7

15.2K 410 4
                                    

~Zara Dahlia~

Aku memandang ke luar tingkap Vellfire hitam yang dipandu oleh Abang Zaidi, driver family Mak Long Hasnah. Tiada apa yang menarik perhatian aku, hanya untuk membuang perasaan kekok dan tidak selesa yang bermukim di hati dengan kehadiran lelaki di sebelah aku. Abang Khaliq!

Lewat petang tadi diorang sampai ke rumah Zati dengan Vellfire milik Pak Long Syam dan diikuti oleh kenderaan 4x4 Ford Ranger T6. Abang Zaidi dan seorang lelaki yang tak aku kenali keluar dari perut Vellfire. Aku hanya diberitahu, Opah ada di hospital sebab terjatuh kat bilik air tengah hari tadi dan aku perlu segera pulang ke Teluk Intan. Patutlah Mak tak call beritahu aku, bateri handphone aku dah kong. Salah aku jugak. Sepanjang ada kat rumah Zati, aku jarang pegang handphone. Kononnya nak betul-betul menikmati suasana kampung kat rumah Zati.

Kelam kabut aku kemas beg baju. Aku pakai campak semua baju masuk beg dan terus zip. Fikiran aku lebih tertumpu kepada keadaan Opah. Aku nak call Mak, tapi bateri handphone dah kong. Abang Zaidi hanya cakap keadaan Opah stabil, tanpa bercerita lebih lanjut.

Bertambah terkejut bila aku masuk ke dalam perut Vellfire itu, ada lelaki yang sudah sedia duduk di seat belakang driver. Mahu tak mahu, aku masuk jugak. Abang Zaidi menghulurkan powerbank yang dia ambil dari lelaki yang duduk di tempat sebelah pemandu. Cepat je aku ambil dari tangan Abang Zaidi.

Charge dulu handphone tu. Aku terus sambungkan kabel powebank ke handphone aku.

Terima kasih, Abang Zaidi. Abang Zaidi hanya angguk kepala.

Dari ekor mata, aku perasan lelaki di sebelah aku asyik memerhati setiap pergerakan aku. Tak puas hati sebab aku tak tegur dia kot. Lantak dialah. Malas aku nak layan. Hati aku masih sakit lagi.

Hampir dua jam kemudian, Abang Zaidi memandu masuk ke R&R Gunung Semanggol.

Kita singgah sekejap ye, Zara. Abang Zaidi nak ke toilet dan solat dulu. Abang Zaidi menoleh ke belakang memandangku sepintas.

Okey!

Setengah jam lagi kita gerak semula. Beritahu Abang Zaidi.

Okey! Terus aku keluar dari perut kereta, berjalan ke arah gerai-gerai di kaki lima.

Agak ramai juga yang singgah berehat di sini. Perut yang memulas sejak balik dari memancing tadi membuatkan aku terus ke toilet. Nasib baik toilet tak penuh. Agak lama aku dalam toilet sebab bestfriend aku datang berkunjung. Patutlah memulas je perut aku dari tadi. Pad? Mana nak cari? Aduh! Purse dan handphone tinggal dalam kereta. Takkan nak tunggu Abang Zaidi selesai solat. Mahu bocor aku kat sini. Keluar dari toilet, aku nampak Abang Khaliq berdiri tidak jauh dari toilet. Dia tunggu aku ke?

Kenapa? Tanya Abang Khaliq.

Kenapa apa? Memang aku tak faham pertanyaan kenapa tu.

Kenapa dahi tu berkerut? Zara tak sihat? Sakit perut? Ke period pain? Nampak sangat ke aku tengah tahan sakit ni? Macam tahu-tahu je aku period pain. Wild guess je Zara, oi!

Nak pinjam RM10. Tanpa banyak soal, Abang Khaliq menghulurkan not RM50.

Abang tak ada RM10. Aku ambil juga duit yang dihulurkan oleh Abang Khaliq.

Terima kasih. Nanti Zara pulangkan. Terus aku berjalan meninggalkan lelaki itu kat situ. Misi nak mencari pad lagi penting. Baru beberapa langkah, Abang Khaliq dah ada di sebelah, berjalan menyaingi langkah aku.

Kenapa ikut Zara? Tak suka betul aku.

Mana ada Abang ikut Zara. Abang nak beli something. Perasan!! Huh! Aku menjeling sekilas. Ada je jawapan dia untuk sakitkan hati aku. Kalau nak membeli something, takkanlah dia tercegat depan toilet tadi. Tapi nasib baik jugakkan dia ada kat situ. Kalau tak, jenuh aku nak tunggu Abang Zaidi.

Aku mempercepatkan langkah masuk ke mini mart yang tidak jauh dari toilet. Pad jenama Libresse aku capai dan terus buat pembayaran tanpa menunggu Abang Khaliq yang masih sibuk memilih canned drinks.

Semasa aku sampai ke tempat parking balik dari membeli buah-buahan potong, ada sekumpulan mat rempit duduk berkumpul di situ bersama-sama motosikal mereka. Kebetulan pula Abang Zaidi parking berdekatan dengan tempat parking motor.

Hari mulai gelap. Jam di tangan aku tatap. Pukul 7.50 malam. Aku pandang sekeliling mencari kelibat Abang Zaidi atau Abang Khaliq tetapi diorang tak kelihatan. Aku duduk tidak jauh dari tempat parking kereta supaya senang untuk Abang Zaidi nampak aku. Buah mangga muda yang ditabur serbuk asam boi aku kunyah perlahan sambil menguis-nguis semut di hujung kasut.

Sedapnya makan! Tak masam ke? Ada suara sumbang kedengaran dari arah sekumpulan mat-mat rempit. Seorang dua dari mereka berdecit bunyi macam tikus.

Sorang je ke? Kami temankan boleh? Diorang ketawa beramai-ramai.

Aaaa...uummm Ejek diorang ketika aku buka mulut nak makan. Aku dah maki berbakul-bakul. Lambatnya Abang Zaidi.

Amboi! Sombongnya! Tengok kita pun tak nak! Suara sumbang tu berbunyi lagi. Memang tak ada kerja agaknya mat-mat rempit ni. Aku ingatkan dah tak ada mat-mat rempit yang berperangai macam ni. Senyumlah sikit. Jangan masam-masam muka tu nanti tak cantik.

Aku pekakkan telinga. Aku berkira-kira untuk pergi dari situ sebelum Abang Zaidi muncul di hadapan aku. Sorry, Zara. Abang Zaidi lambat sikit. Ramai orang kat surau tadi. Aku hanya mengangguk.

Kena kacau ke tadi? Aku angguk lagi. Zara comel sangat. Puji Abang Zaidi.

Comel tak comel. Tak ada sivik punya orang! Eee...tak sukalah! Rungut aku perlahan. Abang Zaidi hanya tersenyum.

Biarlah. Doakan je ini kali terakhir Zara nampak diorang. Lepas ni tak terserempak dah kot.

Mana yang lain?

Ni Abang Zaidi nak bagitahu, Abang Zaidi naik kereta satu lagi. Kereta ni Bob akan drive sampai Teluk Intan.

Eh! Kenapa pulak? Abang Zaidi tersenyum sedikit.

Kita jumpa kat hospital nanti ye! Abang Zaidi menyerahkan kunci kereta kepada Bob yang aku tak perasan pun berdiri tidak jauh dari kami.

Jom Cik Puan Zara! Kita dah lambat ni. Pintu Vellfire dibuka memberi laluan untuk aku masuk. Dengan berat hati aku masuk juga ke dalam perut kereta. Tak lama kemudian, Abang Khaliq turut masuk ke dalam kereta. Aduhhh!!! Cepat la sampai Teluk Intan. Aku tak nak berlama-lama dalam ruang yang sempit dengan lelaki ni!!

Encik Suami Mr Kertu (PUBLISHED)Where stories live. Discover now