5

17.2K 439 8
                                    

~Zara Dahlia~

Tepat jam 5 petang, aku dan Zati terus matikan suis laptop, cepat-cepat berkemas dan keluar dari bangunan pejabat. Dah tak toleh tengok belakang dah. Terus je cabut balik walaupun waktu kerja tamat jam 5.30 petang. Punya otai cabut balik awal. Bukan kami selalu balik awal pun. Ini kira kali kedua kami balik pukul 5. Aku tengok jugak sekeliling, risau terserempak abang sepupu aku yang tiga suku tu. Nak sebut nama dia pun aku tak nak. Lepas kes dia kiss aku, memang aku langsung tak jawab call dia. WhatsApp yang beratus dia hantar pun aku tak baca. Nasib baik juga, aku tak pernah terserempak dengan dia dalam bangunan pejabat ni. Aku tak boleh nak hadam dan terima apa yang dia dah buat kat aku. Tahulah dia hidup lama kat oversea, tapi takkanlah budaya mat saleh tu dia nak praktik sesuka hati dia je. Agak-agak le. Ni Malaysia kot! Lagi satu, aku bukannya orang yang sesuai untuk dia praktis skill mat saleh dia. Kalau rasa nak buat praktikal tu, carilah orang lain. Sakit hati dan marah aku tak habis lagi.

Aku tarik nafas lega apabila Myvi ungu milik Zati meluncur laju atas highway menuju ke negeri Perlis Indera Kayangan, kampung halaman Zati. Aku buat keputusan untuk ikut Zati balik kampung selepas Mak call semalam bercerita panjang lebar Opah nak balik Teluk Intan dengan family Mak Long. Kata Mak, Opah dah bosan dengar Mak Long Hasnah membebel siang malam. Mestilah Mak Long Hasnah bising-bising kalau Opah culas sangat nak makan ubat. Ada je akal Opah untuk mengelak makan ubat. Pernah dulu aku jumpa pil-pil ubat tersorok bawah tilam dan bantal. Dalam bakul sampah pun aku pernah jumpa, dalam toilet, celah-celah kain baju yang berlipat. Aku terus report kat Mak. Mak pun apa lagi. Seminggu Mak bising pasal tu. Aku sengih seronok tengok Opah kena bebel dengan Mak. Opah dah jeling aku, sambil angkat tangan dia buat gaya nak cubit. Tapi bukan Opah sorang je yang kena bebel, aku pun terkena tempiasnya. Sebab aku tak pastikan Opah makan ubat. Nasib baik Mak tak ketamkan aku. Bisa oi kena ketam Mak!!

Ini kalau Opah balik Teluk Intan, confirmlah cucu kesayangan Opah pun akan balik ke sana jugak seperti yang dia cakap kat aku semasa kami breakfast kat Starbuck hari tu. Mak pun tak cakap apa-apa bila aku minta izin nak balik ke kampung Zati. Hanya suruh aku jangan buat perangai manja mengada-ngada kat rumah orang. Mak ni! Kat rumah orang, tahulah aku simpan perangai tak semenggah aku.

Aku simpan sendiri apa yang berlaku antara aku dan Abang Khaliq. Kalau nak bercerita pun, aku tak tahu dari mana nak mula. Selebihnya aku tak sampai hati nak burukkan lelaki itu depan Mak. Tak nak Mak pandang serong kat anak buah dia. Biarlah lelaki tu tenggelam dalam rasa bersalah dia.

Kami sampai di kampung Zati ketika jam hampir menunjukkan pukul 7.30 malam. Hari masih belum gelap, matahari sudah hampir terbenam. Pertama kali aku menjejakkan kaki ke negeri Perlis. Kagum sekejap aku tengok sawah padi yang saujana mata memandang. Bukan tak ada sawah padi kat Teluk Intan, tapi taklah sebesar dan seluas macam kat kampung Zati. Jakun sekejap aku jadinya. Hahaha. Kat sini diorang panggil sawah padi tu bendang.

Jam 6.30 pagi aku dah terjaga dari tidur nak menyahut seruan alam. Semalam sebaik saja kami selesai makan malam, hujan turun dengan lebatnya. Tidur aku terlebih lena dengan cuaca dingin dan suara katak bersahut-sahutan. Cuaca sejuk-sejuk macam ni kerap pulak nak ke tandas. Lampu di ruang tamu dan dapur sudah terpasang. Aku terus ke bilik air yang terletak bersebelahan dengan dapur. Selesai gosok gigi dan cuci muka dan bersolat, aku ke dapur. Takkan aku nak sambung tidur balik. Malulah. Duduk rumah orang, kena tunjuk perangai baik sikit. Jangan tunjuk sangat perangai malas kat orang. Zati tengah solat Subuh ketika aku keluar dari bilik tadi.

"Awalnya hang bangun!" tegur Makcik Zizah. Gelas berisi air suam aku bawa ke meja makan. Makcik Zizah tengah potong bulat-bulat bawang besar untuk dimasukkan ke dalam sambal ikan bilis dalam kuali. "Lena ka hang tidoq semalam? Kot-kot la hang tak selesa."

"Semalam tidur awal, Makcik. Perut kenyang, hujan lebat pulak. Memang lena sampai ke pagi."

"Baguslah lagu tu. Makcik risau hang tak selesa tidoq kat sini. Hang buat ja macam rumah sendiri. Nak makan nak minum apa, jangan malu-malu." Pekat loghat Perlis Makcik Zizah.

Encik Suami Mr Kertu (PUBLISHED)Where stories live. Discover now