari aku itu sanggup bersusah payah dan memberikan kasih sayang untuk aku seperti mana yang Mak dan Abah berikan selama aku hidup 22 tahun. Kemudian acara peluk itu disertai oleh Tok dan Opah.
Taat yang selama ni hanya untuk Mak dan Abah terpaksa aku berikan kepada seorang lelaki yang bergelar suami selagi mana dia tidak melanggar batas ajaran agama.
Selesai membaca takliq, Abang Khaliq meminta diri untuk solat sunat. Aku hanya perhatikan saja dia masuk ke bilik tetamu yang berdekatan dengan tangga. Tak aku nafikan, Abang Khaliq sangat handsome dengan baju melayu sedondon warnanya dengan baju kurung moden yang tersarung di tubuh aku sekarang. Riak wajahnya nampak lain dari biasa aku tengok.
"Tahniah, Zara! Nasib baik make up kau tak comot." Bisik Farah perlahan kat telinga aku sambil membetulkan tudung aku. Aku tersenyum sedikit.
"Thanks Farah sudi temankan aku." Aku genggam jemarinya.
"Wey..sejuknya jari kau. Nervous sangat ke? Tarik nafas dalam-dalam. Hembus perlahan-lahan. Kejap lagi suami kau nak sarungkan cincin." Aku angguk sedikit.
"Nervous sangat tadi. Sedih pun ada."
"Dah lepas dah. Kau dah boleh tarik nafas lega. Jangan sedih-sedih. Ini hari bahagia kau." Farah gosok-gosok tapak tangan aku. Cuba hilangkan sejuk tangan aku. "Kau tengok muka Mak dan Mak Long kau. Happy kan muka diorang. Tu tengok muka Opah dan Tok kau, seronok diorang berbual. Semuanya happy untuk kau. So kau pun patut happy." Pandangan aku jatuh pada Mak, Mak Long Hasnah, Tok dan Opah.
"Aku takut dan risau, Farah." Farah pandang aku. Dia genggam tangan aku.
"Kau doakan yang baik-baik. InsyaAllah yang datang nanti semuanya baik-baik." Farah peluk bahu aku. Aku angguk kepala sambil tersenyum nipis pada Farah.
Mak mendekati aku ketika Abang Khaliq selesai solat sunat. Aku hanya memandang sekilas sebelum pandangan aku jatuh pada jari yang merah berinai di riba. Aku tak berani nak bertentang mata dengan dia. Tiba-tiba datang rasa gemuruh dan gementar. Tekak terasa kering. Abang Khaliq duduk di hadapanku.
"Assalamualaikum." Ucapnya perlahan. Aku hanya jawab dalam hati. Tak terkeluar suara nak jawab salam. Mak Long Hasnah menghulurkan kotak baldu rona biru kepada Abang Khaliq. Melihat aku kaku tidak bergerak, Mak memegang tangan aku dan diunjukkan kepada Abang Khaliq untuk disarungkan cincin. Pipi aku dah terasa panas ketika tangan kami bersentuhan. Berkelip-kelip flash kamera. Aku tak berani nak angkat muka pandang Abang Khaliq. Mata hanya melekat pada jari yang tengah disarungkan cincin.
"Salam Khaliq, Sayang." Seperti robot aku turutkan saja arahan Mak. Menggenggam perlahan tangan kasar Abang Khaliq dan aku tunduk mencium tangannya. Belum sempat aku nak angkat muka, ada suara suruh aku stay dalam position tu sebab nak ambil gambar. Seminit dua, aku angkat muka. Secara tak sengaja memandang wajah lelaki di hadapan aku. Berdesup darah menyerbu naik ke muka. Muka aku kepanasan bila mata dia menikam tajam mata aku. Segaris senyuman trademark dia yang aku tak berapa suka nak tengok terhias di wajah dia. Jantung aku berdegup laju. Aku tarik tangan dari genggamannya. Tetapi makin kuat pulak dia genggam tangan aku. Nasib baik dia tak buat adegan cliché, kucup dahi aku macam kebanyakan pengantin lelaki lakukan kepada pengantin perempuan. Kalau dia buat jugak, kemungkinan besar aku akan mengelak. Tindakan refleks mungkin.
Tak habis di situ, Kak Anis dan suaminya, Abang Haris a.k.a adik Abang Khaliq take over perjalanan majlis bila Mak dan Mak Long Hasnah bagi green light.
"Buatlah ikut kome orang muda-muda. Kami turutkan je." Kata Mak. Aku tak sempat nak cakap apa, Abang Khaliq dah tarik tangan aku ikut langkah dia. Aku menoleh mencari Farah. Farah melambai tangan sambil tersenyum.
Tempoh masa sejam yang amat merimaskan dalam hidup aku. Aku dah tak larat nak senyum walaupun senyuman itu memang tak ikhlas. Sesi bergambar dengan family saja dah buat aku berpeluh-peluh kepanasan. Itu belum ditambah dengan sepasang tangan yang langsung tak kekok memeluk aku. Nak aku tolak, risau ada yang melihat. Nak tak nak aku biarkan saja tanpa rela hati. Muka rasa macam duduk tepi api. Aku rasa panas membahang dari tadi tak habis lagi.
Paling memalukan bila hanya kami berdua yang dipaksa bergambar atas pelamin. Sebetulnya, aku rasa hanya aku saja yang rasa terpaksa. Lelaki kat sebelah aku ni, elok je dia bergaya tanpa rasa segan atau kekok. Malu diusik oleh sanak saudara yang duduk bersila di hadapan pelamin memerhatikan gelagat kami. Semasa Abang Khaliq nak cium pipi aku, spontan aku jauhkan muka aku dari dia. Apa lagi semua orang gelakkan aku. Malunya, rasa nak sorok muka belakang langsir cantik Mak.
Selesai saja sesi bergambar, aku terus ke dapur. Haus sangat tekak ni. Sambil minum sambil aku kipas muka nak hilangkan rasa panas. Nak adjust balik rentak degupan jantung aku. Hari-hari macam ni, mahu dapat sakit jantung dibuatnya. Aku nak cari Farah lepas ni. Ke mana dia dah pergi? Tadi sekejap je aku dapat bergambar dengan dia. Yang aku tak faham, ada langau yang nak menumpang! Tergedik-gedik nak bergambar sebelah Abang Khaliq. Siap paut lengan lagi. Aku gelak kuat-kuat dalam hati bila Abang Khaliq tolak tangan Nabila dari lengannya. Menyirap pulak aku tengok. Berbulu aku tengok perangai gatal Nabila. Semalam bukan main lagi kutuk aku kahwin dengan orang tua. Yelah semalam tak tengok lagi macam mana rupa orang tua yang dikutuk tu. Hari ni bukan main menggeletis lagi dia tengok Abang Khaliq. Sebiji macam keladi tengah air. Meliuk lintok tak bertempat. Bukannya aku cemburu tapi menyampah! Kalau aku cemburu pun tak salah kan?
"Kat sini rupanya Zara." Tegur Mak Salmah. Aku berpaling menghadap Mak Salmah. "Eh, budak ni! Senonohlah sikit. Ada pulak minum berdiri?"
"Haus sangat, Mak Salmah. Tak sempat nak duduk dah. Panas betul hari ni." Aku tersengih.
"Zara ke mana? Mak Zara cari tadi." Tanya Mak Salmah. Lauk-pauk yang berbaki segera dipanaskan. Nasi putih dan nasi briyani masih banyak berbaki. Boleh dibuat makan malam nanti. Dah tak payah nak susah-susah masak.
"Kenapa Mak cari?" Aku tarik kerusi meja makan dan duduk.
"Family Mama Zara dah nak balik. Diorang cari Zara. Aku segera bangun dari duduk.
Diorang dah balik ke Mak Salmah? Tak sempat Zara nak jumpa Mama. Aku berdiri di pintu dapur. Pandangan meliar ke arah halaman rumah.
Diorang balik ke homestay je. Lepas Maghrib nanti diorang datang semula. Masing-masing dah penat tu." Aku angguk kepala. Ingatkan diorang dah balik ke Bangi.
"Family Pak Ngah dah balik ke Mak Salmah?" Aku duduk semula kat kerusi meja makan.
"Diorang balik lepas Zohor tadi. Nak singgah Ipoh katanya. Ada urusan." Aku angkat bahu tanda tak kisah.
Bila terkenangkan perangai Nabila yang tergedik-gedik tu buat aku tak suka mereka berlama-lama kat sini. Mengada-ngada sangat. Ada ke patut dia cakap baju yang aku pakai ni buat aku nampak gemuk depan tetamu yang hadir? Selamba badak dia je cakap macam tu. Dikutuknya pelamin kat ruang tamu buruk? Dah tak trendy. Bagi aku cantik je dengan fresh flower yang digabungkan dengan bunga plastik yang nampak macam bunga fresh. Bab makanan pun semua dia komplen. Lauk ini masin sangat. Lauk itu pedas sangat. Sirap selasih tawar tak cukup gula. Teh ais cincau manis sangat. Bubur kacang tak sedap. Komplen depan aku ni ha! Macamlah aku tukang masaknya. Eloklah diorang balik awal-awal sebelum aku hempuk Nabila dengan kerusi pelamin.
"Zara naik atas dululah, Mak Salmah. Nak mandi. Melekit sangat badan ni." Aku minta diri. Tak tunggu apa kata Mak Salmah, aku terus beredar dari dapur.
Ruang tamu sudah lengang. Ramai jugak saudara mara yang tak dapat hadir. Tok dan Wan dah pesan suruh kami balik ke Permatang Pauh bila ada kelapangan nanti. Ziarah saudara yang tak dapat datang ke majlis hari ini. Aku angguk kepala je.
Tangga aku daki perlahan dan pintu bilik aku tolak. Tudung di kepala aku tanggalkan dan sangkut pada penyangkut tudung. Air-cond bilik dah dipasang. Aku lupa tutup ke sejak pagi tadi? Tak tunggu lama, baju kurung moden aku tanggalkan dan diikuti dengan kainnya. Yang tinggal di tubuh hanya camisole hitam dan petticoat. Aku duduk sebentar di bangku meja solek sambil menarik getah ikat rambut, membiarkan rambut 'bernafas' selepas seharian bertudung. Kemudian aku terus masuk ke bilik air.
YOU ARE READING
Encik Suami Mr Kertu (PUBLISHED)
Romance"Kertu? You save my number as Mr Kertu?" Alamak! Matilanak! Tak pernah-pernah dia belek-belek handphone aku. Kenapa hari ni dia terlebih rajin pulak? Apa aku nak cakap ni? Macam mana boleh terkantoi ni? Lupa aku nak letak password kat handphone. "Za...